SILA KELIK SAYE ^^

Sabtu, 28 Februari 2015

Time to say good bye!

Assalamualaikum..

Last day kami di Korea.


Malam sebelumnya kami dah siap packing barang-barang tapi last minute ade gak lagi barang kecik-kecik yang tak masuk dlm luggage. Sumbat sampai santak la luggage hihi. Lepas kemas kami bersiap dan kemaskan apartment. Tak nak la kami menyusahkan Andy ajusshi yang jaga tempat ni. Transport kami dah mintak Andy arrange dari mula sebab tak nak amik public transport nanti susah nk bawak luggage yg berat. 

Flight kami jam 11.15pg jadi kami kena ada kat airport sebelum pukul 9.00pg. Ajushii transport dah sampai kat garaj apartment jam 7.40pg. Lepas loaded barang kami say gudbye pada Andy. 

Perjalanan ke Airport dalam Sejam camtu. Cuaca masih lagi foggy. I'll miss this environment.. Sejuk dan foggy. 

Sampai Airport masa dah terlalu suntuk. Berkejar-kejar juga la kita orang nak sampai ke satelite area. Sempat jugak aku pergi money changer tukar won ke USD. Tukar USD lagi selamat untuk kadar tukaran yang tinggi di Malaysia. Aku dapat dari blog jugak nih.. hihi Petua tu!! Yang syiling dan T-money card aku bg kat ahjumma yang cuci toilet. Buat sedekah jariah laa kononnya. 




Makanan wajib dalam flight. Nasi lemak Pak Nasir. Sekarng tak berapa sedap macam
dulu-dulu. Kurang umphhh!!


Blue sky. Subhanallah cantikk..

Belanja pose.. hihi
Nak cite sikit hihi.. klu Diaorang baca mesti menanah mata hahaha..

Masa kat dlm flight kat depan Kak Ros ada sorang anak muda Korea. Dari cara dia nampak macam nak tegur aku. Aku yang memang sedia peramah pun tegur la dulu hihi.. Aku tanya dia nak ke mana? Aku mulakan bicara. Dia cakap dia nak ke Kemboja untuk Vacation berdua jer dgn member dia sebelum pergi Military  Service untuk dua tahun. Dia tanya aku teenage ke? Aku gelak la apa lagi.. hihii Mak yang dah tua ni pun ade org cakap muda remaja lagi.. I'll take it as a complimentary. Aku bgtau yang aku ada family sendiri anak pun dah besar-besar. Dia tak percaya hahahha. Aku bgtau yang Kak Ros pun sama. Dia cakap kitaorg nampak muda sgt. Awet muda nak petua tak?? Petuanya gelak haahahhaha... tipu je.      
   
Perjalanan 5jam setengah kami isi dengan makan dan tido jer hihi.. Kami sampai ke bumi bertuah tanah tumpah darahku. Wahh semangat macam nak pergi berperang pulak! Pukul 3.45 waktu Malaysia awal dari jangkaan. Laju betul Pilot ni. Alhamdulillah selamat mendarat.. Tak zabarrr nak tgk abg misai ku.. 

Akhirnya selesai jugak misi menulis entry #kekorealahkita. Selepas sebulan lebih siap jugak entry ni dengan jayanya. 

Banyak jugak masa dihabiskan untuk  masukkan semua memory di Korea dalam blog. Hmm semua untuk kenang-kenangan dan tatapan uallss. Tak sebaik penulis sebenar. Sekadar suka-suka. Di harap uall dapat jugak info sebagai rujukan untuk melancong ke Korea. Kalau ada pape nak tanye boleh drop komen kat sini keh...

Sekian.. Anyoung!!   

   
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan