SILA KELIK SAYE ^^

Jumaat, 30 Januari 2015

Seoul Aku Maiii

Seoul Tour. 

Assalamualaikum...

Pada post yang lepas saya ada update pasal trip ke Korea kan... So pada post hari ni dan akan datang saya akan cuba coretkan pengalaman yang me and my friend lalui sepanjang berada di Korea!! .. Pada masa post ni di tulis saya dh pun berada di bumi tumpah darah saya. Dah selamat mendarat Alhamdulillahh!.. Tapi penatnya masih lagi terasa dan masih lagi terasa cam diri tu kat Korea lagi hihi.. Angau.. I LOVE KOREA!! 

Cuaca sekarang macam semua kita tahu, sekarang ni musim winter. Sejukk la kan. Suhu masa kami tiba kat sana dalam 1 darjah ke 4 darjah celcious, Menurut org kat sana cuaca just nice jer tak berapa sejuk. Taaaapii pada kita org mmg sejukkk. Yerla nak di bandingkan dgn kat sini yg panas berdenting mmg la kita cakap sejuk. Suhu masa nak balik drop sebab hujan dan dari maklumat kawan kat sana sekarang dah drop lagi -12. Fuhh nasib baik la kita org dah balik. Kalau tak mesti tak keluar rumah sebab terlalu sejuk.

Excited sangat dengan cuaca yg first time di rasai. Bila bercakap tu kepulan wap keluar dari mulut huhu.. best..

Ok Jom ikuti serba sedikit pengalaman saya bermula dari hari pertama.



  • Day 1 - 21st January, 2015

Barang-barang semua dah siap di pack. Alarm dh set 4.30 pg nak kena bangun nak bersiap. Tapi malangnya mata ni tak nak pulak terpejam. Macam tau jer tuan dia excited nak berjalan esoknya, Puas lah jugak cuba cara macam-macam untuk lelapkan mata last-last bukak PC tengok citer Korea. Hihi..  Hahhh kau langsung tak boleh tidur. Mata dah berpasir tapi gagahkan diri mandi pagi-pagi sebab jam dah pun menunjukkan pukul 5 pagi~ ~..

Keluar rumah jam 5.30 pagi sesampai kat Airport Kak Ros dengan Family dah terpacak kat depan pintu masuk. Cuma Ima jer la yang tak sampai lagi. Hari semalam punya la berdentam dentum nak keluar 5.30 pagi kekonon tapiii  haa dekat jam 6 pagi baru muncul. Nasib baik kami dah cek in online siap-siap hari sebelumnya so kita org relaks la sikit.

Minum pagi dulu, lepas tu baru cek in bag dan masuk kaunter kastam. Very first time masuk KLIA 2. Mak aii jauh gila nak sampai ke kapal. Sampai kat Gate jam 7.40 pg Gate dah bukak ngam jer sampai-sampai terus masuk kapal.

Perjalanan mengambil masa 5 jam setengah. Arrival jam 2.40 KT. Sampai jer kat INCHON INT AIRPORT aku terkesima tengok kemajuannya.. Huhh maju betul! Cuma yang buat kami x berapa selesa adalah sistem toilet diaorg. Kat sana x sama macam kt sini. Kat sini meriah dgn air. Diaorg x suplly air untuk tandas kecuali kat sinki basuh tangan dengan mangkuk tandas. Kebetulan pulak Aku datang bulan. Umangg aii.. Susah betul!! Kena kesat2 jer. huhu... Ok stop dulu pasal toilet jom sambung lagi..

Proses melalui Custom dan claim bagasi amatlah mudah. Ditambah mudah lagi bila ada Abg Zahir. Abg Zahir tak berapa sihat tak boleh nak berdiri lama dia sentiasa bawak tongkat cum kerusi kecik. Bila que dia pun duduk kat kerusi. Agaknye mmg dia org menjaga mana-mana individu yang kurang upaya atau tak sihat. Datang sorang Ajushii ni dia Pegawai Kastam kat situ kot, tanya Abg Zahir Are you sick? Abg Zahir ckp yer. Dia terus bg laluan khas untuk Abg Zahir kita org follow la cakap yg kami berlima. Muka selamba jer kami cek in kaunter kastam, sedangkan kaunter yang lain que punyelah panjang. ALLAH bantu kami. Alhaamdulillah.. Cepat jer perjalanan kami nak keluar.


 Lepas claim bagasi kami cari transport. Seperti yang di suggest Richard (tour agent) kita org naik Airport Limousine Bus dengan bayaran 15000 won /person. Cuaca sejuk mula menusuk ke tulang. Fuhhh giler la.. Kami naik bas menghala ke Itaewon Station. Richard Oppa akan tggu kami kat Itaewon Station. Naik bas ni best jer. Driver bawa dlm kelajuan yang sederhana tak terburu-buru dan tenang jer.   Sistem luggage siap ada nombor lagi. Ada org siap masukkan lugage kami ke perut bas so tak yah lah kami susah-susah nak hangkut naik turun bas. First time berada di jalan raya di Korea. Jalan dia rata jer tak macam jalan kat sini berlubang sana sini. Walaupun time tu sesak sebab waktu org balik keje Ajusshii tu tenang je dan tau pulak customer yang mana yang nak turun. Tak payah dah susah-susah nak tekan button. Dan memudahkan lagi bas tu siap bgtau lagi destinasi -destinasi bila bas berhenti. Bila sampai YEUIDO bas bgtau pasal Building 63 yang tinggi kat SEOUL. Owhh ini lah dia Building 63 yang selalu tgk kat TV tu. Tinggi dan antara bentuk yang paling unik di antara bangunan-bangunan sekeliling. Lepas tu bas melalui bangunan MBC. MBC ni adalah antara stesen penyiaran TV kat Korea. Aku memanjangkan leher meninjau-ninjau mana la tau ternampak ke selebriti- selebriti kat luar tu.. tp tak hadoo sapela nk duduk kat luar sejuk-sejuk tu. Lagipun langit dah mula gelap. Jam dah masuk jam 6 ptg. Difahamkan masuk waktu Maghrib jam 5.30 lebih kurang patut lah gelap jer. Dah malam rupanya. Siang kt korea lebih pendek berbanding kat Malaysia.



Jalan raya di Seoul dan langit yang mula gelap.
Bas berhenti di Stesen terakhir kt Itaweon. Turun jer bas ade org panggil. Are you Elinda?
Yes right!. Ok I'll try to find your apartment. Lets go. Khajaa!!. Richard Oppa tolong carikan apartment yg kita org dah book, sebab aku dh bagitau dia aku memang tak tau mana apartment tu. Nasib gakla dia nak jugak membantu kita org. Habis segala ceruk jalan kita org masuk tak jumpa-jumpa. Mungkin dia tak berapa familiar dengan tempat kita org book tu.  Turun tangga naik tangga. Tangga bukan kecik-kecik anak, tangga tinggi-tinggi galah ko. Huuuuu kejutan budaya sekejap! Patutlah depa slim belaka sebab hari-hari exercise turun naik tangga.
Mai Ema terlebih gula kot. Org lain semua dh nak colapse.
Dia masih boleh posing. 


Dah tak larat nak bergaya dah.. :(
Muka dah tak tahan penat. Chill leks.!! Belanje satu gambar.



Masa tengah mencari apartment kami ada jumpa satu family dari BB Bangi. Sempat la borak-borak dengan Family ni yg anak dia menetap di Suwon,.












At last kami sampai kat Apartment penginapan tu pun lepas agen Richard call dgn org yang jaga apartment tu.

Penjaga apartment tu namanya Andy. Baru 2 bulan balik Korea lepas jd US Citizen selama 30 thn. Sempat kawin  dan divorce dan sudah ada sorang cucu kat Amerika. Andy balik Korea lepas dah bersara dia nak habiskan masa tua kat Korea kata dia yang sebatang kara.. huuu sedih la pulak..

Gambar sebelah ni ambil dai Balkoni Apartment.
Rumah kat sini rapat-rapat. Memang ruang digunakan sepenuhnya sampai dah x de tanah wallaupun seinchi. Kawasan Itewon ni padat dan antara  kawasan yang paling banyak Foreigner. Muslim memang ramai banyak kedai makanan halal di Itaewon ni.

Di Itaewon la tersergamnya Central Seoul Mosque yang terletak betul-betul puncak Kawasan Itaewon ni.

Apartment yang kami sewa ni adalah Aparment mewah dimana sistem security lock dia menggunakan sistem code. Pic lock xde pulak. Terlupa nk snap haritu. Ok pic yg sebelah ni yang macam selalu kita tgk kat TV klu ada sesapa tekan door bell kat luar kita boleh tgk melalui cctv kt phone ni.

Yang button bulat-bulat tu sistem heating untuk rumah ni. Setiap rumah ada alat ni sbb bila musim sejuk suasana kat dalam rumah pun membeku jugak. Heater di pasang pada lantai dan setiap paip ke singki dan shower dalam bilik. Lantai laminate tu klu pijak rasa suam jer. Bestt bestt. Tak la sejuk kaki.








Enjoy view accomodation kita orang dulu kay. Simple but nice.
Soon I'll update you all.

Anyoung!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan