SILA KELIK SAYE ^^

Selasa, 30 Jun 2015

Suka suki

Huhuh.. Lama gila tak update blog. Kesibukan yang sangat-sangat dan keterbatasan masa nak mengadap pc menghancurkan niat murni aku untuk mengupdate tiap-tiap minggu di sini..

Ini pun curi-curi masa kerja huhu.. 

Update pasal outing jer pun kali ni..  

Actually dah lama betul teringin nak masuk court kat Kompleks Sukan Nilai ni.. tak ada yang mengajak  akhirnya ter realisasi jugak akhirnya apabila aku dan opismate bersatu hati menjejakkan kaki kesini pada 6 June lalu.. yehuuu.. 

Kami berkumpul jam 8.00 pg dengan girangnye. Menghayun raket masing-masing dengan bertenaga. Walaupun bukan reket mahal macam reket mami yang berattuss tu aku gagahkan jugak menghayun reket.. zassss zasss zaassss.. zassssss bulu tangkis berteriakk tiap kali reket kami membelasah hihi... iye iye jerr.. Banyak yang keluar jer habakk hang. Dah berzaman aku yang tak professional ni main badminton. Tangan yang dah lama sangat relaks ni mula dah terasa sengal nyee.. Nak pulak sllu kena smash dan bola tinggi jerr.. Setengah jam aku pun surrender tak larat ko..  

Sebelum berentap pose dulu




 Lepas penat main badminton kami g bowling pulak!

 

Disebabkan initial nama kami E soo kami E kan jugak nama-nama geng yang lain haha.. ELINDA, EMA, EIRA, EDAM (ADAM), ENGAH (ANGAH), EKRAM (AKRAM) hahaha sengal kan kita org?? Yang comel kat belakang tu anak aku keh!



Macam pro jer. Macam ke longkang jerr.. haha

Lepas penat bermain kami makan pulak!!



Actually banyak lagi aktiviti kat Kompleks Sukan ni yang boleh ualls joint, Gym ada kat bersebelahan court badminton yang kami main tu di Level 3. Manakala di Level 2 ada snooker dan boleh test suara kat Karaoke yang terletak bersebelahan jer dari snooker. Level 1 pulak ada bowling. Boleh tahan besar dan ada back up VIP line lagi klu penuh. Yang kami main tu VIP line la hihi sbb weekend kan penuh. 

Selain tu ada restaurant kat level 1, Seven E dan Cake house. Klu rasa tak tau aktiviti apa nak buat hujung minggu, boleh lah ke Kompleks Sukan Airport Nilai ni. Boleh chill dengan family.

Daa  










Isnin, 1 Jun 2015

Al Fatihah buat Arwah Tok Wan

Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya..

Jumaat tanggal 29 May,2015 jam 3.30ptg tok kepada suami telah kembali ke rahmatullah.  

Al Fatihah utk arwah tok. Semoga tok tenang di sana bertemu penciptamu.


Khamis, 28 Mei 2015

Wedding My SIL

Slamat pengantin baru~ slamat berbahgia~ slamat ke anak cucu~ slamat sejahtera.... Huhuh nyanyi la pulakk!!!

Selamat Berbahagia buat Sis in law yang baru je melangsungkan perkahwinan dgn pojaaan hatinya 16hb Mei, baru- baru ni. Majlis ni leer yang buat aiizz sibuk sgt last two week. Sibuk dengan persiapan untuk meraikan pasangan pengantin baru nih smpai tak sempat- sempat nak update blog.

Majlis berlangsung meriah di kediaman bonda mertua aii di Felda Jenderak Selatan, Temerloh, Pahang. Ramai yg hadir yang turut sama meraikan pasangan pengantin. 

Banyak candid pic yang aii snap jom tengok-tengok.

Ketibaan Raja Sehari..



Duduk di atas pelamin impian..

Sesi memotong kek.






Sebelas beradik  kesemuanya. Tinggal TIGA DARA lagi belum di sunting orang. 


Rabu, 27 Mei 2015

MISI BROGA

Assalamualaikumm...

Fuhhh fuhhh fuhhhhhhhhhhhhhhh.!!! Bersawang dah !! Lama tak masuk entry. Di sebabkan keadaan yang terlalu sibuk dan jugakk sibuk yang di buat-buat hihi..

Apa pun dengan kembalinya diri ini kali ni nak story pasal MISI BROGA pada 10 May, 2015 yang lalu.

Actually lama dah planning naik Bukit  Broga dengan ofice mate, perancangan yang rapi telah kami buat beberapa minggu sebelumnya.. haha rapi lah sangat! padahal masa tu kami berharap yang hujan tak turun pada malam sebelumnya. Bukan apa cuaca tak menentu kami tak nak lah nanti sesuatu yang tak di ingini berlaku dalam keadaan cuaca dan keadaan bukit yang licin.. Alhamdulillahh.. ALLAH memudahkan walaupun hari sebelum nampak macammm nak hujan tapi tak jadi hujan pun.

Sebelum tu kami ada la buat research sikit apa yang kami perlukan ketika mendaki. Beria baca blog sana sini hihi.. At least kami dapat maklumat atau pun tips yang berguna  dari bloger-bloger yang dah pernah sampai k puncak.

Kami rancang nak naik sebelum Subuh tapi apakan daya kami hanya merancang tapiiiii haahh ni yang malehh kalau berjanji selalu jerr dicapati oleh budak-budak nih!! Spoill! Punya excited 4.45 ceq dah keluar rumah. Sudahnye kami jadi tiang lampu yang  tak berapa nak tinggi ka meeting point! Tunggu punya tunggu last arival pun dah 5.50am.. Huhhh!! 


Semangat membara pepagi buta dah keluar
rumah tau!
Terpacak macam tiang lampu!!


Kami gerak terus dari Bandar Baru Salak Tinggi melalui Lekas Highway turun kat Semenyih. Apa-apa pun Solat kami tak tinggal. Wajib tuu. Kami selesaikan tanggung jawab dulu kat RNR. Usai solat kami teruskan perjalanan kami. Owhh lupa nak bgtau! Actually kami bertujuh selepas salah seorang dari opismate tarik diri. Pergi dua kereta jer jimat minyakk hihi!!

Kami tiba kat Broga dah pukul 6.45, lepas bayar parking kami pun memulakan misi mendaki Bukit Broga. Ni first time bagi kami semua tauu!! Luckily aku cukup fit untuk mendaki haha kononnya..  


Main entrance. Wahh semangatt berkobar nak mulakan pendakian!! 
Sedikit nasihat untuk yang first time nak naik make sure anda cukup sihat untuk panjat. Laluan agak curam memerlukan anda berhati-hati untuk setiap langkah anda! Ada laluan yang anda perlu panjat gunakan tali  yang disediakan dan part yang susahnya anda perlu memanjat laluan yang berbatu-batu. Salah sorang dari opismate surrender sampai kat laluan batu-batu sebab tak cukup kuat. So kami tinggalkan dia dengan harapan kami tak lupa dia masa turun nanti hahaha.. 

 

See! Laluan dia memang curam dan menyeramkan kalau
tergolek huhu


Sampai puncak pertama dah hampir jam 8.00 am. Kami naik hingga ke puncak kedua. Sempat lah kami menyaksikan sang mentari naik dari puncak Bukit Broga. Puncak ke 3 dan ke 4 dah nampak sangat padat kami pun cari pot untuk brekfast dulu.  Sambil minum pagi kami menyaksikan panorama yang menyegarkan mata dan minda..  Subhanallah!! Cantik!


Puncak Pertama. 








Selesai brekfast kami pun memulakan sesi penerimaan medal. Hihi.. Tak pernah orang panjat bukit dapat penghargaan tapi kami dapat haha!! Sekadar suka-suka dan kenangan buat kami yang gila-gila ni hihi..  

Okay masa untuk posing!!

Tadaaaa... Yess!! Lihat lah dunia !! Lihat lah kejayaan ku
hahaha!! 
Sesi merepek!! Kami yang paling bising kat atas ni hihi!! Ampun 
Abg adam, Afiq dan Akram
Ini mami punya!!
Kak Ros, Mami dan Aii.

 



















Ramai giler umat kat atas nih!!

Kami menghabiskan kira-kira sejam posing sakan kat atas bukit. Kami mula beransur turun memandangkan matahari dah mula terasa teriknya. 

Bahaya waktu nak turun bukit. Sila berhati-hati yer semua!. Kaki dah mula longlai bila kita mula turun. Dinasihatkan jangan la nak lari-lari masa turun dikuatiri terbabas macam geng kami. Nasib baik la sempat tahan kalau tak dah kelubuk jatuhnya. Alhamdulillah tak apa-apa.

Makin dekat dengan end point, makin lemah kaki.. Rasa nak seret jer huhu.. Finally!!! Kami smpai ke end point. Yeahhhh! We made it!! We made it!! Pas ni boleh lah kita panjat Gunung Kinabalu pulak yer geng!! hahaha! 
  




(Nota. Kami pergi hari Ahad keesokannya hari berkerja semua datang kerja takda yang MC horayy!! tapi kesannya seminggu sakit bawah lutut. Itu akibatnya bila turun melompat-lompat huhu.. len kali steady jerr beb!!)

Rabu, 6 Mei 2015

UJIAN ALLAH

(Pengalaman dari seorang rakan yang aku kisahkan)




Aku seperti insan lain-lain. Seorang ketua keluarga kepada familyku. Bekerja untuk menyara keluarga. Rutin harian ku berputar sekitar tanggung jawabku. Aku berulang kerja dan pulang ke rumah. Hujung minggu aku bawa family ku berhibur. Aku bahagia melihat MEREKA anak isteriku senyum dan ketawa gembira. Alhamdulillah.. Aku bahagia.

Tanggung jawab ku pada yang Esa aku lupakan. Aku buat sekadar buat. Ada masa aku solat dan bila kesibukan rutin harian melanda terkadang aku lupakan DIA. Begitulah adanya aku melalui hari-hariku tanpa aku sedar segalanya yang ada adalah HAKMILIK DIA. Aku diberi pinjaman sementara anak-anak, isteri, harta dan kesihatan. Aku leka dalam mengingat DIA. Aku tak berusaha untuk mendekatkan diriku kepada DIA. Aku terlalu sibuk dengan urusan dunia dan keluarga. 

Dalam kesibukan aku mencari syurga duniawi, satu hari tiba-tiba aku mengalami sakit pinggang yang teramat sangat. Aku tak mampu bangun. Aku tak mampu menggerakkan kakiku. Segalanya berubah, aku di sahkan menghidapi slipped disc ATAU bahasa mudahnya tulang tunjang ku tergelincir dan tak dapat menyokong badanku dan sEcara langsung membuat aku tak boleh bergerak atau lebih jelasnya aku LUMPUH!

Hidup aku berubah. Aku kehilangan kerja! Hilang pendapatan. Aku lebih gemar menyendiri dan aku menyalah kan takdir yang kejam pada diri aku. Mengapa terjadi pada aku?? Apa salah aku? Aku seolah-olah menolak dugaan ini.

Sedikit demi sedikit aku kehilangan semua yang ada di sekelilingku. Aku lafazkan talak pada isteri lepas aku berbincang dengannya. Walau pedih dan sengsara aku terpaksa, demi kebaikan Isteri dan anak-anak. Aku tak ingin mereka lihat aku dalam keadaan ini. 

Hari-hari aku gemar berkurung. Hari-hari aku jalani terapi bersendiri dan juga ku telan segala macam pill untuk menahan dan merawat sakit aku ini. Sakit rawatan tak payah lah aku ceritakan di sini. Hanya ku yang mengerti perit dan sakitnya!! Aku menolak lawatan dari teman-teman yang ingin berikan aku sokongan. Aku tak mahu mereka lihat aku sebegini!! Aku rasa sangat tersiksa dengan setiap pandangan simpati dari mereka! Cukuplah dengan rasa sakit ini tak perlu ditambah dengan sakit di hati aku ini. 

Dalam ramai-ramai yang datang dan aku tolak kunjungan mereka, ada seorang insan yang sering datang tanpa putus asa untuk menemui  aku entah mengapa hati aku terbuka menemui insan ini seorang yang sangat tawaduk, lemah lembut dan sanagt sabar. Setiap butir perbualan dipenuhi dengan puji-pujian kepada ALLAH SWT. Butir kata yang keluar dari bibirnya mengajak aku mengingat pada yang ESA kembali, penciptaku  yang lama aku lupakan semenjak aku sakit. Ya ALLAH!. Ampuni aku yang melupakanmu!!.

Sejak itu aku memaksa diri untuk ke Masjid. Semakin hari aku semakin redha dengan apa yang menimpaku. Sakit ini ujian buat ku. Aku menangisi dengan bersungguh akan segala dosa aku lakukan. Aku menginsafi segala kejahilan ku yang dulu..

Besarnya hikmah ALLAH dan ajaibnya RAMADHAN, MASIH AKU INGAT 7 RAMADHAN TERAKHIR. Walaupun semakin kurang jemaah di 7 terakhir aku masih setia di sini mengerjakan sunat terawih, tahajjud dan tadarus. Usai solat sunat witir, tanpa aku sangka aku mampu bangun dari kerusi rodaku. ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA MENGASIHI AKU. ALLAH memberi kesembuhan kepada aku. Lantas berderailah tangisan aku sambil mulutku tak berhenti mengucapkan syukurku padanya. Sujud syukur aku PADANYA.

Sejak hari itu,,aku semakin sembuh dari kesakitan ku. ALHAMDULILLAH!! Aku mendapat kembali segala yang aku pernah aku miliki. Isteri yang ku ceraikan aku rujuk kembali. Anak-anak yang ku tinggalkan kembali ke pangkuan ku semula dan yang paling aku tak sangka-sangka aku ditawarkan berkerja di sebuah syarikat yang besar dengan pendapatan yang lumayan. 

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEHADRATMU YA ALLAH. Kau kurniakan aku kesakitan dan kurniakan aku kesembuhan. Terima kasih YA ALLAH andai aku tidak di uji dengan kesakitan, mana mungkin aku mengingatimu sebegini. Mungkin hingga saat ini aku masih lagi lalai dengan suruhan mu. Mungkin aku semakin jauh darimu..

AKU BERSYUKUR..

(Pencerita kini beransur sihat dan menjalani hidup yang lebih bahagia.)