SILA KELIK SAYE ^^

K DRAMA



BLOOD

Di bintangi oleh AHN JAE HYUN, KOO HYE SUN, JI JIN HAE, JUNG HAE IN

BLOOD mengisahkan Park Ji Sang (Ahn Jae Hyun) seorang Vampire 
yang berkerja sebagai seorang Doktor Pakar Pembedahan di Hospital Taemin. Ji Sang terpaksa menyembunyikan identiti sebenar dirinya sebagai Vampire. 

Daripada seorang yang sangat keras hati dan sombong Ji Sang mula jatuh cinta kepada Yoo Ri Ta (Koo Hye Sun) pewaris TEAMIN HOSPITAL yang juga seorang Doktor di TAEMIN. 

Ji Sang dan Ri Ta pernah bertemu sewaktu mereka masih kecil di pinggir hutan tempat 
tinggal Ji Sang di dalam insiden Ri Ta diserang oleh sekumpulan anjing liar. Ji Sang telah menyelamatkan Ri Ta dari di baham kumpulan anjing liar yang ganas. Sejak itu Ri Ta menyimpan perasaan kepada penyelamatnya.

Identiti Ji Sang sedikit-sedikit terbongkar dan Ji Sang mula berterus-terang tentang identitinya. 
Ri Ta menerima Ji Sang tanpa memikirkan Ji Sang adalah seorang Vampire. 

Selain Jisang ada ramai lagi vampire sepertinya. Lee Jae Wok Pengarah Hospital yang juga 
seorang Vampire yang mengimpikan sentiasa kekal muda. Banyak rahsia yang satu persatu terbongkar sejak Ji Sang mengenali Pengarah Jae Wok sehinggalah kepada pembunuhan ibu bapa Ji Sang sendiri oleh Pengarah Ja Wok.

Hmm nak sambung cite panjang sangat . Apa kata korang tengok sendiri Drama ni. 
Endingnya sangat sedih you all. Sob sob sob..Jomm layan BLOOD kat link kat sini. Aku dah 
habis marathon drama ni hihi.. Selamat menonton.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan