SILA KELIK SAYE ^^

Khamis, 30 April 2015

Dubsmash!

Pada yang suka benda-benda viral mesti korang perasan dh dubsmash. Lately ni mmg menjadi-jadi di IG. Masa ni la depa nak tunjukkan bakat ye tak?? Ramai artis yg dah buat dubsmash ni cam Anzalna, Nad Zainal, Anding Indrawani, Aaishah anak che ta pun ade. Dubsmash ni akan buat korang terhibur bila tgh lonely. Aku? Belum ada keyakinan nak buat benda ni hihi. Mana tau someday haha!

Jom tengok IG dubsmashmalaysian. Gerenti terhibur!!


Rabu, 29 April 2015

It's all about tax!!

Hari-hari ngadap tax! Naik cemuih aku wei!..


Good and Services Tax. Klu  sebelum ni aku yang biasa collect service tax dari client sekarang nah rasakan aku pulak di collect service tax! Sakit sakit.. Sakitnya tuh disini!! 

Bayar duit gym pun kena tax sebab gym adalah di bawah perkhidmatan. Sampai lima higget lebih tu. Oh mai gadd. Setahun dah almost RM70.00 untuk keahlian gym jer! Belum services dan goods yang lain-lain lagi. 

Gi makan francise restaurant kena tax. Klu sebulan boleh kira gi fast food. Nampaknye pas ni nak kena hadkan ke fast food atau boikot jer fasfood! Kita pakat mkn  kat rumah lepaih ni. MCd, KFC, Burger King, Sushi, OLD TOWN semua boleh merudum sebab kita boikot. Mana tau lepas ni services tax di mansuhkan sebab nak galakkan rakyat makan kat fast food restaurant balik. huhu.. Persoalannya boleh ke kita boikot?? 


Semua barang-barang keperluan dikenakan tax, susu untuk bayi pun tak terkecuali kena tax. Tak beragak tuh harga naik. Ni yang aku terfikir samada nak beranak lagi atau tak. huhu. Nak teruskan hidup, nak tak nak kita kena telan jer GST ni. Mana hak kita sebagai rakyat marhaen? Dah rasa cam kita di aniaya oleh kerajaan sendiri. 

Kerajaan bagi BRIM untuk cover GST? Haah. What the hell?? Duit tu bagi balik kerajaan malah kami bayar lebih dari tu. Nak pulak tak lama lagi musim perayaan. Kita kena berbelanja, klu setakat untuk diri sendiri boleh jugak di kurangkan perbelanjaan tapi untuk anak-anak? Boleh ke nak bagi sorang sepasang jer? 

Paling kesian mak ayah aku. Orang Felda. Dah lah hasil tak menentu ikut perubahan musim dan keadaan pokok getah. Harga getah jatuh merudum. Nak dapatkan RM1k untuk sebulan pun sakit. Mak ayah  kena hari-hari mengadap pokok getah. Apa kerajaan buat untuk bantu mak ayah aku dan seluruh warga Felda? Tak ada!! Sungguh begitu mereka masih tetap sokong kerajaan dengan alasan Malaysia masih aman sejahtera takde perang tak de musuh.   

Mak ayah aku memang penyokong kuat kerajaan sejak aku kecil lagi. Tiap-tiap kali pilihan raya mak ayah akan pangkah BN. Tak di nafikan perjuangan BN  pada asalnya sangat membantu rakyat, tapi lama kelamaan sekarang dah nampak banyak yang pincang. Semakin hari semakin teruk. Mata wang semakin jatuh disebabkan apa yang berlaku kepada Malaysia kebelakangan ni. Dengan skandal politik, dengan rasuah dan banyak lagi mengundang rasa tak yakin pelabur-pelabur luar. 

Kesian mak ayah aku, beriya menyokong kerajaan tapi ini yang mereka dapat. Puncanya yang menyebabkan mereka terlalu buta dengan pemandangan sebenar, ini adalah disebabkan kekurangan informasi dan hati mereka ni dah di telap oleh macai-macai kerajaan agar terus menyokong kerajaan. Asal Malaysia aman sudah! Kata mereka. Apakah klu kerajaan pembangkang naik, Malaysia ni huru-hara?? 

Hmm.. ini lah nasib rakyat masa kini. Nak merungut lebih-lebih dan buat bantahan bagai rasa-rasanya kerajaan dengar tak bantahan kita??   

Hmm..


    


Isnin, 27 April 2015

I Phone yang bengkok boleh luruskan balik ke??


I Phone senang bengkok klu letak dalam kocek untuk tempoh yg lama??.  

Nak tanye ni memang ada ke yang pernah kena kat I Phone korang??  Memang tak lah kan.. Sayang wooo. Di jaga rapi gitu.. hihi 

In case kalau I Phone korang bengkok masa letak dlm kocek korang. Bolehlah  try tgk vidz ni kot kot boleh fix balik kann.. Haha!! 







Sabtu, 25 April 2015

Putrajaya Fun Run

Hari Ahad lepas atau lebih tepatnya 19 April lepas, aku joint satu event marathon yang acapkali berlangsung di Putrajaya. Selalu berlari kat taman dan gym kali ni memberanikan diri masuk event. Aku tak pernah umo masuk merentas desa masa time sekolah-sekolah dulu tapi dah tua-tua ni baru sibuk nak marathon bagai hihi. Tapi tak pe umur bukan lah penghalang untung aktif dalam sukan ye tak?? 

Dengan semangat yang berkobar-kobar aku dgn Mami Ema keluar rumah pepagi ahad haritu tak ingat pulak nak cek masa larian start jam berapa. Sampai Putrajaya sibuk cari parking lagi sebab parking memang depa parking merata, boleh tahan jauh aku parking..huhu

Sampai kat Starting point aku tengok dah tak de sapa pun kat situ. Bila tanya dengan crew kat situ crew kata dah flag off tadi jam 7.00. Cepat lariiii kakkk!! Dia teriak dengan kita orang. Aku dgn Mami yg termanggu-manggu dari tadi pun mulakan larian pd jam 7.07pg. 

Okay lupa nak bagitau, aku masuk 5KM Fun Run je. Sekadar suka-suka. Bukan nak kejar hadiah pun. Nak seronok-seronok sambil dapat badan yang sihat dan kurus. Aceeceeh! Kuruslah sangat!!

Ok sambung balik. Masa mulakan larian actually bukan kita orang  jer, adalah juga sorang dua yang mulakan larian saing kita orang. Tak pe ada masa sejam pun nak habiskan 5KM masih sempat nak kejar ending point. Lepas 1.5 km kami berlari, kami nampak lautan manusia dihadapan kami.. haha lautan sangatt laa. tak lah selautan tp ramai lah jugak. Iskhh baru la rasa feel marathon camni hihi.. Ada yang berlari, ada yang mengah berjalan, ada yang bawak stroller baby sambil berlari dan paralimpik pun hade!!..

Aku walaupun rasa penat tapi tetap teruskan larian. Nasib baik ada mami yang bagi semangat. Beberapa kali jugak berhenti. Ending point dah nampak lagi la rasa nak cepat-cepat sampai. 

Akhirnya kami sampai pada jam 7.45pg dengan catatan masa yang aku sendiri kira dalam 40min la lebih kurang. 

Yes!! Dapat medal. The first medal yang aku pernah dapat dalam hidup haha!!

Akan datang banyak lagi event yang aku dah daftar untuk joint. Semoga aku kuat semangat nak berlari lagi. Insyaallah.. 

Untuk event penuh boleh g ke FB ni. https://www.facebook.com/3RMarathon?fref=ts 

Muka sembab!!

Yeayy!!

Jumaat, 24 April 2015

Cerita anak-anak.




Aku tabik gila kat Cikgu ni! Sepanjang anak-anak aku sekolah ni la Cikgu yang paling ambil berat pasal anak murid. Cikgu-cikgu sebelum ni tak pernah nak jwb sms dan what's app. Cikgu tido kot smpai sms barang duaposen tu pun kedekuitt nak balas. huuh..

Semoga attitude guru yang camni jadi aspirasi dan ikutan guru-guru sekarang. 

P/s
Kes kat atas ni pasal budak2 gaduh dalam kelas. Small matter jer. Cikgu ni dah settlekan.

DESI DAMAYANTI SKIN CARE



DESI DAMAYANTI SKIN CARE



Tadaaa!! 

Aku nak share satu-satunya skin care yang aku pakai sampai sekarang. Dulu dikenali sebagai TABITA sekarang dah ditukar nama DESI DAMAYANTI SKIN CARE. 

Dulu aku tak pernah guna skin care set. aaa tipu.!! Kalau guna pun alaa yang biasa-biasa yg selalu tgk iklan tv. Pernah cuba tapi tak pernah sesuai dengan kulit aku yang berminyak. Dah la kulit berminyak aku pulak jenis kalah dengan seafood specially udang yang menjadi faveret aku, jerawat menjadi-jadi tumbuh sana sini. Jerawat aku pulak jenis bernanah dan berdarah. Runsing memikirkan kulit yang penuh dengan jerawat dan warna kulit aku tak sekata.

Suatu hari sepupu aku kenalkan set penjagaan muka dari Indonesia.. Mula-mula was-was juga la.. nak pulak dimomokkan dengan cerita-cerita yang keluar kat media berkenaan dengan kulit muka rosak disebabkan produk kecantikan yang tak berdaftar. Serius takutt masa tu. Tapi bila tengok sepupu aku pakai dan kulit muka dia makin cantik, aku memberanikan diri untuk cuba. 

Mula-mula guna aku mengalami pengelupasan kulit selepas seminggu menggunakan produk ni. Dua minggu lepas tu kulit dah kembali pulih seperti biasa malah kulit makin mulus gitu dan pink-pink. Alhamdulillahh jerawat dah makin berkurangan. Kalau ada pun sesat satu dua camtu tapi cepat cure dan kesan jerawat makin pudar. 

Sejak dari tu aku pengguna setia TABITA dan dah rekemen pada teman-teman dan mereka pun mengakui keberkesanannya pada kulit mereka.  Jangan bimbang DDSC sekarang dah berdaftar dengan KKM di Indonesia dan dah dipatern semuala pakagingnya bg mengelakkan ditiru oleh pengeluar fake DSSC sekarang menggunakan pelekat hologram lagi... DSSC gunakan tanpa ragu-ragu sesuai untuk semua jenis kulit muka. Nak kulit korang cantik jugak? Meh what's app sy kat 019 2578762.  Sy agen doorship je. Stok tertakluk kepada agen sy.  Jomm cantik bersama-sama.. :)

  • Exclusive set- tahan 4 bln penggunaan
  • Regular set - tahan 3 bln penggunaan
  • Trial set  -  tahan 3 minggu penggunaan
          



Yang ni testimoni aku sendiri tahun 2012. Lama gilaa haha..

Khamis, 23 April 2015

Kekalutanku disebabkan Viva☺️☺️

Dua hari ni aku terpaksa meminjam kereta opismate disebabkan hb guna my kete untuk menghadiri kursus. 

Nak tak nak kena la pinjam jugak viva ni sbb kete kancil aku xde aircon. Nakk pulak sekarangkan tgh hari panas berdenting, boleh pitam dibuatnya klu xde aircon.

Dah pandai bawak haruslahh kena tonggang minyak knn.. Ini bukan kali pertama aku drive viva dah banyak kali pun, cuma ini lerr first time filling petrol. 




























Setting viva ni tanknya sama la dgn Myvi, tu aku dah confident 😀 dan aku pun raba ke sisi kanan tempat duduk tempat biasa aku buka tank. Puas aku raba tak aku jumpa. Nak confirm lg aku pandang ke arah aku raba. Ehhh takde?? Mana peginye??  

Lama aku duduk dlm kete dan aku rasa cashier kt kaunter pun perasan haha sbb masa aku nk bgtau no pam dia dah tahu hihi.. 

Rupanya tap utk bukak tank tu kat tepi handbreak!!! Ohhh kat situ rupanya haha!!! 

Alangkahh malunyee haha.. nasib baik la PETRON ni suam-suam jer customer. Kalau tak dah lama ada yg memerhati perlakuan aku.. hihi.. 



Isnin, 20 April 2015

Fenatt!!

Assalamualaikum...

Lama rupanya tak hupdate blog. Adanya event hujung minggu membuatkan aku tak sempat nak mengadap blog. Jadual yang sangat hectic. 

Malam jumaat balik kampung aku drive sendiri.. huu. Selalu masuk kereta terus masuk mimpi sedar-sedar dah sampai jer hihi.. 

Hari sabtu mak buat kenduri cukur anak-anak buah. Satu hari busy badan pun lemau. Malam drive balik ke sini. 

Pagi-pagi ahad dah ke Putrajaya untuk Marathon 3R 5KM RUN. Balik jer rumah tak rehat pun keluar lagi sampai ke malam. Sudahnya hari ni mood hanchuur nak hupdate event-event. 

Ok-ok mlm rabu nak update laa.. Dah tenang sikit jiwa, minda dan penat badan aku update k. 

Bye


Isnin, 13 April 2015

Cherry Blossom yang cantik




Tahun ini bunga ceri  atau pun Cherry Blossom dah mula berkembang dan dah mula nak jatuh kelopak-kelopaknya. Imagine kan kalau korang kat sana mesti best kan.. smbil nari-nari di bawah kelopak yang putih berguguran. overrr kan!!..  hihi..

Cherry Blossom berkembang di setiap daerah di pelusuk Korea. Ehh ada tempat-tempat tertentu je tau bukan semua. Sangatt cantikk belum rezeki lagi untuk aku berada di sana masa springs. Insyaallah next-next year (entah bila huuu) nak bawak family pegi mesti seronok. My friend dah offer klu gie sana lagi dia nak bawak jalan-jalan dengan kereta dia hihi.. 

Gambar atas ni my friend yang send trough KAKAO. Cantik kan.. Actually ada Video yang dia hantar tapi tak dapat nak di hupload kat sini. sgt nice.

Jom view pic-pic yang aku ceduk kat E-net. Nak hupload pic sendiri takde huhu.. 

Enjoy!!









  


Rabu, 8 April 2015

Mama ke yang sekolah??

Uarghhhh (menguap versi belog).

Penah tak korang dipaksa dan terpaksa buatkan home work anak-anak?  Huwaaa inilah hakikat yang terpaksa diterima oleh setiap ibu. Nak tak nak terpaksa mengasah akal dan minda yang dah tumpul, yang dah beku untuk penuhi permintaan anak.  

Anak-anak dah letih dengann rutin harian dari pagi sampai ke malam dengan sekolah sesi paginya, sesi petang, ngaji AL QURAN dan tusyen sebelah malam, terpaksa lah mama yang siapkan home work dia orang kalau tak sahih tak mo kesekolah next day huhu.. 

Daripada tak ke sekolah esok maka dengan gigihnya aku siap buka tutor kat youtube hahahaha.. Tenqiuu cikgu youtube!!

Sampai mid night buat home work.. akhirnya siap gak jawapan kepada soalan-soalan yang pada aku mencabar haha.. pada aku laa sebab aku bukan genius math. Score masa sekolah dulu cukup-cukup jer kredit. huhu..

Mata dah makin kecik.. tido dulu.





p/s  Lain kali tanya anak siap-siap balik sekolah keje sekolah apa yang ada hari ni, tak lah ko tersengguk sampai tengah malam buat homework dia orang. 

Gud Nite!! zzzzzzzzzzz

WHITE DAY

WHITE DAY

Kalau anda peminat tegar K DRAMA anda mesti tahu berkenaan sambutan WHITE DAY.  WHITE DAY adalah hari menghargai pasangan, kebiasaannya pasangan kekasih la.  

Sambutan VELENTINE DAY yang disambut 14 February setiap tahun adalah untuk si gadis memberi hadiah berbentuk coklat kepada jejaka pujaan mereka, manakala pada hari WHITE DAY jejaka akan menghadiah gula-gula kepada  gadis pujaan mereka.

Tiap-tiap tahun WHITE DAY memang hari yang ditunggu-tunggu. 

Tradisi ini sebenarnya bermula dari Jepun dan telah  menular ke Korea dan di aplikasi oleh anak-anak muda Korea.  Gula-gula pula di gantikan dengan hadiah berupa barang kemas, baju, beg dan lain-lain hadiah.   

Wahh bestnye.. Kalau camtu tiap-tiap tahun laaa dapat barang kemas kan!!..

Ini cara mereka nak meng "express" kasih sayang antara pasangan kekasih dan sentiasa menghargai satu sama lain. 

Begitula pemahaman yang telah diberi oleh teman saya dari Korea. 

HAPPY WHITE DAY! (Dah lepas pun).











Rabu, 1 April 2015

BACK GROUND BARU

Assalamualaikum...

Heheh.. ^^ Perasan tak? Perasan tak?? Mesti perasan kan.. Aku dah tukar background belog!!  

Bosan kan design yang lama! So amik masa break sikit tukar-tukar design!! ^^

Chingg!!! Ini la hasilnye. Aku ngaku aku bukannye otak kreatif. Sikit-sikit cuba nak ubah belog ni. Baru laa ada feel nak buat entry!!

Ok!! Selamat membaca!




Seriauu.

Balik dari kerja tadi ada satu kemalangan kecil yang berlaku betul-betul kat simpang empat yang menghala ke rumah aku.. Walaupun nampak kecik  je tapi.. yang cedera tu budak sekolah. Aduhh.. Tak sangguup nak tengok, tapi tertengok jugak la masa lalu kat situ. Bahagian muka budak tu cedera darah menitisss huuu...  Anak dara pulak tuh! Aku dah pernah rasa seriau camni sebab anak aku sendiri pun penah jatuh dan luka serius, walaupun bukan kena hit dengan kereta. 

Mula-mula tak perasan macam mana budak perempuan tu boleh jatuh kalau jalan kaki. Rupanya motor dah kat dalam semak. Aku assume budak tu mungkin baru keluar dari simpang, kereta pulak laju jer kat jalan lurus. Kereta mungkin tak perasan kehadiran budak perempuan yang naik motor ni dan dia tergesel motor tu dan budak berdua tu dengan motor sekali tercampak kat tepi.   
Nak salahkan sape? Budak-budak? Tu dah tentu-tentunya salah sebab keluar dari simpang tak tengok kiri kanan dan tak berlesen pulak tu. Tapi tetap kereta yang langgar tu yang patut dipersalahkan!! Sebab... hmm dah tau jalan kampung sepatutnya tahu kemungkinan yang bakal berlaku. Kenalah berhati-hati sikit. Tak payah nak merempit sangat kat area kampung!! 

Aku pun nak ingatkan diri aku sendiri dan kekawan kat sini supaya extra careful masa drive. Hati-hati dan berwaspada selalu supaya tak berlaku perkara yang di ingini. 

Bye!!
   

GST

Assalamualaikum...


Salam GST semua. Hari ni GST merupakan topik hangat di media sosial. Baik di blog-blog, FB, twitter semua cite pasal GST. Rata-rata upload pic resit lepas GST. Aii pun tak nak ketinggalan jugak uoall. hihi 


Tadi beli KFC untuk lunch. Harga masih sama tak de yang naik (rasa nya).. (kuantiti dah dikurangkan huhu.. makin sikit dan kecik) hanya GST 6% dikenakan. Klu sebelum ni ada cukai 6% dan plus bayaran servis (SST) sekarang cukai perkhidmatan dah di ganti dengan GST dan SST tu dah di hapuskan. Ok nampak jugak lah perubahan pada fast food. Yang lain-lain lom explore lagi, kena tggu shopping barang dapur nnt lak.  Hmm agaknye berapa banyak la tax yang kena pasni. Selalu bayar road tax, cukai tanah, cukai pintu dan cukai kat bil2 rumah tak penah lagi kena tax yang lain-lain.   

Nak lebih confirm apa lagi goods yang dikenakan GST oleh kerajaan boleh ke link ni. Sama-sama kita baca dan fahami.

Selamat ber GST!!

http://ebook.kpdnkk.gov.my/ebook/PANDUAN_HARGA_PENGGUNA_-_ZON_TENGAH/index.html