SILA KELIK SAYE ^^

Sabtu, 21 Februari 2015

Jalan-jalan with TG- part 2. GYEONGBUKGUNG PALACE, BUCHON HANOK VILLAGE, CENTRAL MOSQUE, INSADONG, QWANJANG MARKET & NAMSAN TOWER

Sambungan dari part 1.

Sebelum tu jap erkk... uweekkk..uweekk. huu nak muntah aku wei dari tadi mengadap blog tak habis-habis lagi entry pasal Korea ni. Dah nak masuk sebulan aku peram. Tak sabar nak habiskan. 

Ok habis muntah sambung lagi entry jalan-jalan dengan TS SJ. 

Perjalanan seterusnya kami ke Buchon Hanok Village. Tak jauh dari Gyeongbukgung Palace lebih kurang dalam 15 minit perjalanan dalam daerah Seoul juga. Buchon Hanok Village adalah di antara perkampungan disekitar Seoul. Terletak di tepi bukit dimana rumah dibina sangat rapat dengan penggunaan minimum tanah. Ruang rumah menjadi sangat kecil dan sempit. Dari sini kita boleh nampak SEOUL TOWER.

Masuk ke rumah tradisional Korea.








Pose kononnye. 








     
Bersih sangat Buchon Hanok Village ni. Di penempatan ni ada signange yang minta kita jangan buat bising. Ini adalah kerana ianya adalah penempatan sebenar ini bagi mengelakkan penduduk terganggu dengan bunyi bising dari pengunjung-pengunjung yang datang ke sini.  

Semasa sedang mengekplore kampung ni kami sampai kesebuah kedai yang menjual Ice Cream. Erkk ade jer orang yang tak betul makan Ice cream sejuk-sejuk ni. Aku terdengar perkataan yang biasa sangat aku dengar kat Malaysia. Nahh aku pandang la dia org rupanya Malaysian was there too. Aku kalau tengok Malaysian aku memang suka hihi.. dah memang bangsa aku terlebih peramah kan.. Aku pun tanye diaorg tak sejuk ke makan ice cream sejuk-sejuk ni. Dia org shook dan pandang kita org maybe dia igt kita org Indonesian kot hahaha. Sempat berborak rupanya diaorang ada seminar company Daihatsu kat Seoul. Dia org ambil masa yang terluang pergi sightseeing. Lepas borak lebih kurang kita orang bye bye dia orang. 

Erm perut dah mula berkeroncong, matahari dah tegak betul-betul atas kepala. SJ offer untuk pergi makan dulu. Bab makan ni memang kita orang dah request Korean Halal Food masa booking so SJ bawa kami ke Muree Muslim Food. Actually Restaurant ni  dekat jer dengan apartment kita orang dan dekat sangat dengan Central Mosque. Tukang masak kat sini  Indonesian yang dah duduk kat sini 30 tahun dah berkeluarga pun. Boleh tahan peramah ibu tu. Cerita itu ini. SJ yang tak faham Muslim Food pun ambik peluang tanya pada ibu tu since ibu tu pandai Bahasa Korea. Untuk pengetahuan Muslim Food mahal berbanding makanan korea ini adalah kerana asas penyembelihan yang mengikut sunah. Kat Korea muslim adalah minoriti jadi susah untuk dapatkan daging yang disembelih secara yang betul ataupun lebih dikenali sebagai HALAL.. Bila aku tanya pada SJ apa beza dan rasa makanan halal dengan yang dia selalu makan. Dia kata cara masakan dia lain dan rasa jugak lain. Masa hidangan kami dihidang dengan nasi yang diletak di dalam  pinggan tapi yang SJ makan dihidang di dalam mangkuk kecik. Munkin ibu tu tau muslim biasa nya susah klu makan dalam mangkuk tu sebab dia bagi pinggan.  

Ni la SJ. Actually nak  amik gambar signage jer ada pulak kepala si SJ kat situ.  

Lepas makan kami minta SJ hantar kami ke Central Mosque. Abg Zahir dengan kak Ros nak solat dulu. Boleh Si SJ tanya kenapa aku tak solat jugak huhu. Peluh jugak aku nak jawab yang aku tak boleh solat sebab uzur. huhu..


Bi hadapan SEOUL CENTRAL MOSQUE.





Kat sini ramai yang bukan islam merayau-rayau, tak tahu apa tujuan diaorang tapi yang pasti dia orang ambil gambar selfie wefie kat sini. Masjid ni terletak di puncak bukit yang membolehkan pemandangan seluruh Seoul dapat dilihat dari sini. Mungkin la view kot yang dari sini nampak cantik. Area dalam masjid tak dibenarkan untuk pengunjung bukan muslim masuk, tak diketahui kenapa. Sedangkan masjid kat Putrajaya tu boleh jer yang bukan  islam masuk janji kena cukup kain untuk masuk. SJ nampak tertarik untuk masuk meneroka masjid tu tapi signage dah terang-terang tak bagi non muslim masuk agak kecewa la jugak aku tengok. Aku terangkan kat dia yang kat Malaysia masjid boleh jer masuk janji jaga adab kat masjid. Dia kata tak apa, dia ok. 


INSADONG TIME~~


Lepas semua dah siap solat kami bergerak ke Insadong untuk beli cenderahati dan cenderamata. Apa beza tu? huhu.

Kat sini tak ade pulak gambar dalam simpanan lagipun we all sibuk beli belah tak berkesempatan nak snap-snap. Huhu..

Kat sini memang crowded gila.. semua tujuan nye sama. Nak beli key chain.

Aku pun sama sauk la dua tiga jenis key chain, T-shirt, magnet fridge dan chopstick. Dah aku malas nak fikir beli apa lagi. Lusa dah nak balik so tak yah nak cari-cari lagi. Tak la banyak cukup-cukup jer. Ko tau la duit dia orang kan mahal. Kang  tak cukup tambang aku nak bayar teksi nak balik nanti huhu.. dah la kat sini nak mintak diskaun pun tak dapat. Puas aku pujuk ahjumma tu ehh aku panggil dia onni hahaha nak jek kan aku cakap dia cantik pun tak jalan. Dia cuma bagi aku bag yang yang better sikit dari bag plastik yang mengundang kecemburuan ima hihi..

Keluar dari kedai gift aku cari-cari kak ros dengan abg zahir, mana nk di carik orang ramai-ramai ni. Tadi kata nk g toilet je, punya lah lama jadi kami bertiga layan la pak arab yang tengah jual ice cream yang buat persembahan ice cream cheated tu. Gelak-gelak tengok telatah budak-budak kecik kena perdaya dengan kon ice cream. Pon takde gambar dek kerana terlalu geli hati melayan aksi dia orang hihi.. tangan dah sejuk pun yer gakk. huhu. Kak ros dengan muka tak bersalah dia senyum-senyum depan kita orang. Rupanye dia g beli kerongsang dengan cincin sikit pun tak mengajak. Uihh bikin panas ni.. Kerongsang ok jugak kan.. Aku pun sauk  gak lah kerongsang kalau tak nanti menyesal. Ambil satu yang simple pun dah Won 7000 huhu.. tapi yang bagusnye buatan dia kemas batu terletak elok je ikatan nye kemas dan jarum dia siap ade cam kancing untuk lock. Incase pakai takde la tercabut dalam tak sedar.



Qwanjang Market. 

Keluar dari Insadong kami bergerak ke Qwangjang Market, salah satu market yang menjual segala jenis barangan. Dari fabrik, toto patch work, karpet, baju sampai la ikan masin, jeruk pun semua ada. Kak Ros sibuk jer dari semalam nak cari jacket kulit pun sibukla minta si SJ cari kedainya. Puas tanya sana-sini malangnye kedai kebanyakannya dah mula nak tutup sebab dah pukul enam petang dah gelap pun. Dari Qwanjang Market melintas Chonggey Stream ke market yang sebelah sana yang aku pun tak ingat apa nama market tu. Hmm rupanya dekat je pun dengan tempat yang kita orang rayau-rayau semalam kalau tahulah dari semalam kami dah ke sini.. tulaa tak buat preparation awal. Sepatutnya kami kena cari map. Tapi kebanyakan Tourist Information Centre tutup huhu. Aku semalam salah masuk kat bit Tourist Police Centre. Huhu.. Ermm officer tu macam pelakon laa hihi.. hensom betul dan tinggi. hihiihi.

Tak jumpa apa yang di cari, kami buat keputusan untuk ke destinasi yang seterusnya Seoul Tower!!!  

SEOUL TOWER 

Kami terpaksa berjalan kaki dari tempat parking untuk ke N Tower. Lebih kurang la 500m. Tinggi lak tu. Kena naik bukit anggarannya 70 sudut menegak. Gagahkan jugak la dah macam buat kardio dah aku rasa.

Enjoy view kat N Tower. Psst kat sini masa tengah que kami ada jumpa satu couple dari Klang. Mula-mula ingat dia dari China ke Taiwan ke tetiba dia tanya kita orang beli ticket berapa harga dan siap offer Pica snack dia, sebab dari tadi mungkin dia dengar Pica nak cangat beli Pop Corn kat bawah tu. Alaa pica malu-malu pulak. Dia cakap tak sedap macam pop corn yang kita akan kat TGC tu rasa bawang putih jer pun haha.. nasib tak beli..













Kat depan tu la couple yang aku cakap tadi.
Masa ni tak tau pun dia sekapal. hihi


   
    
  
Sebelum aku muntah hijau lagi baik aku berhenti kat sini dulu.. Naik lenguh pinggang ni nak menaip. Baru ku tau berapa banyak masa yang seorang Blogger perlukan nak meng"hupdate" huhu.. Patut la Name Roslan taip entry sikit-sikit jer hari ni.. Sibuk la tuu dengan baby-baby nye. Patutla kak MERAH pun taip entry ke Korea bersepah-sepah hiihi.. ampuan kak!!!

Sekian dulu. Ada masa aku update lagi entry ni. Panjang lagi sebenarnya. Stop dulu. Stop dulu.. nak g mandi..

Anyounghigaseyo!!
Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan