SILA KELIK SAYE ^^

Khamis, 12 Mac 2015

Pertama kali membeli property??

Assalamualaikum... 

Pertama kali beli property? Tak ada pengalaman? Tak tau mana nak refer? Blur? Mehh saya bagi tips sikit.  


Buat anda yang pertama kali nak beli property, especially rumah penting bagi anda untuk ada ikut tips-tips yang berikut. 

  • Buat research dulu tentang property yang anda nak beli, terutama tentang status hakmilik tanah. Sebaik-baiknya kalau nak beli rumah/property tanyakan dulu pemaju atau pemilik sama ada rumah ada Hakmilik Individu/Hakmilik Strata atau tak. Kebiasaannya Landed property ada Hakmilik Individu manakala Apartment kebiasaannya geran induk atau strata. Bagi geran induk atau master title ni proses agak rumit kerana melibatkan pemaju hartanah (bagi kes subsale/sekunder). Adalah dinasihatkan anda memilih property yang mempunyai Hakmilik Individu/Hakmilik Strata. Bukan apa ini memudahkan diri anda sendiri kerana jika membeli Hakmilik Induk dimasa akan datang anda perlu berurusan dengan Pemaju atau JIMB (Badan Pengurusan Apartment). 
  • Bagi anda yang membeli hartanah sekunder, bertanyalah kepada mana-mana Penilai Hartanah harga semasa property yang anda nak beli. Ini memudahkan anda untuk membuat tawaran harga jual beli. Disebabkan harga hartanah yang melambung tinggi kini kebanyakan Penjual mempertaruhkan harga yang tinggi kepada pembeli tanpa memikirkan kemampuan pihak yang membeli. Anda perlu ingat ini!! Harga pasaran Hartanah yang dibeli dari Pemaju dan Hartanah Sekunder adalah amat berbeza. Pasaran sekunder atau Subsale ini diseseparuh tempat yang belum membangun harga pasaran sekunder adalah lebih rendah. Contohnya harga rumah rumah teres setingkat yang dibeli dari pemaju bernilai RM320,000.00 untuk pasaran, manakala rumah Pasaran sekunder atau Subsale anggaran harga sekitar RM200,000.00 bagi kawasan Salak Tinggi, Sepang. Banyak beza kan??  Penjual menganggarkan kadar profit yang tinggi bagi hartanah yang mereka nak let go. Kalau harga pasaran cuma RM200,000.00 anda nak jual pada harga RM275,000.00? Berapa wang beza yang perlu pembeli top up? Besar jumlah tu kerana beza harga jual dan harga pasaran dan ditolak lagi dengan deposit kerana kebiasannya Bank cuma akan memberikan pinjaman 90% dari harga pasaran. Jadi Pembeli perlu mengeluarkan RM85,000-00 untuk top up harga pinjaman. Bagi yang mampu itu tak menjadi masalah. Bagi yang kurang kemampuan faham-faham jer la..
  • Pergi ke Bank untuk bertanyakan kelayakan anda untuk mendapatkan pembiayaan. Kebiasaannya Pegawai Bank akan memberi khidmat nasihat dan bertanya anda komitmen apa yang anda ada. Contoh pinjaman kenderaan, kad kredit dan pinjaman ASB. Kerana ini berkait dengan kelayakan anda. Juga dinasihati jika anda ada tunggakan pinjaman silalah buat pembayaran segera kerana jika ada tunggakan atau kelewatan pembayaran pinjaman secara automatik nama anda tak cantik untuk diberi pinjaman. 
  • Dapatkan khidmat Peguambela dan Peguamcara untuk bertanyakan anggaran jumlah fee yang perlu anda jelaskan untuk proses Perjanjian Jual Beli dan juga Perjanjian Pinjaman. Yang ini perlu anda tahu!! menurut belanjawan bajet 2015 kadar 50% duti setem untuk pindah milik dan pinjaman diberi peremitan kepada mereka yang kali pertama membuat pembelian rumah untuk property di bawah RM500,000.00. Remitan ni tak sama setiap tahun jadi rajin-rajinlah dengar belanjawan yer... Semasa saya membeli rumah disekitar tahun 2004 saya mendapat full remittance dimana saya tak perlu membayar seposen pun jumlah duti setem untuk pindah milik dan pinjaman tersebut. Untungkan??? Masa akan datang tak tau la ada tak lagi pengecualian penuh macam yang saya dapat. Masa tu belanjawan di bawah TUN M lagi. Selain tu saya juga diberi insentif perumahan sebanyak RM600.00 melalui pihak Bank. hihi!!

Sekian sedikit tips dari saya semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari rumah idaman anda!
      
Terima kasih.!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan