SILA KELIK SAYE ^^

Sabtu, 28 Februari 2015

Time to say good bye!

Assalamualaikum..

Last day kami di Korea.


Malam sebelumnya kami dah siap packing barang-barang tapi last minute ade gak lagi barang kecik-kecik yang tak masuk dlm luggage. Sumbat sampai santak la luggage hihi. Lepas kemas kami bersiap dan kemaskan apartment. Tak nak la kami menyusahkan Andy ajusshi yang jaga tempat ni. Transport kami dah mintak Andy arrange dari mula sebab tak nak amik public transport nanti susah nk bawak luggage yg berat. 

Flight kami jam 11.15pg jadi kami kena ada kat airport sebelum pukul 9.00pg. Ajushii transport dah sampai kat garaj apartment jam 7.40pg. Lepas loaded barang kami say gudbye pada Andy. 

Perjalanan ke Airport dalam Sejam camtu. Cuaca masih lagi foggy. I'll miss this environment.. Sejuk dan foggy. 

Sampai Airport masa dah terlalu suntuk. Berkejar-kejar juga la kita orang nak sampai ke satelite area. Sempat jugak aku pergi money changer tukar won ke USD. Tukar USD lagi selamat untuk kadar tukaran yang tinggi di Malaysia. Aku dapat dari blog jugak nih.. hihi Petua tu!! Yang syiling dan T-money card aku bg kat ahjumma yang cuci toilet. Buat sedekah jariah laa kononnya. 




Makanan wajib dalam flight. Nasi lemak Pak Nasir. Sekarng tak berapa sedap macam
dulu-dulu. Kurang umphhh!!


Blue sky. Subhanallah cantikk..

Belanja pose.. hihi
Nak cite sikit hihi.. klu Diaorang baca mesti menanah mata hahaha..

Masa kat dlm flight kat depan Kak Ros ada sorang anak muda Korea. Dari cara dia nampak macam nak tegur aku. Aku yang memang sedia peramah pun tegur la dulu hihi.. Aku tanya dia nak ke mana? Aku mulakan bicara. Dia cakap dia nak ke Kemboja untuk Vacation berdua jer dgn member dia sebelum pergi Military  Service untuk dua tahun. Dia tanya aku teenage ke? Aku gelak la apa lagi.. hihii Mak yang dah tua ni pun ade org cakap muda remaja lagi.. I'll take it as a complimentary. Aku bgtau yang aku ada family sendiri anak pun dah besar-besar. Dia tak percaya hahahha. Aku bgtau yang Kak Ros pun sama. Dia cakap kitaorg nampak muda sgt. Awet muda nak petua tak?? Petuanya gelak haahahhaha... tipu je.      
   
Perjalanan 5jam setengah kami isi dengan makan dan tido jer hihi.. Kami sampai ke bumi bertuah tanah tumpah darahku. Wahh semangat macam nak pergi berperang pulak! Pukul 3.45 waktu Malaysia awal dari jangkaan. Laju betul Pilot ni. Alhamdulillah selamat mendarat.. Tak zabarrr nak tgk abg misai ku.. 

Akhirnya selesai jugak misi menulis entry #kekorealahkita. Selepas sebulan lebih siap jugak entry ni dengan jayanya. 

Banyak jugak masa dihabiskan untuk  masukkan semua memory di Korea dalam blog. Hmm semua untuk kenang-kenangan dan tatapan uallss. Tak sebaik penulis sebenar. Sekadar suka-suka. Di harap uall dapat jugak info sebagai rujukan untuk melancong ke Korea. Kalau ada pape nak tanye boleh drop komen kat sini keh...

Sekian.. Anyoung!!   

   
      

GARAK MARKET

Anyunghaseyo! 

Jom sambung lagi..


Kami gerak ke Garak Market atau dalam bahasa Koreanya Garak Sinjjangg dengan menaiki teksi. Kami kena pilih-pilih teksi sebabbb kami berlima hihi.. kena tanya dulu takkan nk naik dua teksi itu pembaziran! Nasib baik adajer teksi yang bagi kami naik berlima. Ni kalau kat Seoul memang di haramkan sebab kat Bandar Seoul terlalu ramai Polis. Ada jer bersepah sana sini. Tapi kat Jamsil ni yang agak jauh dari Seoul tapi masih dalam Daerah Seoul Polis agak kurang. 

Sampai jer kat Garak Market actually ada dua satu Pasar Ikan dan Satu lagi Pasar yang jual sayur-sayurann,kami masuk ke Pasar Ikan sebab nak rasa makan fresh seafood. 




Masuk ke Pasar ni keadaan Pasar agak bersih. Kat sini kami jumpa macam-macam spesis ikan yang tak pernah tengok kat Malaysia. 

Side Fish. Ikan yang dalam keadaan berbaring.

Aneka jenis Ketam.

Octopus


King Crab

Ni nampak cam belut. Rasanya adik belut kot tapi
hidup kat laut.



Giant Lobster

Besar Udang ni. Deaha dlm bahasa Korea. 








Kita orang menjadi jakun kejap snap sana snap sini hihi.. Ajushii kat Market ni agak ramah walaupun tak reti English dia masih nak tanya itu ini. Kita org geleng kepala je kalau tak paham. Tapi selalunya dia org tanya kami dari mana? Yg tu aku reti jawab hihi.. Explore dah sekarang time nak membeli. Disebabkan ikan-ikan dan seafood kat sini fresh dari laut dalam harga dia agak mahal. Aku kononnya berangan nak makan King Crab tapiii bila tanya pasal harga terus cancell hajat. Huhu... Lastly kami amik crab yang biasa dalam 3 ekor, udang 2 kilo dan Harry beli Side Fish sekor. Jadila nak mengisi perut kami berlima. 

Seterusnya kami naik ke tingkat bahagian atas siap lift lagi canggih betul pasar diaorg. Kami masuk kedai untuk masak seafood yang kami beli dan seterusnya melantak hihi. Ikan tadi yang dah siap-siap di potong nipis kami dipanggil sashimi. Sashimi dimakan mentah dan dicicah dengan sauce kochujang. First time makan benda mentah-mentah camni mula-mula igt tekak tak boleh terima tapiii not bad. Rasa ikan tu kenyal dikunyah dengan sos yang pedas. Not bad at all. Tak de pun bau hanyir ikan. Harry ajar kami makan, wrap dengan daun salad dan ada sejenis daun tak ku tahu namanya tapi sekali pandang macam daun sirih tapi rasa dia tak la pedas macam daun sirih. Bawang putih mentah, cili hijau yang tak pedas sgt macam cili api kat sini dn satu lagi jenis sos dah lupa nama. Balut dannnn ngappp. Penuh mulut ualls. Patutla slim diaorg ni. Cara makan diaorg agak lain dari cara kita kat sini. Semua makanan sihat belaka. Kalau kat sini tak penah umur makan bawang putih mentah. Fungsi bawang putih mentah tu untuk bakar kalori dan mengurangkan kolestrol dalam badan. Sesape yang ada kolestrol tinggi amatlah bagus makan bawang putih!!


Sasshimi


Wrap. Selau tengok kat Running Man jer..
   

Tulang ikan yang ahjumma bungkus tadi dibuat stew. Stew ni tak berapa sedap. Yela air rebusan ikan jer pun. Makan dengan nasi tambah kimchii. Boleh laa nak kenyangkan perut. Kalau dapat tom yam kan best!! Huuhu.

Seterusnya udang tadi pun direbus sama gak dengan ketam. Biasa jerr.. Rebuskannn. Wahh bestnye kalau ada ketam cili api.. Udang paprik.. hohhoo. Kami makan dengan perlahan sebab tak berapa sedap huhu.. Jiran sebelah meja dah berganti. Kita orang masih lagi makan. Orang Malaysia memang sopan. Makan pun beradab. Hihi.. Mata-mata kat situ asik la memandang kami. Yela lain dari yang lain hahaha.. 
  
Habis makan kami aku pun bayar upah masak tadi dalam Won 36000. Mahal ooo. Udang dengan ketam plus upah masak dalam RM 280.00 tak masuk ikan yang Harry beli. Mahal kannn.. Di nasihatkan kalau nak makan fresh seafood sila bawak duit banyak-banyak huhu.. King Carb tadi masa tanya harga seekor dah dekat RM200.00 ooo.. jgn mimpilaa nak makan King Crab El~~huhu..

Habis makan kami pun geraklaa nak balik ke Seoul. Hujan turun!! Harry offer payung dia hihi.. Aku tanya mana dia tau nak hujan? Dia ckp wife dia tgk weather broadcast pg tadi dan bagi dia payung siap-siap. Oooo. Aku pun tak tau macam mana nak tgk hari nak hujan ke tak sebab hari-hari mmg cuaca nampak foggy jer. Lain klu kat sini nampak mendung baru tau hari nak hujan. 

Perjalanan ke Seoul kami naik teksi lagi. Berlima haha.. Won 17000 klu tak silap. Sampai kat Namdaemun dah pukul 4.30ptg dah nak gelap. Kak Ros la request nak g shoping lagi kata dia. So kami masuk Store kat Namdaemun area. Tengok-tengok jer aku la tu..hihi.. Kat sini banyak Store yang besar-besar barang harga mampu untuk orang-orang biasa. Seperti yang kita tau dia orang mmg suka berfesyen baik lelaki atau perempuan. Semuanya nampak elegant dgn harga yang mampu beli. Memang tak sesuai klu nak beli untuk hb. Lagi satu size yang besar memang susah nak cari kat Korea, semua size XL ke bawah. XL pun nampak kecik. 

Lepas window shopping kami keluar dari Store dan lalu satu kedai baju dekat dengan Qwanjang Market haa kat sini kami jumpa Tshirt I love Korea. Rupanya kat sini lagi murah dari kat Insadong haritu. 3 pieces dapat dlm Won10,000. Haa apa lagi grab la sebab murah berbanding yang kat Insadong 1 helai je dahh Won 10,000. Selain tu beli Strawberry kat kaki lima.

Jam dah tunjuk kul 7.00 mlm. Aku pun cakap nak balik dah pada Harry tapi dia ajak minum dulu. Dia belanja!! Ok no hal! Harry bawak kami ke satu kedai Teh yang memang jual minuman  teh semata. Oriented Teh. Kedai teh ni sangat unik ala-ala masuk kedai lama Korea. Tenang jer dan hangat.  Tak penah lagi aku minum teh selain teh boh ,teh hijau dan teh bunga. Dia order mengikut suggestion dari tuanpunya kedai. Teh bunga, teh jujube, teh ginseng dan ada teh yang aku pun tak reti nak menyebut nama nya sebab Harry tak boleh nak translate nama teh tu tapi yang pasti ada kacang dalam teh tu. Sambil minum teh sambil borak-borak. Macam-macam yang dia tanya. Kenapa kena pakai hijab? Islam tu macam mana? Kita orang yang bukan alim ulama ni pun menjawab apa yang termampu untuk bagi persepsi yang baik ada dia mengenai Islam. Tetiba kami jadi ustazah pilihan kat Korea hahaha.

Macam-macam perkara lagi yang kami sembang. Antaranya pasal family, kerja dan macam-macam lagi. Dia org dah panas montot haha. At last lepas bayar dan say good bye pada tauke kedai kami pun gerak dalam hujan yang masih turun renyai-renyai. 

Lepas say thank you pada Harry kami balik dengan Teksi dan turun kat kedai kebab favourite kami sebab ni malam terakhir kami dapat makan kebab dari Angkara restaurant huhuhu. Kami dah nak balik. Yeaayyyy!! Gembira campur sedih sebenarnya. Gembira nak bertemu keluarga yang dirindui. Sedih sebab nak balik tak tau bila lagi boleh sampai Korea.. sob sob sob


Pic dari dalam kedai kebab. Yang baju hijau tu abg polis.
Walaupun berhujan dalam sejuk-sejuk ni tabah jer abg polis ni kerja.
Kalau kat sini hujan jer abg misai semua lari balik hihi.. 

Sampai rumah kami makan dan siap-siap packing dan tidoo..zzzzzzzzz

  

  




  

LOTTE WORLD ADVENTURE PARK


Assalamualaikum...

Jom sambung lagi entry ke Korea kita!!


Hari ke 5 kami!! ehh bukan kami aku yang betulnye.. Actually aku dah set nak bawak dia org g Lotte World Theme Park. Malam sebelumnya dah janji dengan Korean  friend aku dia akan bawak kami jenjalan. Ticket aku dah siap-siap mintak Richard Oppa (tour guide masa 2nd day) belikan. Harga tiket yg asalnye Won 40,000 seorng aku dapat Won 30,000 jer..murah ooo  So Oppa akan tggu kami dekat Lobby Lotte Hotel. Dan Korean Friend aku tunggu kt Subway Station. Janji kul 10.00 pg camtu.  Ermm aku tak habaq kat depa awai2 hihi.. pagi tu baru kalut bgtau. Apa lagi hingaqq dan kalut la nak bersiap. Janji kul 10.00 kita org kul 9.15 pg baru nak keluar rumah. Huhuu..

Lotte World Theme Park http://global.lotteworld.com/app/attrctn/list.asp?cmsCd=CM0196 boleh tengok kat Link ni.. 

Actually tempat ni agak jauh dari tempat stay kami. Kami kena naik subway dari Itaewon Station ke Sindang dan exchange train ke Jamsil. Mengambil masa lebih kurang 1jam la nak sampai ke tempat yang kami tujui. Keluar rumah 9.15 so kami sampai dah 10.30 setengah hoho.. Biasa la janji melayu kita kan.. Dia org yang aku janji sharp pukul 10.00 dah menunggu. Bagus sikap Korean ni. Tak lambat dan tak cepat sangat memang sangat tepati waktu. 

Sampai kat Jamsil Subway exit no. 4 aku cari-cari Korean Friend aku yg aku jumpa kat alam maya je selalu. Dia la satu-satu kawan yang sangat membantu aku dalam percutian aku dan friend ke Korea. Aku byk refer apa-apa yg aku nak tau dari dia.. Dari ramai-ramai yg aku cari dia jer yang boleh di harap haha.. yang lain tu macam takkk jerr. macam sombong jerr.. Memang Korean susah sikit kita nak approach. So pandai-pandai la kalau nak cari kawan Korea ni. Nak cari Malaysian yang dok sana hmm.. adala tapi kebanyakan student, tak boleh la nak kacau study dia orgkan.. Masa mula-mula dulu ada la mintak tolong satu mamat ni... memang nama dia mamat haha.. femes gak budak ni. Penah masuk rancangan reality show kat Korea. Mula-mula dia cakap ok tp bila inbox kt IG dia , dia senyap jerr.. macam ckp ngan spender haha..  (Ni ayat kita org kat opis. Klu yg buat derkk je kita panggil dia spender. kikiki.)  Tapi takpe aku positif jer mungkin dia sibuk dgn aktiviti tahun akhir dia kat U. Tak pelaaa. Benda dah lepas dan nasib laaa ade si Harry ni yang nak menolong aku. 

So Harry pun bawak kita org pegi cari Richard Oppa kat Lobby Lotte Hotel. Lepas borak-borak lebih kurang dengan Oppa kita org pun memulakan pengembaraan ke Lotte World Theme Park.. Wahhh terasa keterujaanya dari jauhh dah dengar suara girls yg screamm nak pecah tekak. Harry pun first time masuk sini dia kata..hihi. 

Cuaca sangat sejuk pagi ni kata Harry hari nak hujan. OMG ye ke habiss laa. Tapi kami terus kan jugak sementara belum hujan. Kami cuba dua jenis permainan yg agak extreme. Gyro Drop dan Gyro Spin. Jujur aku bagitau kat sini aku cuma penah naik runaway train yg kat Sunway tu dgn kincir yg besar dan Taming Sari. Tak penah lagi cuba yg terlalu extreme. Hmm masa ni la nak mencuba. Tapiiiii.. nak menunggu giliran tu teramattlahhhhhh panjang. So kami naik dua benda tu jer.. Betul-betul menjana adrenalin. Huhu.. Bestt
      


Selain dari naik Gyro drop dan Gyro Spin kami  masuk tgk 3D video dan naik boat aladdin story. Ada banyak gak Vidz yang kami ambil tapi entah macam  mana nak attach pun tak tahu. huhu. Boleh cuba tgk kat link yng aku attached yer...
  






Kami singkatkan explore ke Lotte Theme Park sebab hujan nak turun dan dah tengah hari kami kena isi perut yang dah kebulur. Sila la tengok pics yg sempat kami snap. 


Pic Snap dr handphone Harry. Suke tau
amik pic2 gini. Belum standby lagi dia dh snap.

Khajaa!!
Dalam train.

Ni macam tak penah jumpe setahun gamak nye!!






Standby naik Gyro Drop.


Cantikk!!


Tak boleh bla betul belum ready lg dah snap! Tengok Harry
dengan muka slumber die jer. haha 

Nak hujann!!











Lepas bersuka ria kat Lotte World Theme Park kami ke Garak Market untuk makan. Sambung Entry next yer.. 

Anyoung!!






Diet

Assalamualaikum... 

Pagi tadi masa sy nak beli breakfast terserempak dgn bapak sedara. Dia laung dari jauh. Lama ko tak g rumah acik kan.. Ehh kurus la kau sekarang!! Siap tanya hb lg sy makan ubat apa utk kurus.. Hihi.. Jawapan hb. Dia g gym! Hihi.. Wahh betul lah sy dah loose weight. 😄😄😄😄😄. Senyum lebarr lah kan.. 

Actually apa yg sy amalkan adalah jaga diet dan senaman. Masa mula-mula masuk gym sy tak amalkan pun pemakanan sihat. Sy makan apa yg sy suka dan nak makan sebab masa tu sy fikir takpe saya makan dan sy ke gym utk bakar kalori. Tapi dari hari ke hari berat sy masih tak turun. Sy jd frust. Ye laa dah nak masuk bulan ke 3 sy masih tak dapat turunkan berat badan. Tp sy masih tak putus asa sy masih lg teruskan activiti di gym. 

Sampai lah satu hari teman satu sekolah tag satu link melalui what's app. Sy baca dan berazam nak buat diet ni yg sy nampak ramai yg dah berjaya turunkan berat badan walaupun berisi macam mana pun  boleh loose weight bukan sikit-sikit. Sy jadi kagum dgn testimoni yg sy tengok dr link yg diberi. Mereka boleh berjaya takkan sy tak boleh. 

Berbekalkan keyakinan sy pun mulakan diet tersebut dan teman satu opis pun mula ikut sy. Wahh semangat sikit ada teman ni.. Atleast takde laa kena bahan sorang2. Huhu. Mula-mula amalkan ramai yg cakap alaa sekejap jer tu, tak lama lg hilang la semangat diet tu.  Tapi sy ambil sebagai semangat. Berkat kesabaran sy mula loose weight sikit demi sikit. Diet dan juga aktiviti gym. Walaupun lambat tp Alhamdulillah berjaya juga sy turun berat badan. Walaupun tak byk mana turun berat tp memang nampak di mata orang lain. Baju yg dulu sendat dh makin longgar. Yuhuuu!! 

Sehingga hari ni sy masih lagi mengamalkan diet dan senaman bukan untuk cantik jer tp untuk kesihatan jugak. Alhamdulillah. Sebelum ni saya mengalami sakit ditumit kaki. Sy tak boleh pakai high heel dan sy akan jadikan hb sebagai tongkat yg seret saje sy kemana nak pergi.. Hihi. Sekarang masalah sakit tu dah takde. Cuma kadang-kadang ada sakit pd otot-ptot kaki, tapi dah jadi kebiasaan pula pada sy. Sy abaikan saje sebab dua tiga hari sakit tu akan hilang sendiri. 

Lima bulan sy beraktiviti yg tak pernah sy buat sy hampir dpt berat badan yg sy inginkan.  Berat turun sedikit demi sedikit. Lima bulan sy loose 5 kg. alhamdulillah. Sekarang yg dok ngata tu pun mengakui keberkesanan diet dan aktiviti yg sy amalkan. Biar lambat asalkan dapat apa yg diimpikan. 

Nanti sy akan share jenis diet apa yg sy amalkan. Tunggu post sy akan datang. Sabar tunggu yerr.!! 

Sekian. 

Isnin, 23 Februari 2015

Heii kakak!!

Assalamualaikum....

Hari ni nak cite sikit pasal attitude kita masa masuk mini merket. Saya kalau masuk mini market kalau nak beli barang mesti nak ambil basket tak kira la banyak ke sikit barangan yang kita nak beli. Ini bagi memudahkan diri sendiri nak pick itu ini tak de lah tangan penuh dengan barang. Kecuali lah just nak ambil macam satu dua barang dan pegi kaunter terus bayar. 

Dah nama pun mini market memang mini tempatnye, baik dari segi pintu masuk dan kaunter. 

Baru-baru ni me pegi Speedmart, kebetulan ramai ya amat hari tu. Sendat betul pintu masuk dengan customer-customer yang nak membayar kat kaunter panjang berbaris-baris lagi.. Me dengan hubby masuk la melalui barisan yang panjang tuh siap laga-laga montot lagi huhu.. tetiba sampai satu kakak ni me terlanggar barangan yang dia pegang. Uikkk! dengan sepantas kilat me amik la balik benda yang jatuh rupanya bisekut uall. Me pun cakap sorry sorry saya tak sengaja!! Dan berlalu pergi dari kakak tu.. tapi adalah dengar wording yang iskkhh iskhh tak payah lah me mention kat sini. Me mmg telinga jenis tebal tak heran ko nak cakap ape hakak bukan salah me pun. 

Dah tempat tu sempit.!! Hakak lain kali dah tau nak beli barang silalah gunakan basket yang disediakan. Bukan kena bayar macam troly Maidyn kena masuk 50sen tuh. Ermm and satu lagi me bukan gebu macam hakak okay!.. Me diet tauu hahaha dah kurus meletop sekarang hahahahahha... Buat sakit hati jer tau insiden tu. Hubby dok tanya-tanya nape. "Hmm nampak kakak gebus tadi? Beskut dia jatuh kita tersinggung tadi, mulut dia cam... " malas nak continue hihi tau la klu sambung kang hubby plak sambung buat dosa kering jer nanti. 

So pengajarannya len kali kali kalau nak pergi shopping gunakanlah kemudahan yang telah disediakan oleh pihak super market untuk kemudahan diri dan orang lain. Tak nyusah kan diri dan tak menyusahkan orang disekeliling.

Sekian untuk tatapan.

:)





   




  




  

Happy Born day my boy.

Selamat Hari Lahir Anak...

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 15 tahun kepada anak sulungku MUHAMMAD NUR HAFIQ yang jatuh pada 16 February haritu. Lambat sikit update sebabnye tak ade celebrate pun mulanya cuma ingat nak bagi hadiah jer. Hadiah awal-awal lagi dah sampai ke tuan punya birthday. 

Hari Sabtu baru berkesempatan untuk celebrate surprise belated birthday untuk anak bujang aku tu. Tu pun dah malam dah. Nasib baik dapat jugak kek raya-raya ni. Kebanyakan kedai kek tutup sempena cuti Raya Cina. Walaupun simple tapi cukuplah nak gembirakan hati anak. Alhamdulillah.

Semoga diberikan kesihatan yang baik. Taat pada ALLAH. Semoga jadi anak yang baik cucu yang baik. (Untuk pengetahuan anak bujang ni duduk dgn grand parent iaitu mak pak aku sedari dari sekecil dua jari tapak kakinya. Haa maksudnya dari baby la tuh..) Semoga berjaya dalam pelajaran. Usaha lebih tahun ni untuk PT3. Mama doakan yang terbaik untuk Afit. Mama dan ayah love you forever.  






Sabtu, 21 Februari 2015

Jalan-jalan with TG- part 2. GYEONGBUKGUNG PALACE, BUCHON HANOK VILLAGE, CENTRAL MOSQUE, INSADONG, QWANJANG MARKET & NAMSAN TOWER

Sambungan dari part 1.

Sebelum tu jap erkk... uweekkk..uweekk. huu nak muntah aku wei dari tadi mengadap blog tak habis-habis lagi entry pasal Korea ni. Dah nak masuk sebulan aku peram. Tak sabar nak habiskan. 

Ok habis muntah sambung lagi entry jalan-jalan dengan TS SJ. 

Perjalanan seterusnya kami ke Buchon Hanok Village. Tak jauh dari Gyeongbukgung Palace lebih kurang dalam 15 minit perjalanan dalam daerah Seoul juga. Buchon Hanok Village adalah di antara perkampungan disekitar Seoul. Terletak di tepi bukit dimana rumah dibina sangat rapat dengan penggunaan minimum tanah. Ruang rumah menjadi sangat kecil dan sempit. Dari sini kita boleh nampak SEOUL TOWER.

Masuk ke rumah tradisional Korea.








Pose kononnye. 








     
Bersih sangat Buchon Hanok Village ni. Di penempatan ni ada signange yang minta kita jangan buat bising. Ini adalah kerana ianya adalah penempatan sebenar ini bagi mengelakkan penduduk terganggu dengan bunyi bising dari pengunjung-pengunjung yang datang ke sini.  

Semasa sedang mengekplore kampung ni kami sampai kesebuah kedai yang menjual Ice Cream. Erkk ade jer orang yang tak betul makan Ice cream sejuk-sejuk ni. Aku terdengar perkataan yang biasa sangat aku dengar kat Malaysia. Nahh aku pandang la dia org rupanya Malaysian was there too. Aku kalau tengok Malaysian aku memang suka hihi.. dah memang bangsa aku terlebih peramah kan.. Aku pun tanye diaorg tak sejuk ke makan ice cream sejuk-sejuk ni. Dia org shook dan pandang kita org maybe dia igt kita org Indonesian kot hahaha. Sempat berborak rupanya diaorang ada seminar company Daihatsu kat Seoul. Dia org ambil masa yang terluang pergi sightseeing. Lepas borak lebih kurang kita orang bye bye dia orang. 

Erm perut dah mula berkeroncong, matahari dah tegak betul-betul atas kepala. SJ offer untuk pergi makan dulu. Bab makan ni memang kita orang dah request Korean Halal Food masa booking so SJ bawa kami ke Muree Muslim Food. Actually Restaurant ni  dekat jer dengan apartment kita orang dan dekat sangat dengan Central Mosque. Tukang masak kat sini  Indonesian yang dah duduk kat sini 30 tahun dah berkeluarga pun. Boleh tahan peramah ibu tu. Cerita itu ini. SJ yang tak faham Muslim Food pun ambik peluang tanya pada ibu tu since ibu tu pandai Bahasa Korea. Untuk pengetahuan Muslim Food mahal berbanding makanan korea ini adalah kerana asas penyembelihan yang mengikut sunah. Kat Korea muslim adalah minoriti jadi susah untuk dapatkan daging yang disembelih secara yang betul ataupun lebih dikenali sebagai HALAL.. Bila aku tanya pada SJ apa beza dan rasa makanan halal dengan yang dia selalu makan. Dia kata cara masakan dia lain dan rasa jugak lain. Masa hidangan kami dihidang dengan nasi yang diletak di dalam  pinggan tapi yang SJ makan dihidang di dalam mangkuk kecik. Munkin ibu tu tau muslim biasa nya susah klu makan dalam mangkuk tu sebab dia bagi pinggan.  

Ni la SJ. Actually nak  amik gambar signage jer ada pulak kepala si SJ kat situ.  

Lepas makan kami minta SJ hantar kami ke Central Mosque. Abg Zahir dengan kak Ros nak solat dulu. Boleh Si SJ tanya kenapa aku tak solat jugak huhu. Peluh jugak aku nak jawab yang aku tak boleh solat sebab uzur. huhu..


Bi hadapan SEOUL CENTRAL MOSQUE.





Kat sini ramai yang bukan islam merayau-rayau, tak tahu apa tujuan diaorang tapi yang pasti dia orang ambil gambar selfie wefie kat sini. Masjid ni terletak di puncak bukit yang membolehkan pemandangan seluruh Seoul dapat dilihat dari sini. Mungkin la view kot yang dari sini nampak cantik. Area dalam masjid tak dibenarkan untuk pengunjung bukan muslim masuk, tak diketahui kenapa. Sedangkan masjid kat Putrajaya tu boleh jer yang bukan  islam masuk janji kena cukup kain untuk masuk. SJ nampak tertarik untuk masuk meneroka masjid tu tapi signage dah terang-terang tak bagi non muslim masuk agak kecewa la jugak aku tengok. Aku terangkan kat dia yang kat Malaysia masjid boleh jer masuk janji jaga adab kat masjid. Dia kata tak apa, dia ok. 


INSADONG TIME~~


Lepas semua dah siap solat kami bergerak ke Insadong untuk beli cenderahati dan cenderamata. Apa beza tu? huhu.

Kat sini tak ade pulak gambar dalam simpanan lagipun we all sibuk beli belah tak berkesempatan nak snap-snap. Huhu..

Kat sini memang crowded gila.. semua tujuan nye sama. Nak beli key chain.

Aku pun sama sauk la dua tiga jenis key chain, T-shirt, magnet fridge dan chopstick. Dah aku malas nak fikir beli apa lagi. Lusa dah nak balik so tak yah nak cari-cari lagi. Tak la banyak cukup-cukup jer. Ko tau la duit dia orang kan mahal. Kang  tak cukup tambang aku nak bayar teksi nak balik nanti huhu.. dah la kat sini nak mintak diskaun pun tak dapat. Puas aku pujuk ahjumma tu ehh aku panggil dia onni hahaha nak jek kan aku cakap dia cantik pun tak jalan. Dia cuma bagi aku bag yang yang better sikit dari bag plastik yang mengundang kecemburuan ima hihi..

Keluar dari kedai gift aku cari-cari kak ros dengan abg zahir, mana nk di carik orang ramai-ramai ni. Tadi kata nk g toilet je, punya lah lama jadi kami bertiga layan la pak arab yang tengah jual ice cream yang buat persembahan ice cream cheated tu. Gelak-gelak tengok telatah budak-budak kecik kena perdaya dengan kon ice cream. Pon takde gambar dek kerana terlalu geli hati melayan aksi dia orang hihi.. tangan dah sejuk pun yer gakk. huhu. Kak ros dengan muka tak bersalah dia senyum-senyum depan kita orang. Rupanye dia g beli kerongsang dengan cincin sikit pun tak mengajak. Uihh bikin panas ni.. Kerongsang ok jugak kan.. Aku pun sauk  gak lah kerongsang kalau tak nanti menyesal. Ambil satu yang simple pun dah Won 7000 huhu.. tapi yang bagusnye buatan dia kemas batu terletak elok je ikatan nye kemas dan jarum dia siap ade cam kancing untuk lock. Incase pakai takde la tercabut dalam tak sedar.



Qwanjang Market. 

Keluar dari Insadong kami bergerak ke Qwangjang Market, salah satu market yang menjual segala jenis barangan. Dari fabrik, toto patch work, karpet, baju sampai la ikan masin, jeruk pun semua ada. Kak Ros sibuk jer dari semalam nak cari jacket kulit pun sibukla minta si SJ cari kedainya. Puas tanya sana-sini malangnye kedai kebanyakannya dah mula nak tutup sebab dah pukul enam petang dah gelap pun. Dari Qwanjang Market melintas Chonggey Stream ke market yang sebelah sana yang aku pun tak ingat apa nama market tu. Hmm rupanya dekat je pun dengan tempat yang kita orang rayau-rayau semalam kalau tahulah dari semalam kami dah ke sini.. tulaa tak buat preparation awal. Sepatutnya kami kena cari map. Tapi kebanyakan Tourist Information Centre tutup huhu. Aku semalam salah masuk kat bit Tourist Police Centre. Huhu.. Ermm officer tu macam pelakon laa hihi.. hensom betul dan tinggi. hihiihi.

Tak jumpa apa yang di cari, kami buat keputusan untuk ke destinasi yang seterusnya Seoul Tower!!!  

SEOUL TOWER 

Kami terpaksa berjalan kaki dari tempat parking untuk ke N Tower. Lebih kurang la 500m. Tinggi lak tu. Kena naik bukit anggarannya 70 sudut menegak. Gagahkan jugak la dah macam buat kardio dah aku rasa.

Enjoy view kat N Tower. Psst kat sini masa tengah que kami ada jumpa satu couple dari Klang. Mula-mula ingat dia dari China ke Taiwan ke tetiba dia tanya kita orang beli ticket berapa harga dan siap offer Pica snack dia, sebab dari tadi mungkin dia dengar Pica nak cangat beli Pop Corn kat bawah tu. Alaa pica malu-malu pulak. Dia cakap tak sedap macam pop corn yang kita akan kat TGC tu rasa bawang putih jer pun haha.. nasib tak beli..













Kat depan tu la couple yang aku cakap tadi.
Masa ni tak tau pun dia sekapal. hihi


   
    
  
Sebelum aku muntah hijau lagi baik aku berhenti kat sini dulu.. Naik lenguh pinggang ni nak menaip. Baru ku tau berapa banyak masa yang seorang Blogger perlukan nak meng"hupdate" huhu.. Patut la Name Roslan taip entry sikit-sikit jer hari ni.. Sibuk la tuu dengan baby-baby nye. Patutla kak MERAH pun taip entry ke Korea bersepah-sepah hiihi.. ampuan kak!!!

Sekian dulu. Ada masa aku update lagi entry ni. Panjang lagi sebenarnya. Stop dulu. Stop dulu.. nak g mandi..

Anyounghigaseyo!!
Sekian