SILA KELIK SAYE ^^

Rabu, 18 Februari 2015

Jalan~jalan cari pasal.

Day 3~ 23rd January, 2015.


Hari ke tiga kami santai-santai jer.. bangun lmbat sikit pagi ni sbb sakit badan hari sebelumnye. (Padah main ski laa ni hihihi..)


Hari ni tak de aktiviti kiranya hari santai-santai ikut suka la nk g mana sbb memang perancangannya kami tak amik mana-mana guide. Aku yg kekonon tau serba sikit ni bawak la they all kekonon nak g shopping-shopping area Myeong-Dong. 

Kami keluar kul 10 pg camtu, menyusuri jalan di pagi hari cewahh~~ Dalam sejuk dingin pagi 4 degree. Cuaca nmpak foggy sgt yelaa musim sejuk kn.. tapi eksyen hari ni tak mo pakai winter jacket sbb rasa terbeban sgt dgn jacket yg tebal tu. So aku guna baju panas jek tp berbekal air hangat dlm flusk dan hot pack dgn harapan aku x kesejukan.. so dr  apartmnt kita org jln sampai dekat Ip Boutique Hotel kt situ kami tahan teksi dan mintak ajusshii driver tu turunkan dekat shopping mall LOTTE WORLD DEPARTMENT STORE. Mula tak terniat pun nk ke situ di sbbkn mlm sblmnye aku ade tanye sorang kwn Moroco tempat mana yg paling best shopping, dia suggest g Lotte Dept Store.                                               

Owh ya tambang teksi ke Lotte World 5000 won je yg jarak kira-kira 10 min je dr tempat stay kami. Kami berempat soo kira berbaloi gk la klu 5000 per taxi. Senang pun ye sbb kita bgtau jer taxi driver kita nk kemana dan dia akn dropkn kita mana kita nk turun. Cuma agak susah nk communicate dgn driver taxi sbb masalah bahasa. Tapi alhamdulillah.. wlupun macam ayam dan itik kami sampai jugak ke tempat yg nak dituju.       

Kami masuk ke LOTTE DEPARTMENT, kira-kira macam PAVILION atau KLCC laa klu kt KL. Barang mmg exclusive apatah lagi harganya. Nak pulak mata wang korea 3 kali ganda dr wang kita, mmg bulatt biji mata kawe. Huhu..  Tp tak pe kami decide window shopping jerr. Hihi. 

Masa jamu-jamu mata-mata seller sana pandang semacam jer. Sampai satu compartment ni ada dua orang ahjumma, nampak peramah. Nmpak gaya depa tak pandai English pun. Dia org borak sesama sendiri sambil tunjuk-tunjuk pica dgn kak ros. Aku senyum jer dgn depa. Depa cuba nk berkunikasi dgn kami. Aku pun cakap kt Ahjumma dua org tu yg Kak Ros tu mak dan Pica tu anak dia. Dia ckp pica comel hihi.. mmg comel pun tembam dah surupa Untie El dah kn kn.. hihi.. Pastu dia org  tanya lg kami dr mana. Aku ckp la "Malaysia wassoyo" hihi.. aku tau sikit-sikit jer hihi.. Pastu dia tanya lagi knp kami pakai hijab. Sambil tunjuk-tunjuk rambut dia org. ooo paham la aku. Aku pun ckap kat Ahjuma tu yg kita og ni muslim. Sebelum byk lg yg dia tanya benda yang aku tak faham baik blah dulu. Kita org pun babaii ahjumma tu hihi.. Anyunghikhaseyo!!

Kami pun terus lah meng explore LOTTE DEPARMENT. Masa naik eskelator tu ada Pak Arab tegur. Are you from Malaysia? Amboiii senang rupenya nak kenal orang Malaysia ni kn.. tang mana tu tak la aku sure, maybe dia dengar perbualan kita org dan dia penah bergaul dengan Malaysian kot. Aku dengan bangganye pun jawab. Yes We are Malaysian!! Sib baik tak nyanyi lagu Negaraku kat situ hihi..     

Lepas dh pusing satu LOTTE DEPARTMENT STORE tu kita org keluar la merayau-rayau jumpa satu ground shopping yang lebih dikenali sebagai MYEONG DONG GROUND SHOPPING CENTRE. Canggihla turun bawah boleh jumpa store, harga pun lebih murah berbanding dengan harga kat LOTTE DEPARTMENT. 

Kat sini Pica beli kasut harga Won 23000 lebih kurang RM77.00 duit kita. Pagi-pagi lagi kita orang dh buat bargain kt ahjumma tu, kasut yang asalnye harga Won 27000 turun sampai Won 23000. Ahjumma tu ckp Kak Ros gila hahahha.. Dia nk tak nak jual la jugak. Mungkin petua dia org kot klu pagi-pagi masa bukak kedai klu ada customer nk beli mesti kena jadi jugak jualan pertama tu. hihihi.. Ni kes ok lagi. Yang kedua masuk satu kedai Ajusshi nk beli bag luggage. Bargain harga tp macam biasa kak ros mintak harga runtuh terus. Ajusshi tu marah terus halau kita org hihihi.. "Na kha" kata dia. Amboiii garang betul hahaha.. Kami pun blah la apa lg. 

Kami pun smbung lagi jalan-jalan sampai satu kedai Photograf. Menarik tertarik jugak la bila nampak costum korean ni. Kita org pun decide masuk kedai tu untuk mengabadikan kenangan mengenakan Costum yang di panggil "Hanbok". Menurut ajushhi kedai tu "Hanbok" bermaksud gembira. Ajusshi tu wlupun tak brp fasih English dia rajin bersembang, kami pun layankan aje hihi.. Dia bagitau yang dia suka sangat tengok Malaysian bila datang Korea. Dia kata kami nampak Hanbok sangat. Korean semuanya stress. Stress kerja, nak carik harta nak sekolah kan anak-anak sampai Universiti. Nak bayar hutang rumah yang memang melambung tinggi. Harga barangan yang tinggi. Tiap-tiap hari stress fikir tu sebab kebanyakan dia orang suka memabukkan diri untuk hilangkan stress lepas kerja. Hmm lain sangat culture kita dengan dia orang. Kalau kita stress boleh buat apa yang patut macam buat tahajud ke, solat taubat, solat dhuha ke mintak pertolongan dengan ALLAH dan baca ALQURAN insyaallah hilang masalah yang membebani kepala. Hmmm. Alhamdulillah Kita hidup kat Malaysia masih boleh ceria walaupun banyak hutang. Masih boleh beli rumah walaupun gaji tak berapa besar. Masih boleh jalan-jalan dan boleh dikatakan mewah makan pakai.   

Ok uall jamu mata dengan custome kita orang pakai.

Cakkkkk






Nampak macam Maharani yang kejam 
tak? hihi.

 



  



















Actually macam-macam pose ada, tapi tah mana-mana pic nye. Ni jer yang ada. Tapi yang pastinye kat rumah kita org ada print sorang satu untuk kenangan. 

Lepas sesi photograf. Kami sambung lagi jalan-jalan jengah apa yang ada. Myeong Dong Shopping ni memang besar, kami pusing-pusing nak balik ke kedai pertama yang tadinye aku nampak satu kasut yang aku berkenan sangat. Kaki dah berdenyut-denyut sakitnye Ya ALLAH. Ni semua gara-gara main pintu hihi.. Nahhh dah besar-besar pun jakun nak main pintu hihi.. Ehh bab carik kasut tadi memang aku menyesal sungguh tak beli tadi, carik-cari balik kedai dah tak jumpa lastly kami keluar dari ground  shopping tu. Nyesal sungguh!!


Myeong Dong Ground Shopping.
Cantik phone casing ni tapi harge nye mahal Uaoll.
 WON 100k. Pulak tu tu tak boleh di sentuh.
Hilang sebiji swaroski tu kena bayar pulak. Huhu

Foggy View. 
Berdiri di tengah Metropolitan Seoul. Hmm rasa cam tak caya jer.. Betul ke aku kat sini?? Mimpi kah aku? Sambil tepuk-tepuk pipi.. Hihi.. 

Korea Selatan memang bersih. Tak jumpa sampah sepah-sepah. Walaupun aku tak nampak setong sampah pun kat sini tapi tak jugak aku jumpa sampah. Mana sampah dia org pegi?? Dia orang makan ke? huuhu.. Ini mungkin cara mereka yang makan dan kalau ada sampah dia orang simpan dan buang kat rumah jer.. 

Waktu puncak pulak kereta memang banyak sangat.. tapi tersusun jer. Takde pulak nak potong que.

Cara dia orang berjalan takde yang slow-slow. Semua tergesa-gesa. Tak tau la kenapa mungkin sebab nak pegi keje? Atau mungkin dia orang sejuk dan cara nak badan keep warm dengan cara berjalan laju-laju? Atau mak ayah dia orang soh balik cepat sebab klu lambat balik mak ayah rotan?? hihihi.. lawak jer. Tapi yang pastinye kita orang jer yang jalan loleh-loleh kat situ hihi.. Sebenarnye aku kebingunan nak bawak dia orang ke mana sebetulnya. Dah la aku aku tak biasa kat sini. Dannn satu benda yang paling aku kesalkan sangat-sangat aku tak bukak roaming!!! Pada mulanya aku beranggapan yang akan ada Wifi dimana-mana so bolehla aku contact Korean Friend aku tanye itu ini. Tapi.. Memang betul ada tapi.... limited. Kalau kau masuk kat satu-satu tempat yang ada Wifi dia bagi ko guna free tapi kat situ tak berapa kuat. Keluar jer dari tempat ko dapat wifi tadi hilang la coverage  nye. Terpaksa search lain-lain Wifi Free, buat habis batery je weii.. Ok peringatan  lain kali hidup kan jer la roaming tu dah ko nak berjalan sangat kan.. kedekut nak roaming kan dah menyusahkan diri sendiri.. huhu

Okla.. nak buat camne kan soo terpaksa la kami ikut kaki kami jer. Perut dah lapar. Kami masuk Starbuck untuk menghilangkan kelaparan. Starbuck jer yang kami nampak cafe yang kami boleh masuk. Kat Starbuck aku pesan Hot Chocolate dan Bagel. Bagel ni cam donut tapi x berapa nak gebu cam donut. Alhamdulillah.. terisi jugak perut ni walaupun bukan dengan nasi. Kat sini stylenye lepas makan kita kena kemas sendiri. Bawa tray yang kami dah guna letakkan kat tempat yang disediakan untuk buang sampah. Mungkin cara ni dapat meminimumkan kerja tukang cleaner kot. Cleaner bukan mak cik-mak cik jer buat tau.. Anak-anak muda tak malu pun buat kerja nyapu-nyapu ni.. Salute!! 

Keluar dari starbuck kami pun jalan-jalan lagi keluar masuk shopping centre, buka nak beli pun cuma tengok-tengok jer.. Aku laaa tu. Dia orang sopingg jer.. huhu.. Lepas dah penat soping kita orang pun decide nak balik yerla dah tak de arah nak dituju huhu.. lagipun dah ptg sangat jam dah menunjukkan pukul 5. Matahari dah nak hilang. Sejuknye teramattt, air hinguss meleleh tanpa aku sedar. Hisshhh..      





Cantikk view ni..
Kat depan LOTTE DEPARTMENT STORE. Muka
penat tak jumpe jalan. Nak kemana kita??..

Mami sejuk ke??
Masa ni dia org tggu aku buat call
kat Public Phone belakang tu..

Kerutt muka mami. Lebar tul
muka Pica penuh camera phone.
Huihh nmpak tembam tull aii..

Suasana dah mula gelap, kami tahan teksi dan mintak ajusshi tu turunkan kat Itaewon Station. Sampai Itaewon kami sambung jalan lagi.. nak la aku mencari kasut baru untuk kaki ni.. Masuk semua kedai mak aiihh harga boleh tahan tapi akhirnya dapat jugak satu dengan harga WON 47,000. Hmm tak pela biar mahal skit janji kaki tak sakit. 

Perut dah mula nyanyi lagi. Kami masuk satu restaurant kebab tapow lamb kebab dengan harga Won 6000. Sesak sangat kedai ni, penuh disebabkan ruang kedai ni terlalu minimal, terpaksa masuk dua orang jer untuk tapow takut laga-laga montot plak nanti.  Masa masuk kat sini ada la terserempak dengan satu family melayu. Mmg confirm Melayu bukan Indon sebab dengar dia org punye conversation. Dlm hati ehh jumpa gak Malay kat sini tapi nyombong plak tu tak nampak tanda-tanda nak menegur. Ermm tak pe la tak miskin pun aku klu ko tak tegur.. cam bagus jerr.. huhu. Kebab siap kami pun balik menyusur jalan ke apartment kami.

Isi perut, mandi, main-main phone dan bersedia untuk tido. Sebelum tido aku wat satu wechat call untuk family kat rumah. Nasibb free jerk. Hihi.. Dan buat call kepada Tour Guide untuk TOUR esok paginya. Aku tak penah call lagi dengan TG ni, aku diberi contact melalui email oleh satu Tour Company ni. TG yang dia org bagi namanya SUNG JUN HUU atau SJ jer nama ringkas dia. Dari conversation tu dia janji yang dia akan ambil kami dari apartment tepat jam 9.00 pagi. Cara dia cakap macam US Native bagus sangat Englishnya. Hmm takpe la sok aku interview dia hihi.. 

Sambung lagi yer..~~

Anyoung!    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan