SILA KELIK SAYE ^^

Sabtu, 28 Februari 2015

GARAK MARKET

Anyunghaseyo! 

Jom sambung lagi..


Kami gerak ke Garak Market atau dalam bahasa Koreanya Garak Sinjjangg dengan menaiki teksi. Kami kena pilih-pilih teksi sebabbb kami berlima hihi.. kena tanya dulu takkan nk naik dua teksi itu pembaziran! Nasib baik adajer teksi yang bagi kami naik berlima. Ni kalau kat Seoul memang di haramkan sebab kat Bandar Seoul terlalu ramai Polis. Ada jer bersepah sana sini. Tapi kat Jamsil ni yang agak jauh dari Seoul tapi masih dalam Daerah Seoul Polis agak kurang. 

Sampai jer kat Garak Market actually ada dua satu Pasar Ikan dan Satu lagi Pasar yang jual sayur-sayurann,kami masuk ke Pasar Ikan sebab nak rasa makan fresh seafood. 




Masuk ke Pasar ni keadaan Pasar agak bersih. Kat sini kami jumpa macam-macam spesis ikan yang tak pernah tengok kat Malaysia. 

Side Fish. Ikan yang dalam keadaan berbaring.

Aneka jenis Ketam.

Octopus


King Crab

Ni nampak cam belut. Rasanya adik belut kot tapi
hidup kat laut.



Giant Lobster

Besar Udang ni. Deaha dlm bahasa Korea. 








Kita orang menjadi jakun kejap snap sana snap sini hihi.. Ajushii kat Market ni agak ramah walaupun tak reti English dia masih nak tanya itu ini. Kita org geleng kepala je kalau tak paham. Tapi selalunya dia org tanya kami dari mana? Yg tu aku reti jawab hihi.. Explore dah sekarang time nak membeli. Disebabkan ikan-ikan dan seafood kat sini fresh dari laut dalam harga dia agak mahal. Aku kononnya berangan nak makan King Crab tapiii bila tanya pasal harga terus cancell hajat. Huhu... Lastly kami amik crab yang biasa dalam 3 ekor, udang 2 kilo dan Harry beli Side Fish sekor. Jadila nak mengisi perut kami berlima. 

Seterusnya kami naik ke tingkat bahagian atas siap lift lagi canggih betul pasar diaorg. Kami masuk kedai untuk masak seafood yang kami beli dan seterusnya melantak hihi. Ikan tadi yang dah siap-siap di potong nipis kami dipanggil sashimi. Sashimi dimakan mentah dan dicicah dengan sauce kochujang. First time makan benda mentah-mentah camni mula-mula igt tekak tak boleh terima tapiii not bad. Rasa ikan tu kenyal dikunyah dengan sos yang pedas. Not bad at all. Tak de pun bau hanyir ikan. Harry ajar kami makan, wrap dengan daun salad dan ada sejenis daun tak ku tahu namanya tapi sekali pandang macam daun sirih tapi rasa dia tak la pedas macam daun sirih. Bawang putih mentah, cili hijau yang tak pedas sgt macam cili api kat sini dn satu lagi jenis sos dah lupa nama. Balut dannnn ngappp. Penuh mulut ualls. Patutla slim diaorg ni. Cara makan diaorg agak lain dari cara kita kat sini. Semua makanan sihat belaka. Kalau kat sini tak penah umur makan bawang putih mentah. Fungsi bawang putih mentah tu untuk bakar kalori dan mengurangkan kolestrol dalam badan. Sesape yang ada kolestrol tinggi amatlah bagus makan bawang putih!!


Sasshimi


Wrap. Selau tengok kat Running Man jer..
   

Tulang ikan yang ahjumma bungkus tadi dibuat stew. Stew ni tak berapa sedap. Yela air rebusan ikan jer pun. Makan dengan nasi tambah kimchii. Boleh laa nak kenyangkan perut. Kalau dapat tom yam kan best!! Huuhu.

Seterusnya udang tadi pun direbus sama gak dengan ketam. Biasa jerr.. Rebuskannn. Wahh bestnye kalau ada ketam cili api.. Udang paprik.. hohhoo. Kami makan dengan perlahan sebab tak berapa sedap huhu.. Jiran sebelah meja dah berganti. Kita orang masih lagi makan. Orang Malaysia memang sopan. Makan pun beradab. Hihi.. Mata-mata kat situ asik la memandang kami. Yela lain dari yang lain hahaha.. 
  
Habis makan kami aku pun bayar upah masak tadi dalam Won 36000. Mahal ooo. Udang dengan ketam plus upah masak dalam RM 280.00 tak masuk ikan yang Harry beli. Mahal kannn.. Di nasihatkan kalau nak makan fresh seafood sila bawak duit banyak-banyak huhu.. King Carb tadi masa tanya harga seekor dah dekat RM200.00 ooo.. jgn mimpilaa nak makan King Crab El~~huhu..

Habis makan kami pun geraklaa nak balik ke Seoul. Hujan turun!! Harry offer payung dia hihi.. Aku tanya mana dia tau nak hujan? Dia ckp wife dia tgk weather broadcast pg tadi dan bagi dia payung siap-siap. Oooo. Aku pun tak tau macam mana nak tgk hari nak hujan ke tak sebab hari-hari mmg cuaca nampak foggy jer. Lain klu kat sini nampak mendung baru tau hari nak hujan. 

Perjalanan ke Seoul kami naik teksi lagi. Berlima haha.. Won 17000 klu tak silap. Sampai kat Namdaemun dah pukul 4.30ptg dah nak gelap. Kak Ros la request nak g shoping lagi kata dia. So kami masuk Store kat Namdaemun area. Tengok-tengok jer aku la tu..hihi.. Kat sini banyak Store yang besar-besar barang harga mampu untuk orang-orang biasa. Seperti yang kita tau dia orang mmg suka berfesyen baik lelaki atau perempuan. Semuanya nampak elegant dgn harga yang mampu beli. Memang tak sesuai klu nak beli untuk hb. Lagi satu size yang besar memang susah nak cari kat Korea, semua size XL ke bawah. XL pun nampak kecik. 

Lepas window shopping kami keluar dari Store dan lalu satu kedai baju dekat dengan Qwanjang Market haa kat sini kami jumpa Tshirt I love Korea. Rupanya kat sini lagi murah dari kat Insadong haritu. 3 pieces dapat dlm Won10,000. Haa apa lagi grab la sebab murah berbanding yang kat Insadong 1 helai je dahh Won 10,000. Selain tu beli Strawberry kat kaki lima.

Jam dah tunjuk kul 7.00 mlm. Aku pun cakap nak balik dah pada Harry tapi dia ajak minum dulu. Dia belanja!! Ok no hal! Harry bawak kami ke satu kedai Teh yang memang jual minuman  teh semata. Oriented Teh. Kedai teh ni sangat unik ala-ala masuk kedai lama Korea. Tenang jer dan hangat.  Tak penah lagi aku minum teh selain teh boh ,teh hijau dan teh bunga. Dia order mengikut suggestion dari tuanpunya kedai. Teh bunga, teh jujube, teh ginseng dan ada teh yang aku pun tak reti nak menyebut nama nya sebab Harry tak boleh nak translate nama teh tu tapi yang pasti ada kacang dalam teh tu. Sambil minum teh sambil borak-borak. Macam-macam yang dia tanya. Kenapa kena pakai hijab? Islam tu macam mana? Kita orang yang bukan alim ulama ni pun menjawab apa yang termampu untuk bagi persepsi yang baik ada dia mengenai Islam. Tetiba kami jadi ustazah pilihan kat Korea hahaha.

Macam-macam perkara lagi yang kami sembang. Antaranya pasal family, kerja dan macam-macam lagi. Dia org dah panas montot haha. At last lepas bayar dan say good bye pada tauke kedai kami pun gerak dalam hujan yang masih turun renyai-renyai. 

Lepas say thank you pada Harry kami balik dengan Teksi dan turun kat kedai kebab favourite kami sebab ni malam terakhir kami dapat makan kebab dari Angkara restaurant huhuhu. Kami dah nak balik. Yeaayyyy!! Gembira campur sedih sebenarnya. Gembira nak bertemu keluarga yang dirindui. Sedih sebab nak balik tak tau bila lagi boleh sampai Korea.. sob sob sob


Pic dari dalam kedai kebab. Yang baju hijau tu abg polis.
Walaupun berhujan dalam sejuk-sejuk ni tabah jer abg polis ni kerja.
Kalau kat sini hujan jer abg misai semua lari balik hihi.. 

Sampai rumah kami makan dan siap-siap packing dan tidoo..zzzzzzzzz

  

  




  

2 ulasan:

  1. nanti nak holiday dekat sana jugak lah..hehehe macam seronok je..

    BalasPadam
  2. Yer mmg seronok. Klu nak pegi nnt saya boleh recomend daily tour. Hihi :)

    BalasPadam