SILA KELIK SAYE ^^

Isnin, 23 Februari 2015

Heii kakak!!

Assalamualaikum....

Hari ni nak cite sikit pasal attitude kita masa masuk mini merket. Saya kalau masuk mini market kalau nak beli barang mesti nak ambil basket tak kira la banyak ke sikit barangan yang kita nak beli. Ini bagi memudahkan diri sendiri nak pick itu ini tak de lah tangan penuh dengan barang. Kecuali lah just nak ambil macam satu dua barang dan pegi kaunter terus bayar. 

Dah nama pun mini market memang mini tempatnye, baik dari segi pintu masuk dan kaunter. 

Baru-baru ni me pegi Speedmart, kebetulan ramai ya amat hari tu. Sendat betul pintu masuk dengan customer-customer yang nak membayar kat kaunter panjang berbaris-baris lagi.. Me dengan hubby masuk la melalui barisan yang panjang tuh siap laga-laga montot lagi huhu.. tetiba sampai satu kakak ni me terlanggar barangan yang dia pegang. Uikkk! dengan sepantas kilat me amik la balik benda yang jatuh rupanya bisekut uall. Me pun cakap sorry sorry saya tak sengaja!! Dan berlalu pergi dari kakak tu.. tapi adalah dengar wording yang iskkhh iskhh tak payah lah me mention kat sini. Me mmg telinga jenis tebal tak heran ko nak cakap ape hakak bukan salah me pun. 

Dah tempat tu sempit.!! Hakak lain kali dah tau nak beli barang silalah gunakan basket yang disediakan. Bukan kena bayar macam troly Maidyn kena masuk 50sen tuh. Ermm and satu lagi me bukan gebu macam hakak okay!.. Me diet tauu hahaha dah kurus meletop sekarang hahahahahha... Buat sakit hati jer tau insiden tu. Hubby dok tanya-tanya nape. "Hmm nampak kakak gebus tadi? Beskut dia jatuh kita tersinggung tadi, mulut dia cam... " malas nak continue hihi tau la klu sambung kang hubby plak sambung buat dosa kering jer nanti. 

So pengajarannya len kali kali kalau nak pergi shopping gunakanlah kemudahan yang telah disediakan oleh pihak super market untuk kemudahan diri dan orang lain. Tak nyusah kan diri dan tak menyusahkan orang disekeliling.

Sekian untuk tatapan.

:)





   




  




  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan