SILA KELIK SAYE ^^

Isnin, 23 Februari 2015

Happy Born day my boy.

Selamat Hari Lahir Anak...

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 15 tahun kepada anak sulungku MUHAMMAD NUR HAFIQ yang jatuh pada 16 February haritu. Lambat sikit update sebabnye tak ade celebrate pun mulanya cuma ingat nak bagi hadiah jer. Hadiah awal-awal lagi dah sampai ke tuan punya birthday. 

Hari Sabtu baru berkesempatan untuk celebrate surprise belated birthday untuk anak bujang aku tu. Tu pun dah malam dah. Nasib baik dapat jugak kek raya-raya ni. Kebanyakan kedai kek tutup sempena cuti Raya Cina. Walaupun simple tapi cukuplah nak gembirakan hati anak. Alhamdulillah.

Semoga diberikan kesihatan yang baik. Taat pada ALLAH. Semoga jadi anak yang baik cucu yang baik. (Untuk pengetahuan anak bujang ni duduk dgn grand parent iaitu mak pak aku sedari dari sekecil dua jari tapak kakinya. Haa maksudnya dari baby la tuh..) Semoga berjaya dalam pelajaran. Usaha lebih tahun ni untuk PT3. Mama doakan yang terbaik untuk Afit. Mama dan ayah love you forever.  






Tiada ulasan:

Catat Ulasan