SILA KELIK SAYE ^^

CERPEN

(Pengalaman dari seorang rakan yang aku kisahkan)




Aku seperti insan lain-lain. Seorang ketua keluarga kepada familyku. Bekerja untuk menyara keluarga. Rutin harian ku berputar sekitar tanggung jawabku. Aku berulang kerja dan pulang ke rumah. Hujung minggu aku bawa family ku berhibur. Aku bahagia melihat MEREKA anak isteriku senyum dan ketawa gembira. Alhamdulillah.. Aku bahagia.

Tanggung jawab ku pada yang Esa aku lupakan. Aku buat sekadar buat. Ada masa aku solat dan bila kesibukan rutin harian melanda terkadang aku lupakan DIA. Begitulah adanya aku melalui hari-hariku tanpa aku sedar segalanya yang ada adalah HAKMILIK DIA. Aku diberi pinjaman sementara anak-anak, isteri, harta dan kesihatan. Aku leka dalam mengingat DIA. Aku tak berusaha untuk mendekatkan diriku kepada DIA. Aku terlalu sibuk dengan urusan dunia dan keluarga. 

Dalam kesibukan aku mencari syurga duniawi, satu hari tiba-tiba aku mengalami sakit pinggang yang teramat sangat. Aku tak mampu bangun. Aku tak mampu menggerakkan kakiku. Segalanya berubah, aku di sahkan menghidapi slipped disc ATAU bahasa mudahnya tulang tunjang ku tergelincir dan tak dapat menyokong badanku dan sEcara langsung membuat aku tak boleh bergerak atau lebih jelasnya aku LUMPUH!

Hidup aku berubah. Aku kehilangan kerja! Hilang pendapatan. Aku lebih gemar menyendiri dan aku menyalah kan takdir yang kejam pada diri aku. Mengapa terjadi pada aku?? Apa salah aku? Aku seolah-olah menolak dugaan ini.

Sedikit demi sedikit aku kehilangan semua yang ada di sekelilingku. Aku lafazkan talak pada isteri lepas aku berbincang dengannya. Walau pedih dan sengsara aku terpaksa, demi kebaikan Isteri dan anak-anak. Aku tak ingin mereka lihat aku dalam keadaan ini. 

Hari-hari aku gemar berkurung. Hari-hari aku jalani terapi bersendiri dan juga ku telan segala macam pill untuk menahan dan merawat sakit aku ini. Sakit rawatan tak payah lah aku ceritakan di sini. Hanya ku yang mengerti perit dan sakitnya!! Aku menolak lawatan dari teman-teman yang ingin berikan aku sokongan. Aku tak mahu mereka lihat aku sebegini!! Aku rasa sangat tersiksa dengan setiap pandangan simpati dari mereka! Cukuplah dengan rasa sakit ini tak perlu ditambah dengan sakit di hati aku ini. 

Dalam ramai-ramai yang datang dan aku tolak kunjungan mereka, ada seorang insan yang sering datang tanpa putus asa untuk menemui  aku entah mengapa hati aku terbuka menemui insan ini seorang yang sangat tawaduk, lemah lembut dan sanagt sabar. Setiap butir perbualan dipenuhi dengan puji-pujian kepada ALLAH SWT. Butir kata yang keluar dari bibirnya mengajak aku mengingat pada yang ESA kembali, penciptaku  yang lama aku lupakan semenjak aku sakit. Ya ALLAH!. Ampuni aku yang melupakanmu!!.

Sejak itu aku memaksa diri untuk ke Masjid. Semakin hari aku semakin redha dengan apa yang menimpaku. Sakit ini ujian buat ku. Aku menangisi dengan bersungguh akan segala dosa aku lakukan. Aku menginsafi segala kejahilan ku yang dulu..

Besarnya hikmah ALLAH dan ajaibnya RAMADHAN, MASIH AKU INGAT 7 RAMADHAN TERAKHIR. Walaupun semakin kurang jemaah di 7 terakhir aku masih setia di sini mengerjakan sunat terawih, tahajjud dan tadarus. Usai solat sunat witir, tanpa aku sangka aku mampu bangun dari kerusi rodaku. ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA MENGASIHI AKU. ALLAH memberi kesembuhan kepada aku. Lantas berderailah tangisan aku sambil mulutku tak berhenti mengucapkan syukurku padanya. Sujud syukur aku PADANYA.

Sejak hari itu,,aku semakin sembuh dari kesakitan ku. ALHAMDULILLAH!! Aku mendapat kembali segala yang aku pernah aku miliki. Isteri yang ku ceraikan aku rujuk kembali. Anak-anak yang ku tinggalkan kembali ke pangkuan ku semula dan yang paling aku tak sangka-sangka aku ditawarkan berkerja di sebuah syarikat yang besar dengan pendapatan yang lumayan. 

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEHADRATMU YA ALLAH. Kau kurniakan aku kesakitan dan kurniakan aku kesembuhan. Terima kasih YA ALLAH andai aku tidak di uji dengan kesakitan, mana mungkin aku mengingatimu sebegini. Mungkin hingga saat ini aku masih lagi lalai dengan suruhan mu. Mungkin aku semakin jauh darimu..

AKU BERSYUKUR..

(Pencerita kini beransur sihat dan menjalani hidup yang lebih bahagia.)


   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan