SILA KELIK SAYE ^^

Isnin, 30 Mac 2015

Melangkah ke alam dewasa.

Assalamualaikum...

Semalam anak dara aii dah pun masuk ke alam dewasa. Hmmm rasa cam awal sangat lah pulak baru jer 11 tahun. Ingat-ingat balik masa aii first time menstrual rasanya masa tu umur dah 13 tahun dah cukup besar nak manage menstruation condition. Cepat betul matang bebudak sekarang. Anak dara aii still main lari-lari kat luar. Masih lagi melalak bila nak mintak something  cam budak-budak kecik. huuhuu

Pagi-pagi semalam masa bangun pagi dia boleh tunjuk benda tu kat aii.. maa ira dah haid la.. haaaa tetiba stressed pulak bila pikir cam mana la budak ni? ok ke? Boleh ke dia ni? Macam-macam pikir pasal kebersihan dia lah terutamanya. 
Nak pulak baju sekolah kan white color takut buatnya bocor plak kan.. malu tu.
Tapi alhamdulillah takdak pulak nampak kesan kotoran pada baju sekolah. Itu sebabnye aii pakaikan dia pad yang overnight dan extra long. hahhh confirm-confirmlah tiada kebocoran. 

Tapi tu lah cuma bab perangai dia yg masih kanak-kanak tu lahh. Tak sanggup nak diceritakan kan sini huhu.. memang buat aii naik angin jer ngan dia. Mungkin baru lagi dan dia rasa tak selesa kot. Ok Positif!! Mintak-mintak lepas dah dua tiga kali mentrual dia dah ok dan..... mintak-mintak dia jadi anak dara la... Duk umah jer dan jadi anak dara sejati. Tolong buat keje rumah.. Hmm berangan lebih!!    

        

Sabtu, 28 Mac 2015

Si Comel

Assalamualaikum...

Comel kan anak-anak selebriti ni kan..alahaii cute lahh kan geramm gilerr tengok dia orang nih.. mana tak cantik di mix omputeh lah bagai kan.. 

ZAHRAH RANIA
AAISHAH RANIA





















LARA ALANA





















Jarang sekali kita tengok anak-anak selebriti ni di expose kat televisyen. Kalau ada pun boleh kira. Agaknya dia orang takut anak-anak tak selesa bila terlalu diberi perhatian di khalayak ramai berbeza dengan selebriti di Korea. Mereka lebih open. Melalui siaran KBS (Korea Broadcast System) anda boleh tengok satu program yang di khaskan untuk anak-anak selebriti. Yang bestnya program ni dikhaskan untuk selebriti yang bergelar bapa. Selebriti ni diberi dua hari setiap minggu berada bersama anak-anak untuk tengok parenting skill seorang bapak. Setiap pelusuk rumah di penuhi dengan kamera untuk merakam setiap pergerakkan mereka. Antara selebriti yang tengah disiarkan sekarang ni ialah Pelakon Uhm Tae Wong dengan baby girlnya Uhm Jion. Lee Hwi Jae seorang komedian dan Kembarnya Lee Seon dan, Lee Sojun. Choo Soon Hoon seorang MMA Fighter berketurunan Korea yang menetap di Jepun dan anak perempuannya Choo Sarang dan Song Ill Kook (Pelakon) dengan tiga orang kembar yang sangat mencuit hati iaitu Daehan, Mingkuk dan Manse. Mereka sangat adorable. Tabik spring dengan bapak dia orang sebab boleh control anak-anak especially Ill Kok. Walaupun kembar tiga tapi mampu layan ketiga-tiga dalam satu masa. 

The Superman Return bersiaran pada hari ahad setiap minggu jam 3.30 petang di Astro 392.  

Atau pun boleh tengok kat link ni. 



Happy watching!!



Jion


Sarang


Deahan, Mingkuk dan Manse.

Soeon dan Sojeun 


Jumaat, 27 Mac 2015

Ganguan Eletricity.

Hye!! 

Pekabar?? Iall xbrp nak baik laa xcukup tido huhu.. Hari ni keluar keje dgn mata panda. Sebab pe x cukup tido??  Tempat tggl iall dan kawasan seangkatan xde letrik malam td start dari jam 8.30 mlm sampai lah 3.00 pagi. Tak diketahui punca-punca gangguan. Rasa nya agak complicated jugak kali ni. Besar jugak scope kawasan yang terkena gangguan dan rasanya akan ada lagi gangguan kerana buat sementara waktu ni TNB bekalkan janakuasa sementara untuk we alls. 

Malam we all tak lekat kat rumah semua jiran-jiran keluar tak diketahui kemana arah mereka. Iall dengan family berpeleseran kat Padang MPN sampai mid night. Tak tahu nak buat apa kat sini. I alls layan drama kat Youtube dan layan panorama sampai MPN dah mula tutup sikit-sikit spot light kat padang. 

Ramai jer anak-anak muda melepak kat sini. Heloo rumah tak de letrik gak ke??

Suasana padang yang menghijau
Kiosk kat Dataran.



Sejukk suasana kat sini tak tahan pulakk koi.. Apa lagi we alls pun balik dan menyelusuri jalan yang gelap gelita menuju ke rumah huhu.. 

Cuba-cuba lelapkan mata dalam kepanasan baru jerr nak terlelap che mukk pulak kacau.. hohoho.. kemain lagi dia menyanyi kat telinga Ialls. Huwaaa.. Jam dah menunjukkan jam 2.30 pagi dengar bunyi lori kat luar.. Alhamdulillahh sampai jugak bantuan. Tu pun kena tunggu 1/2 jam jugak baru supply sampai kat rumah.  Akhirrnya baru laa wealls boleh tido dgn lena.  zzzzzz




Lori ni laa yang supply letrik





Berapa lama la ko kena dok sini?

Ape pun terima kasih lah TNB sebab menyelesaikan masalah buat sementara waktu. Tolong la jangan buat masalah lagi. Ialls bayar bill letrik banyak tau tiap-tiap bulan. huhhh!! Marah nih!! :(

Khamis, 26 Mac 2015

TEMAN LELAKI UPAHAN.

Hai!!

Satu lagi drama yang tengah meletop-letop sekarang ni Teman lelaki upahan dah sampai ke kemuncaknya~~ huhu tak sabar nak tunggu jam tu pusing pukul 7.00. Ape la kesudahan hubungan tarik tali El dan Kyra. Owhhh gosh!! Aku mengimpikan dan aku rasa ramai gak yang mengimpikan El kawin dengan Kyra. Betul tak? Betul tak?? 

Sape yang tak jatuh hati dengan Abg EL yang hensem serta kelakar tu huhu.. Sampai ada jer yg angau kat opis ni hahaha! 

Jom layan OST TLU. Pasni takde abg El lagi huhu..








 
Yayy. Happy ending. Lalalalala~~~ sukee.


Rabu, 25 Mac 2015

Assalamualaikum...

Pagi ni baru nak start mood keje aku terdengar satu lagu ni.. (ermm memang aku big fan dia). 

Akim Ahmad baru released lagu baru. Tak baru gak sebab bulan lepas.. Aku yang ketinggalan kann.. huhu..



Jom layan AKIM AND MAGISTRATE. Jom start keje.!!!


Sabtu, 21 Mac 2015

Healthy way!!

Assalamualaikum..


Weekend selalu korang buat apa? Aku? Heheh ni la yang selalu aku buat! Mulakan hari dengan sesuatu yang menyihatkan! Iaitu dgn pi outing kat taman. 

Daripada malas-malas kat rumah baik keluar hirup udara segar pagi kan..

Selain dari ke gym inilah cara aku untuk sihat. Berlari atau take a walk  kat taman. Tau tak berjalan dapat membakar kalori yang kita ambil semasa makan. 

Berapa banyak kalori yang ko makan? Itu kau kena tau. Kalau ko makan main hentam jer pastu ko g exercise berat badan tak akan turun. Tu sebab ada yang frust bila exercise badan tak jugak menyusut. 

Ni contoh pengiraan untuk kiraan kalori. Aku bukan pandai sangat pun tapi jom sama-sama kira.


Breakfast.


Okay contoh kuih keripap +=  sebiji karipap Kalori 128kcj mesti tak cukup sebijik 3 bijik paling koman kan.. jadi kalori 3 biji 384kcj. 

Teh Tarik += 140kcj Minum segelas 

Cam tak kenyang jer tambah mee goreng laa sepinggan mee goreng 281kcj.

Wahh kenyangg burpp!!  Cuba kira brpkalori yang diambil untuk breakfast = 805kcj   


Lunch

Ape nak makan tengah hari ni yerr lapar loo. Jom makan nasi ayam.. Sluurrpp

Sepinggan nasi Ayam += 278kcj.  Panas-panas sedap gak pekena sirap bandung kan!! pErghhh manis  cedap nikmat! kalorinye 150kcj.

Nahh! Lunch dah 388kcj pulak yang ditambah.


Minum Petang

Bestnye Pisang Goreng Cheeze!! Yum yum! Sekeping 170kcj. Ehh tak cukup sekeping mesti nak 5keping nye baru puas. 850kcj semuanya minum dengan teh o nipis += 50kcj. Dah 900kcj. 

Malam tak makan kot! Klu makan bertambah lagi kalori.

Kira-kira semua yang dimakan dari pagi smpai petang semuanya 2093kcj sedangkan badan cuma memerlukan 1600 kalori untuk aktiviti harian yang kita buat sejak dari bangun tido sampai la tido pun kalori masih dibakar. Ada lebihan 493kcj yang tak diperlukan badan yang perlu dibakar. 

Tau tak nak bakar 493kcj tu kena berjalan selama 1jam 40min? Kalau nak jogging kena hampir sejam baru dapat bakar lebihan kalori tu. Penatkan?? Nak lari 100meter pun dah tercungap. Inikan pulak 6km. huhu..  So untuk be wise makanlah berpada-pada dan jangan lupa kira kalori yang dimakan. Nakk kira camna? Taip jer kat google bersepah tips nak kira kalori. Nak seribu daya. Dan jangan lupa exercise supaya kita dapat badan yang sihat dan cergas. Dan jugak barulahh berat mulai susut.  

Ini sekadar tips dan dari pengalaman aku sendiri. Kalau nak ikut dipersilakan. ^^. 

Weekend aku round Taman Awam Nilai lima pusingan which is 5km untuk bakar kalori yang aku makan sambil-sambil tengok panorama yang menyegarkan.  Heaven sangat!!

   

Jogging track

Ku lihat hijauuuu lalala~~


Enjoy healthy life everybody!

Bye!

Nilai Springs Resort Hotel

Assalamualaikum!!


Korang suka tak pemandangan yang cantik yang hijau saujana mata memandang? Mesti suka kan??

Aku suka sangat dengan scenery kat Nilai Springs Resort Hotel ni. Sangat-sangat mendamaikan.. Boleh hilang rasa stress tau!

Selain scenery, padang golf 28 lubang yang luas terbentang antara yang menjadi tumpuan para golfer. Selain tu ada jugak macam-macam sports leisure yang terdapat di sini seperti swimming, kids pool, tenis, badminton, climbing wall (tp x jamin adventure hihi), team building pun ada gak. 

Hujung-hujung minggu memang jadi tumpuan untuk kanak-kanak sebab kids pool tu. Ada swimming class jugak rasanya belah pagi. Comel jerr tengok budak-budak kecik belajar swim.  

Kepada yang suka fitness, ada gym disediakan. Lepas gym boleh lahh bersauna, tapi.. kena lah joint club dulu kalau nak merasai semua bentuk sukan yang aku ceritakan. 

Mehh cuci mata dengan pic yang aku snap.    

Panorama  
Pemandangan pool yang berlatar belakang kan Hotel  
Playground untuk kanak-kanak 
Parking tak yah risau memang banyak!! 








Balun bola golf nama permainan nie hihi!!

Tak ketinggalan nak mencuba jugak!!,, Balik tangan sakit-sakit haha!!






























































Kalau nak survey-surve boleh klik ke link ni http://www.nilaisprings.com.my/welcome/ 

Ok Sekian dulu!.

Bye!!

Jumaat, 20 Mac 2015

Jom riadah!!

Assalamualaikum...

Cuti sekolah berbaki dua hari jer lagi. Sebelum mula sesi persekolahan pada Isnin dan ada negeri yang bermula pada hari Ahad. Kat sini bukan nak cerita sekolah buka bila huhu.. Cuma nak bagi suggestion pada korang mana tempat yang korang boleh chill dengan family. ^^ Bagi anak-anak hapy-happy sebelum masuk sekolah. 

Tak yah pegi jauh-jauh lah kita g dekat-dekat jer. Jom chill kat Dataran Putrajaya Presint 2. Aku selalu gak lepak-lepak kat sini dengan suami dan anak-anak especially sebelah malam. Selalunya malam lebih happening kat sini. Tak kira malam apa pun ramai jer orang kat sini.

Sambil tengok pemandangan yang cantik di kiri kanan yang merupakan bangunan kerajaan yang di hias lampu nan indah. Putrajaya sentiasa terang di malam hari. Ada aktiviti jugak yang kita boleh lakukan di sini, macam skate board, roller skate, berbasikal dan macam-macam lagi la.. cuma kena ready fulus jer. Semua boleh di sewa kat sini. Hari tu aku sewa dua roller skate dan sebuah basikal yang boleh kayuh dua orang tu dwi cycle. RM 40.00 je hihi.. 

Tapi kena berhati-hati memandangkan ramai sungguh kanak-kanak yang lepas bebas main kat sini. Tak boleh nak laju. Selalu pesan dengan anak-anak jugak supaya hati-hati jangan sampai langgar orang. 

Jam 12 tengah mlm lampu mula dipadam satu-persatu huhu.. pahammm dia nak suruh balik tido la tuh.. Ingat kan boleh chill sampai pagi, rupanya ada had masa yang dibenarkan melepak kat Putrajaya ni.     
 
Seronok gilerr kat sini!!!. Tak caya korang datang sendiri.!

Ok tu jer.. Bye!

Jabatan Perdana Menteri.

Masjid Putra Presint 2

Huhh!! ramai gile. Macam pesta daa kat sini!

Iera main Roller blade!

Nek basikal ngan abg misai.^^ Peluh dia haha tulahh jarang workout.

Nak balik !! BYe!! Pipi tembun huhu..

VALID LOVE~~

Anyoung haseyo!!



Okay post ni khusus untuk penggemar KDrama. Aku memang kaki KDrama hihi ^^. Kepada yang mencari-cari  stok drama mana yang korang nak tengok pasni meh la view VALID LOVE. 

Aku baru jer habis tengok. hihi.. walaupun sebenarnya drama ni dah lama juga habis bersiaran kat Astro M Chanel. Korang penah tgk tak Chanel M? Haritu chanel ni pree jer sekarang dah kena bayo pulak.. iskhh iskhh sikit-sikit bayo. Makin kayo la ASTRO!! 



Drama ini berkisarkan konflik rumah tangga. Dibintangi oleh Lee Si Young, Uhm Tae Wong dan Lee Soo Hyuk yang sado ^^. hihiks.

Kim Ill Rii mengahwini gurunya yang di admire sejak di bangku sekolah lagi. Selepas Ill Ri habis sekolah tinggi mereka telah berpisah selepas Ill Ri terlibat dalam kemalangan ketika bersama Hee Tae. Hee Tae terasa amat bersalah dengan kemalangan yang menimpa Ill Ri, dia menyambung pelajaran dalam bidang Falsafah Perikanan selepas Ill Ri tidak sedarkan diri akibat kemalangan tersebut.

Setelah 7 tahun berlalu Ill Ri dah sembuh dari kemalangan. Mereka bertemu semula secara tak sengaja dan berkahwin. Perkahwinan mereka sangat bahagia sehingga lah Ill Ri bertemu dengan Kim Joon seorang tukang kayu yang sangat hensem dan teramat naif dari segala segi. Kim Joon seorang yang anti sosial dan sangat sombong. 

Mereka telah jatuh cinta secara tak sengaja dan Kim Joon mula berubah disebabkan Ill Ri. Di sini bermula semua konflik setelah Hee Tae mengetahui hubungan cinta Ill Ri dan Kim Joon sehingga mereka mengakhiri rumah tangga yang dibina selama 7 tahun. 

Ill Ri enggan berpisah kerana masih sayangkan Hee Tae tapi dalam masa yang sama menyangi Joon. Ill Ri sudah terbiasa hidup dalam keluarga Hee Tae terasa amat berat hati untuk meninggalkan Hee Soo kakak kepada Hee Tae yang lumpuh sejak hari pertama Ill Ri mengahwini Hee Tae. Hee Soo dijaga bagaikan bayi oleh Ill Ri. Ill Ri tak nak melahirkan anak kepada Hee Tae kerana nak menjaga Hee Soo yang dia sayang.  Cedihh huu T T

Dalam drama ni korang akan nampak dua Hee Soo. Mulanya aku conpiuss jugak, rupanya Hee Soo berdelusi yang dia boleh berjalan, bercakap, makan dan keluar dengan Ill Ri tapi hakikatnya Hee Soo cuma terbaring dan hanya boleh mengerdipkan mata untuk berkomunikasi dengan Ill Ri. 

Kim Joon berusaha agar Ill Ri melupakan terus keluarga Hee Tae namun terlalu banyak kejadian yang berlaku yang turut mengaitkan Kim Joon dengan keluarga Hee Tae. Konflik bermula lagi apabila ibu Hee Tae mengalami penyakit Alzheimer. Ibu Hee Tae mula mengejar Kim Joon yang di panggil Mr Jang. Hee Tae terpaksa berdepan lagi dengan Kim Joon walaupun membenci Joon disebabkan penceraiannya dengan Ill Ri. Kim Joon pulak terpaksa libatkan diri dengan keluarga Hee Tae kerana Ill Ri. Ill Ri terlalu kasihankan Hee Soo dan Ibu Hee Tae yang masih beranggapan Ill Ri masih lagi Isteri Hee Tae. huftt.. hebat betul konflik dia orang ni. 

Walaupun drama ni agak slow tapi memang touching. Terlalu banyak pengajaran melalui drama ni yang kita boleh jadikan teladan dalam kehidupan kita. 

Nak tau kesudahan drama 20 Ep ni anda boleh la ke link di bawah ni. 


Happy watching!! ^^

Rabu, 18 Mac 2015

Brader Langsi!!

Assalamualaikum..


Pernah tak anda di hon ketika sedang memandu di sebabkan kesilapan anda? Mesti pernahkan? No body perfect! Kesilapan berlaku kadang-kadang dalam kita tak sedari. Mengakui kesalahan sendiri selalu saya akur jer.. tapi semalam memang rasa cam tak puas hati gak la. 

Saya mengelak Motosikal yang berada di kiri saya dengan menganjak sedikit kekanan tapi selepas memastikan yang sebuah kereta melepasi saya dan saya pasti kereta yang dibelakang laluan saya masih boleh memperlahankan kenderaan setelah nampak saya berada dilaluannya tapi saya dihon kereta dibelakang saya. Ok mula-mula nak redha jer sebab mmg dah salah saya masa tu saya tak bagi isyarat pun tapi kereta tu berada betul-betul di sebelah saya dan memperlahankan kenderaan seolah-olah tak puas hati dengan saya. Hmm masa kejadian saya bukanlah berkeseorangan saya bersama suami dan anak. Kalau dah namanya lelaki memang panaas bab samseng jalan raya ni. Suami tenung pemandu ala-ala samseng tu. Kereta tu berlalu dengan laju. Oklah ingat dan settle.

Semasa saya berhenti di bulatan saya berhenti dan ambil arah jam sembilan kereta tadi saya sangka dah ke arah lain rupanya masuk laluan sama dengan saya dan berada betul-betul dibelakang kereta saya dengan rapat. Warna lampu cool lamp memang sangat menggangu penglihatan saya yang rabun cahaya. Saya pun kekiri untuk bagi laluan pada kereta tadi tapi tetiba Suami pulak bagi high beam pada kereta yang tak puas hati dengan saya tadi. huhu.. makin angin la kot tu. Dia suruh saya kejar kereta tu. Saya yang berani-berani alang kejar la kete tu saya follow rapat dengan kereta tu. hihi.. pas tu terus bg signal masuk simpang ke rumah hahaha..   

Hmm sebenarnya simple jer kes ni. Sepatutnya kita give and take lah kat jalan raya, tak payah lah nak langsi sangat  kan.. Nak pulak sesama islam ni. Islam kan mengajar kita agar bertolak ansur. Indah kan Islam...

Buat brader kereta Proton Saga FLX warna hitam Plat no tak ingat sport rim kaler hijau striking. Mintak maaf la kalau saya buat salah tapi... lagi bagus klu brader tak yah tunjukkan kelangsian anda!! K Bye.

Jumaat, 13 Mac 2015

Anak Syurga

Assalamualaikum.. 

Hari ni fetch up my boy dari madrasah. Alhamdulillah dah dua bulan setengah dia kat Madrasah. Nampaknya dia mula serasi kat sana dan mula menerima pembelajaran. 

Alhamdulillahh aku tak perlu risau lagi keadaan dia kat sana. Tiap-tiap minggu aku akan jenguk dia time weekend, tanyakan apa yang tak cukup. Tiap-tiap minggu terubat gak rasa rindu. Nasib baik lah dekat je dari rumah, setengah jam je.😉.  

Mula-mula nak sesuaikan diri kat Madrasah mungkin agak sukar sebabnya ini la kali pertama dia berjauhan dari family. Rasa tak seronok, rasa tak selesa sebab persekitaran yang asing. Tak ada hiburan, tak ada kawan, tak ada family, jadual yang padat mungkin buat dia rasa tak happy. 

Minggu ketiga masa ambil bawa balik rumah penah jugak buat onar tak nak balik madrasah. Alasan demam tak berapa nak sihat tp elok je pun tak pulak demam. Takpe bg rest dua hari. Tiba masa nak hantar dia menangis teresak-esak tak nak balik Madrasah. Aduhh!! pening jugakla puas pujuk tak jalan. Puas aku piat pun tak jalan sampai aku hilang sabar. Patah-patah la hanger aku balun dia. Dalam hati aku sedih Ya amat Allah je tahu. Bukan aku nak sakitkan dia. Bukan aku benci dia tapi... Aku nak dia jadi Anak Syurga. Aku nak dia jadi Hafiz. Aku nak dia jadi seseorang yang di pandang tinggi kerana ilmu ALLAH. Aku nakk bila aku mati suatu ketika nanti akan ada yang mandikan aku, tutup keaiban ku, tutup segala kekurangan aku ketika aku dimandikan dan kapani aku ketika tiada siapa yang mahu kapani aku. Akan ada sesorang yang imamkan solat jenazahku. Akan ada seseorang yang mengusung jenazahku walau jasadku berat membatu. Akan ada seseorang yang menurunkan aku ke lahad dengan perlahan dengan kasih sayang dan tutupi aku dengan tanah dengan penuh kelembutan. Akan ada yang mentalkinkan aku dan mendoakan kesejahteraanku selama aku di barzakh. Tinggi harapan aku pada dia Ya Allah!! 

Aku paksakan jugak dia ke Madrasah! Dengan bantuan adik aku paksa dia masuk kereta. Masa tu suami kerja. Aku lock pintu supaya dia tak  buka pintu. Merayu-rayu tak nak pergi. Allahu aku tak sanggup dengar dia merayu.. Sungguhh!! Aku tak sanggup!!! Tapi aku keraskan hati!! Semua ini untuk dia. Aku sanggup berabis wang ringgit yang boleh aku cari berbanding dengan ilmu yang aku tak mampu beri. 

Aku tau ALLAH sedang menguji. Aku tau syaitan sedang menghasut anak ini. Dengan tipu daya dengan air mata anak ini. Aku bertahan sampai selamat ke Madrasah. Aneh bila nampak Madrasah hilang airmata, hilang sedu sedan seolah sesuatu yang magis yang menghentikan airmata dan sendunya. Benarlah tiada tempat sebaik rumah ALLAH. Syaitan takut akan rumah yang satu ini. SUBHANALLAH.  Aku usap pipi dia aku terangkan pada dia kenapa aku pukul dia. Kenapa aku buat dia camtu. Aku peluk dia erat-erat, aku minta maaf dari dia. Aku beritahu dia yang aku sayang sangat pada dia sebab tu aku hantar dia kat sini. Aku nak dia jadi somebody!! Bukan sahaja dimata manusia tapi di mata ALLAH yang paling utama.

Alhamdulillah syukur.. Drama onar berakhir. Minggu berikut masa aku jenguk dia nampak dah bersemangat dan ceria. Dia kata dia dah seronok kat situ. Kadang-kadang dapat jemputan dari penduduk sekitar untuk majlis-majlis doa selamat. Yang paling best dapat imbuhan dari tuan rumah. Alhamdulillah.. Murah rezeki anak- anak ni ada je sumbangan dari orang perseorangan berupa makanan dan wang. 

Semoga mereka semua berjaya menggapai harapan ayah ibu. Insya ALLAH.


Pic ni ambil petang tadi. Selepas Solat Jumaat mereka makan beramai-ramai makan dalam talam.

Pic ni ambil masa perjumpaan ibu bapa. Sejuk je dengar patah-patah ayat dari Al Quran.

Insan yang memegang amanah dari kami. Ustaz Iskandar Nasution.

Khamis, 12 Mac 2015

Pertama kali membeli property??

Assalamualaikum... 

Pertama kali beli property? Tak ada pengalaman? Tak tau mana nak refer? Blur? Mehh saya bagi tips sikit.  


Buat anda yang pertama kali nak beli property, especially rumah penting bagi anda untuk ada ikut tips-tips yang berikut. 

  • Buat research dulu tentang property yang anda nak beli, terutama tentang status hakmilik tanah. Sebaik-baiknya kalau nak beli rumah/property tanyakan dulu pemaju atau pemilik sama ada rumah ada Hakmilik Individu/Hakmilik Strata atau tak. Kebiasaannya Landed property ada Hakmilik Individu manakala Apartment kebiasaannya geran induk atau strata. Bagi geran induk atau master title ni proses agak rumit kerana melibatkan pemaju hartanah (bagi kes subsale/sekunder). Adalah dinasihatkan anda memilih property yang mempunyai Hakmilik Individu/Hakmilik Strata. Bukan apa ini memudahkan diri anda sendiri kerana jika membeli Hakmilik Induk dimasa akan datang anda perlu berurusan dengan Pemaju atau JIMB (Badan Pengurusan Apartment). 
  • Bagi anda yang membeli hartanah sekunder, bertanyalah kepada mana-mana Penilai Hartanah harga semasa property yang anda nak beli. Ini memudahkan anda untuk membuat tawaran harga jual beli. Disebabkan harga hartanah yang melambung tinggi kini kebanyakan Penjual mempertaruhkan harga yang tinggi kepada pembeli tanpa memikirkan kemampuan pihak yang membeli. Anda perlu ingat ini!! Harga pasaran Hartanah yang dibeli dari Pemaju dan Hartanah Sekunder adalah amat berbeza. Pasaran sekunder atau Subsale ini diseseparuh tempat yang belum membangun harga pasaran sekunder adalah lebih rendah. Contohnya harga rumah rumah teres setingkat yang dibeli dari pemaju bernilai RM320,000.00 untuk pasaran, manakala rumah Pasaran sekunder atau Subsale anggaran harga sekitar RM200,000.00 bagi kawasan Salak Tinggi, Sepang. Banyak beza kan??  Penjual menganggarkan kadar profit yang tinggi bagi hartanah yang mereka nak let go. Kalau harga pasaran cuma RM200,000.00 anda nak jual pada harga RM275,000.00? Berapa wang beza yang perlu pembeli top up? Besar jumlah tu kerana beza harga jual dan harga pasaran dan ditolak lagi dengan deposit kerana kebiasannya Bank cuma akan memberikan pinjaman 90% dari harga pasaran. Jadi Pembeli perlu mengeluarkan RM85,000-00 untuk top up harga pinjaman. Bagi yang mampu itu tak menjadi masalah. Bagi yang kurang kemampuan faham-faham jer la..
  • Pergi ke Bank untuk bertanyakan kelayakan anda untuk mendapatkan pembiayaan. Kebiasaannya Pegawai Bank akan memberi khidmat nasihat dan bertanya anda komitmen apa yang anda ada. Contoh pinjaman kenderaan, kad kredit dan pinjaman ASB. Kerana ini berkait dengan kelayakan anda. Juga dinasihati jika anda ada tunggakan pinjaman silalah buat pembayaran segera kerana jika ada tunggakan atau kelewatan pembayaran pinjaman secara automatik nama anda tak cantik untuk diberi pinjaman. 
  • Dapatkan khidmat Peguambela dan Peguamcara untuk bertanyakan anggaran jumlah fee yang perlu anda jelaskan untuk proses Perjanjian Jual Beli dan juga Perjanjian Pinjaman. Yang ini perlu anda tahu!! menurut belanjawan bajet 2015 kadar 50% duti setem untuk pindah milik dan pinjaman diberi peremitan kepada mereka yang kali pertama membuat pembelian rumah untuk property di bawah RM500,000.00. Remitan ni tak sama setiap tahun jadi rajin-rajinlah dengar belanjawan yer... Semasa saya membeli rumah disekitar tahun 2004 saya mendapat full remittance dimana saya tak perlu membayar seposen pun jumlah duti setem untuk pindah milik dan pinjaman tersebut. Untungkan??? Masa akan datang tak tau la ada tak lagi pengecualian penuh macam yang saya dapat. Masa tu belanjawan di bawah TUN M lagi. Selain tu saya juga diberi insentif perumahan sebanyak RM600.00 melalui pihak Bank. hihi!!

Sekian sedikit tips dari saya semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari rumah idaman anda!
      
Terima kasih.!





Khamis, 5 Mac 2015

Owh Wallet!!


Selalu tak korang belek-belek wallet sendiri?
Aku? Teramatlah kurang membelek wallet. Selalu tengok duwit je bila berbelanja dan 
bila nak cash out cari ATM Card.

Lama-kelamaan. Nah hasilnya selambak resit-resit perbelanjaan yang baru je aku keluarkan dari walletku. Huu banyak nye tu belum dalam hand bag lg. Bapak sibuk ko ni EL? Haha.

Dah jadi tabiat bila ke pasar raya amik balance masukkan duit berserta resit ke dlm wallet.
(Macamla dapat claim incometax haha..) Korang jgn jadi cam aku yer.. Make sure 
wallet bersih supaya tak conpius wallet tebal sebab duit atau pun sampah.. hiihi.

Sekian.