SILA KELIK SAYE ^^

Jumaat, 20 Februari 2015

Jalan-jalan with TG. GYEONGBUKGUNG PALACE, BUCHON HANOK VILLAGE, CENTRAL MOSQUE, INSADONG, QWANJANG MARKET & NAMSAN TOWER

Assalamualaikum...


Hari baru mula lagi.. Malam tadi tido agak awal sebab kepenatan so.. mata ni terbukak luas jam 4.30 pagi. Perut keroncong lamb kebab tak cukup kot malam tadi.. huhu.. Makan tak yah risau memang penuh jerr atas meja tu dengan strawberrynyer.. Gulp! Wahh lapar.. Layan magi dulu. Habis magi on TV sambung tido kat ruang tamu.. krohh krohh. hihi

Subuh masuk lambat 6.30 pagi baru aku dengar suara abg zahir sembahyang. Aku? Tak la weii. Kebetulan hari pertama sampai hari balik aku memang period sama dengan mami. Perancangan yang perfect!! Dari awal lagi kita orang target untuk period masa ke Korea. Bukan apa senang nak berjalan tak yah dah pikir nak solat masa jalan-jalan. Almaklumlah kat sini susah nak carik musolla atau pun Masjid. Islam adalah minoroti di sini. Tapi Alhamdulillah kami duduk kat area Itaewon ade sebuah Masjid yang di panggil Central Mosque, dapat jugak abg zahir menunaikan Solat Jumaat semalamnya.. Seronok betul dia bercerita pasal jumpa macam-macam bangsa kat masjid borak-borak pasal Islam. Masyallah.. Islam bertapak di mana sahaja di bumi ALLAH. Semoga Islam berkembang di Koea Selatan. AMIN.. Di sini susah nak membezakan penduduk muslimnya, semua disebabkan diskriminasi baik dari segi pergaulan dan sektor pekerjaan. Disebabkan diskriminasi muslim wanita kat sini tak boleh mengenakan hijab, kalau tak nanti dipandang serong oleh masyarakat. Mereka terpaksa akur kerana mereka minoriti dan terpaksa mencari rezeki untuk meneruskan hidup di  bumi yang serba mencabar ini. 

Kami bersiap untuk keluar pagi ni. Lepas brekfast nasi aku lepak-lepak kat balkoni oh ya lupa nak bgtau kami duduk di tingkat dua sebabktu ada balkoni.. Jenguk-jenguk persekitaran kat luar yang sejuk dan menunggu Tour Guide kami. Ada jjer orang yang jalan pagi-pagi ni katdepan apartment bawa doggy dia org jalan-jalan dan melepas kat luar. Satu lagi.. kat sini kalau ada peliharaan kena lock up tak dibenarkan dilepas merayau-rayau dan kaau dia membuang kena kutip bawak balik poo dia. huhu. Sebabtu kat sini tak ada anjing liar dan bersih jer.. Hmm jiran kami bela dog gak.. pantang dia dengar bunyi kami kat luar dia menyalak jer.. hishhh

Kat bawah ade sorang mamat yang mundar mandir dari tadi kejap ke kedai beli air jap jap dia kedepan pintu utama apartment. Tak terpikir pulak dia TG kita orang aku pun bukak email balik sebab ada pic attchement macam yer jer. Aku pun sapa dia dari atas. Anyunghaseyo! Are you waiting for us? Are you from Tour agent? Dia pun sahut. Ya I'am waiting for Elinda! Are you Elinda? Ya that's me! You wait there I'll go down! Jerit aku. Aku siap-siap pakai kasut dan lari kebawah.    

Aku turun dulu disebabkan sian kat mamat tu dah la kesejukan menunggu tak pulak dia call huhu.. mungkin tak nak credit abis kot. Aku pun start interview dia. Dia pun interview aku haha. Dia penah menetap kat TEXAS selama 10 tahun sebab tu English dia macam native US, balik disebabkan Military Service. Tetiap namja yang bertuah akan di panggil untuk buat Military Service macam Singapore buat. Tak boleh nak mengelak. Diharuskan! Ko tau macam mana training military kan? Punya la hard core. Sepupu aku penah kena rendam dalam kolam tahikk seharian huhu.. nak tak nak kena tahan kalau tak lagi teruk ko kena torture. Camtu la jugak dengan SJ dia kata memang tough sangat sampai ada yang mati. Aku tak tau la betul ke tak cite dia. Kalau dia auta aku pun bukan aku tau. haha. Dia kata lepas Military Service dua tahun dia buat kerja ni. Sofar dah 3 bulan dia kata dia suka kerja ni. Jalan-jalan makan angin. Dia tanya aku datang dengan sape.. Aku jawabla aku datang dengan kawan-kawan aku tak datang dengan keluarga. Dia tak percaya aku dah  ada keluarga sendiri sebab sia cakap aku macam budak sekolah tinggi jerk.. hahaha kembang jap aku.

Sesi kembang-mengembang habis sebaik ima dengan kak ros sefamily terpacul depan pintu keluar. Kami memulakan perjalanan kami dengan MPV SJ. Matahari nampak cantik pagi ni. Kami mulakan dengan Gyeongbukgong Palace. Bagusnya Tour Service di bawah THIS IS KOREA ni, sangat convenient kemana sahaja kita nak pergi dia akan bawak tanpa banyak cakap. Bayaran USD 390 untuk satu hari. THIS IS KOREA adalah suggestion dari TRIP ADVISOR. http://www.thisiskorea1.com/main. Nak booking senang jer. Isi form yang appear kat page link tadi tu nanti akan ade admin yang jawab email anda. Urusan semua mudah dan cepat. Booking mereka minta minimum booking USD40 dan bayar melalui paypal account lebihnya bayar pada TG masa hari jumpa. Aku booking seminggu sebelum pergi KR. Sebelum ni dah banyak Tour Service yang aku ricky tapi semua di reject kak ros dia kata mahal sebab dia satu family dah 3 kepala beban lah sgt klu satu kepala dah RM1500 so aku pun carik yang single day tour. Klu ikut kak ros dia tak nk pakai tour dia kata boleh je g jalan sendiri tak payah pakai tour sebab sebelum ni dia travel dengan family dia smpai LONDON PARIS pun guna map jer.. yer laa hai.. kat sana English senang la ko nak baca apa pun signage. Sini KOREA bukan UK. Iskhh klu aku ikut cakap dia haritu memang tak berjalan la kita orang huhu.. Nak bertekak jugak lah dengan aku. Makin melayan makin jadik. Hmm walaupun kita orang ni ghajin bertekak tapi tetap berbaik. Yer laa. Dah bertahun wei satu opis hari ni ko marah sok kau senyum sampai telinga pujuk balik. Pagi ni ko stress pecah kepala dengan masalah tengah hari kang ko carik balik "jom kita nak makan kat mana!!". Camtula  kitaorg hihi..   

Dah jauh melalut aku. huhu. Okay balik pada tempat lawatan kami. Istana Gyeongbukgong. Seminggu sebelum kedatangan kami, kami diberitahu snow melaputi ruangan istana ini. Semua dah mencair disebabkan matahari yang dah mula menunjukkan sinarnya. Kalau ada pun snow yang tinggal yang melekat kat batu-batuan jer dan tasik yang nampak macam cermin dari jauh. Jom tinjau-tinjau sekeliling Gyeogbukgong Palace. Nikmati seni bina istana yang menyerupai seni bina cina. Nampak macam jerr tapi banyak beza antara China dan Korea tau.. Contoh dari segi warna. Kalau Istana di China aku percaya yang kebanyakan warna mesti merah hiasannya manakala Istana di Korea banyak hiasan berwarna Hijau Jade. 

Jom tinjau view Gyeongbukgong Palace!



    
Cantik jer.. Kenapa aku nmpk tembun disitu?? Owh
no. Baju besar sangat tu. hihi
Batu aras ni sebagai batu kasta.
Makin dekat dengan Raja makin
tinggi jawatan seseorang penduduk tu bila menghadiri
apa-apa upacara atau pun mesyuarat dihalaman istana.

Pengawal istana yang ditugakan berkawal di pintu masuk Istana.



SUBHANALLAH!!Cantik sungguh ciptaanmu.  Nampak macam painting pun ada. Air tasik tu macam cermin.

Cewahhh!!





Tiga mak dara!


Like a painting.









Pejam mata akak matahari tu terik sangat lah..
Pengawal kat belakang tu tak bergerak langsung!
Yang bergerak cuma mata jer ke kiri dan kanan. Puas
aku  senyum simpul dengan diaorang tak ada
tindak balas hahahaha. 








Sambung next post! Anyoung!!
   
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan