SILA KELIK SAYE ^^

Jumaat, 30 Januari 2015

Seoul Aku Maiii

Seoul Tour. 

Assalamualaikum...

Pada post yang lepas saya ada update pasal trip ke Korea kan... So pada post hari ni dan akan datang saya akan cuba coretkan pengalaman yang me and my friend lalui sepanjang berada di Korea!! .. Pada masa post ni di tulis saya dh pun berada di bumi tumpah darah saya. Dah selamat mendarat Alhamdulillahh!.. Tapi penatnya masih lagi terasa dan masih lagi terasa cam diri tu kat Korea lagi hihi.. Angau.. I LOVE KOREA!! 

Cuaca sekarang macam semua kita tahu, sekarang ni musim winter. Sejukk la kan. Suhu masa kami tiba kat sana dalam 1 darjah ke 4 darjah celcious, Menurut org kat sana cuaca just nice jer tak berapa sejuk. Taaaapii pada kita org mmg sejukkk. Yerla nak di bandingkan dgn kat sini yg panas berdenting mmg la kita cakap sejuk. Suhu masa nak balik drop sebab hujan dan dari maklumat kawan kat sana sekarang dah drop lagi -12. Fuhh nasib baik la kita org dah balik. Kalau tak mesti tak keluar rumah sebab terlalu sejuk.

Excited sangat dengan cuaca yg first time di rasai. Bila bercakap tu kepulan wap keluar dari mulut huhu.. best..

Ok Jom ikuti serba sedikit pengalaman saya bermula dari hari pertama.



  • Day 1 - 21st January, 2015

Barang-barang semua dah siap di pack. Alarm dh set 4.30 pg nak kena bangun nak bersiap. Tapi malangnya mata ni tak nak pulak terpejam. Macam tau jer tuan dia excited nak berjalan esoknya, Puas lah jugak cuba cara macam-macam untuk lelapkan mata last-last bukak PC tengok citer Korea. Hihi..  Hahhh kau langsung tak boleh tidur. Mata dah berpasir tapi gagahkan diri mandi pagi-pagi sebab jam dah pun menunjukkan pukul 5 pagi~ ~..

Keluar rumah jam 5.30 pagi sesampai kat Airport Kak Ros dengan Family dah terpacak kat depan pintu masuk. Cuma Ima jer la yang tak sampai lagi. Hari semalam punya la berdentam dentum nak keluar 5.30 pagi kekonon tapiii  haa dekat jam 6 pagi baru muncul. Nasib baik kami dah cek in online siap-siap hari sebelumnya so kita org relaks la sikit.

Minum pagi dulu, lepas tu baru cek in bag dan masuk kaunter kastam. Very first time masuk KLIA 2. Mak aii jauh gila nak sampai ke kapal. Sampai kat Gate jam 7.40 pg Gate dah bukak ngam jer sampai-sampai terus masuk kapal.

Perjalanan mengambil masa 5 jam setengah. Arrival jam 2.40 KT. Sampai jer kat INCHON INT AIRPORT aku terkesima tengok kemajuannya.. Huhh maju betul! Cuma yang buat kami x berapa selesa adalah sistem toilet diaorg. Kat sana x sama macam kt sini. Kat sini meriah dgn air. Diaorg x suplly air untuk tandas kecuali kat sinki basuh tangan dengan mangkuk tandas. Kebetulan pulak Aku datang bulan. Umangg aii.. Susah betul!! Kena kesat2 jer. huhu... Ok stop dulu pasal toilet jom sambung lagi..

Proses melalui Custom dan claim bagasi amatlah mudah. Ditambah mudah lagi bila ada Abg Zahir. Abg Zahir tak berapa sihat tak boleh nak berdiri lama dia sentiasa bawak tongkat cum kerusi kecik. Bila que dia pun duduk kat kerusi. Agaknye mmg dia org menjaga mana-mana individu yang kurang upaya atau tak sihat. Datang sorang Ajushii ni dia Pegawai Kastam kat situ kot, tanya Abg Zahir Are you sick? Abg Zahir ckp yer. Dia terus bg laluan khas untuk Abg Zahir kita org follow la cakap yg kami berlima. Muka selamba jer kami cek in kaunter kastam, sedangkan kaunter yang lain que punyelah panjang. ALLAH bantu kami. Alhaamdulillah.. Cepat jer perjalanan kami nak keluar.


 Lepas claim bagasi kami cari transport. Seperti yang di suggest Richard (tour agent) kita org naik Airport Limousine Bus dengan bayaran 15000 won /person. Cuaca sejuk mula menusuk ke tulang. Fuhhh giler la.. Kami naik bas menghala ke Itaewon Station. Richard Oppa akan tggu kami kat Itaewon Station. Naik bas ni best jer. Driver bawa dlm kelajuan yang sederhana tak terburu-buru dan tenang jer.   Sistem luggage siap ada nombor lagi. Ada org siap masukkan lugage kami ke perut bas so tak yah lah kami susah-susah nak hangkut naik turun bas. First time berada di jalan raya di Korea. Jalan dia rata jer tak macam jalan kat sini berlubang sana sini. Walaupun time tu sesak sebab waktu org balik keje Ajusshii tu tenang je dan tau pulak customer yang mana yang nak turun. Tak payah dah susah-susah nak tekan button. Dan memudahkan lagi bas tu siap bgtau lagi destinasi -destinasi bila bas berhenti. Bila sampai YEUIDO bas bgtau pasal Building 63 yang tinggi kat SEOUL. Owhh ini lah dia Building 63 yang selalu tgk kat TV tu. Tinggi dan antara bentuk yang paling unik di antara bangunan-bangunan sekeliling. Lepas tu bas melalui bangunan MBC. MBC ni adalah antara stesen penyiaran TV kat Korea. Aku memanjangkan leher meninjau-ninjau mana la tau ternampak ke selebriti- selebriti kat luar tu.. tp tak hadoo sapela nk duduk kat luar sejuk-sejuk tu. Lagipun langit dah mula gelap. Jam dah masuk jam 6 ptg. Difahamkan masuk waktu Maghrib jam 5.30 lebih kurang patut lah gelap jer. Dah malam rupanya. Siang kt korea lebih pendek berbanding kat Malaysia.



Jalan raya di Seoul dan langit yang mula gelap.
Bas berhenti di Stesen terakhir kt Itaweon. Turun jer bas ade org panggil. Are you Elinda?
Yes right!. Ok I'll try to find your apartment. Lets go. Khajaa!!. Richard Oppa tolong carikan apartment yg kita org dah book, sebab aku dh bagitau dia aku memang tak tau mana apartment tu. Nasib gakla dia nak jugak membantu kita org. Habis segala ceruk jalan kita org masuk tak jumpa-jumpa. Mungkin dia tak berapa familiar dengan tempat kita org book tu.  Turun tangga naik tangga. Tangga bukan kecik-kecik anak, tangga tinggi-tinggi galah ko. Huuuuu kejutan budaya sekejap! Patutlah depa slim belaka sebab hari-hari exercise turun naik tangga.
Mai Ema terlebih gula kot. Org lain semua dh nak colapse.
Dia masih boleh posing. 


Dah tak larat nak bergaya dah.. :(
Muka dah tak tahan penat. Chill leks.!! Belanje satu gambar.



Masa tengah mencari apartment kami ada jumpa satu family dari BB Bangi. Sempat la borak-borak dengan Family ni yg anak dia menetap di Suwon,.












At last kami sampai kat Apartment penginapan tu pun lepas agen Richard call dgn org yang jaga apartment tu.

Penjaga apartment tu namanya Andy. Baru 2 bulan balik Korea lepas jd US Citizen selama 30 thn. Sempat kawin  dan divorce dan sudah ada sorang cucu kat Amerika. Andy balik Korea lepas dah bersara dia nak habiskan masa tua kat Korea kata dia yang sebatang kara.. huuu sedih la pulak..

Gambar sebelah ni ambil dai Balkoni Apartment.
Rumah kat sini rapat-rapat. Memang ruang digunakan sepenuhnya sampai dah x de tanah wallaupun seinchi. Kawasan Itewon ni padat dan antara  kawasan yang paling banyak Foreigner. Muslim memang ramai banyak kedai makanan halal di Itaewon ni.

Di Itaewon la tersergamnya Central Seoul Mosque yang terletak betul-betul puncak Kawasan Itaewon ni.

Apartment yang kami sewa ni adalah Aparment mewah dimana sistem security lock dia menggunakan sistem code. Pic lock xde pulak. Terlupa nk snap haritu. Ok pic yg sebelah ni yang macam selalu kita tgk kat TV klu ada sesapa tekan door bell kat luar kita boleh tgk melalui cctv kt phone ni.

Yang button bulat-bulat tu sistem heating untuk rumah ni. Setiap rumah ada alat ni sbb bila musim sejuk suasana kat dalam rumah pun membeku jugak. Heater di pasang pada lantai dan setiap paip ke singki dan shower dalam bilik. Lantai laminate tu klu pijak rasa suam jer. Bestt bestt. Tak la sejuk kaki.








Enjoy view accomodation kita orang dulu kay. Simple but nice.
Soon I'll update you all.

Anyoung!

LUKA


Luka itu masih berdarah. 
Masih merah. 
Walau dihati aku memaafkan mu namun 
fikiranku anggotaku tak bersatu melahirkan kemaafan di wajahku.

Tahu berapa lama ku simpan? 
Tahu berapa lama aku memikirkan? 
Terlalu lama. 
Cukup lama hati aku menyimpan rasa ini.

Bodohkah aku pada pandanganmu?  
Masih aku ingat setiap lirik mata mu dulu. 
Pandangan ku penuh rasa kasih sayang namun pandangan mu 
seolah mentertawakan aku.

Aku bodoh!! Aku bodoh! Terlalu percaya kata-katamu.

Kini kau kembali memohon kemaafan. 
Setelah bertahun kau kembali. 
Apa mahu mu? Sekadar memohon kemaafan?

Maafkan aku mulutku berkata ya, 
namun penggerakkanku menidak. 
Mana mungkin aku tega menentang mata mu.  

Aku butuh waktu. Aku perlu memujuk diri aku.  
Maaf aku teman!! 
Harap diri mu bersabar andai tiap pertanyaan mu berbalas sepi.


Selasa, 20 Januari 2015

PERSEDIAAN KE KOREA.

Assalamualaikum wbt.  

Huarghhhhhhhhh...!!!!  Haha pohal lak ni? Hihi.. Ioall excited la korang. Nk terbang. Hihi..  Doakan keselamatan kita yer korang. kita nk g KOREA!!! Ke Korea Ke Kita??  Masih lg xcaye ni. Betul ke?? Dalam pada tgh excited ni Ioalls salah urat la pulak. Saje jer ngelak g gym sebab xnak penat dan sakit sana sini tetiba kena salah urat. Huwaaaa..  Ya ALLAH mohon diberi kesembuhan..  Ok skrg tgh que nak jumpe doc nak amik ubat salah urat.  Jgn x larat nk jalan nanti udahh.. silap2 aku dok bilik jer nnt. Huhu..                                                        

Persiapan nk g Korea aku dh siapkn mostly 90% kot.  Meh aku share ape yg aku bawak utk trip aku utk musim winter kt Korea. 



Ni adaptor nama die. Bukan adaptor yg biasa kt rumah kita pakai tu. Yg ni utk 
international adaptor sbb klu ke luar negara plag dia org x sama cam kita. 
Wajib carik klu x nnt nk charge phone bermasalah..        

                                                 

Panadol soluble incase kita dpt demam selsema. 
Ada lg yg aku tk masuk kn kt sini sbb baru jer beli. Antaranya 
VIT C yg jenis soluble utk resolve badan yg mungkin xtahan dgn 
suhu melampau  kt  sana sbb badan kita dh terbiasa dgn cuaca 
di Malaysia. Ponstant pun perlu incase sakit kepala.


Tgh susun2 baju ape yg nak dibawa bersama nnt. Semua kena beli huhu 
sbb baju yg biasa kita pakai kt sini tak sesuai utk pakai kt sana.    

     
    
Yang ni baju tido. Kain kapas mungkin dapat hangatkan badan waktu mlm kt sana 
tapi kena la guna sweater jugak tau. Sejukk. Jgn lupa pakai stokin jugak.                                                           

Ini mufla. Kegunaannye utk lilit kt leher. Tp macam nipis jer la pulak. 
Macam kena carik lain jerr!!



Yg ni pakaian inner. Sepasang baju dgn legging. Makesure cari yg hitech tau!.  
Inner ni kena beli ikut fit badan sbb lg fit lagi panas badan.          
                                                  
Blanket kecik ni free gift masa beli baju kt UNICLO. 
Socks.Yg ni jenis socks jugak tp utk kegunaan kt dlm 
bilik jer. Ala-ala selipar tido tu la.


Buku mrah jgn lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh lalalala~~~ jgn lupa cek 
expiry yer... 

Yg gambar kanggaroo ni adalah hot pack. 

 
Ear smurf utk elakkan sakit telinga bila terlalu sejuk.
 
Sun Glass
Glove
And paling penting ni haa winter jacket.. Hopefully boleh tahan kesejukan cuaca kat sana. 

























Excited sampai tak boleh nak tido nih... hmmm parah llah mata den kang nieh..

Ok chow dulu. Ade masa aku update lagi.

Anyoung!!

Jumaat, 9 Januari 2015

Birthday 35th.


Assalamualaikum..WBT. 

Lama peram post ni hihi..  Happy Birthday EL! 29HB DISEMBER, 1979. Lahirla hambe ke dunia fana ini. Dengan tangisan yg nyaring lagi berdesing. (Agak aku lerr bising kot!) Campur katil sebelah lagi mesti sahut menyahut dgn geng geng sebelah nk bagitau dunia yang aku dh keluar.. hahahaha.. Dah renti ngarut El!!!. Hihi.. 

Alhamdulillahhitaa'ala.. Panjat kesyukuran ke hadrat ALLAH yg esa. Masih aku diberi nyawa bernafas di ruangan udara miliknya. Alhamdulillah aku diberi ruang untuk berpijak dibuminya. Diberi aku kesihatan yang baik. Diberi aku nikmat rezeki yang melimpah ruah. 
Terima kasih YA ALLAH!!.

   Terima kasih buat En suami., yang sentiasa ada disisi waktu susah senang dilanda badai perih kehidupan. Sabar dengan aku yang agak ketegaq. Dah hampir 15tahun bersama dah jadi buluh betung  agaknye dgn perangai aku huhu.. (Mintak maaf abg hujung rambut hinga hujung kaki.) Di harap abg akan bertahan dgn AYANG lagi untuk 30 ke 40 tahun akan datang. huhu..

Terima kasih buat Ayah dan Mak dah lahirkan aku. Dah  besarkan aku. Dah beri aku pelajaran. Bagi aku kasih sayang. Even Ayah dan Mak tak tunjukkan kasih sayang dengan sentuhan ataupun kata-kata tapi aku tahu mak ayah sayangkan aku. Ampunkan aku Ayah Ibu klu setiap perlakuan aku dulu menyakitkan hati Mak dan Ayah. Aku tahu air mata Mak Ayah pernah mengalir kerana aku. Ampunkan aku... Semoga ALLAH panjangkan umur Mak Ayah. Semoga ALLAH kurniakan Mak Ayah kesihatan yang baik. Semoga ALLAH kurniakan kemurahan rezki buat Mak Ayah. Maaf Mak Ayah aku tak dapat bagi ape yang sepatutnya seorang anak beri. Yang aku mampu cuma  doakan Mak Ayah sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT. Semoga  Mak Ayah dipanjangkan umur dan dapat lihat keturunan Mak Ayah. Insyaallah..

Terima kasih juga buat anak-anak tersayang yang faham kesibukan seorang Ibu yang bekerja. Kadang-kadang terkurang belaian kasih. Kurang itu ini. Maafkan Mama. Mama akan cuba jadi seorang Mama yang baik utk korang. 

Terima kasih buat Mak Mertua Ayah Mertua yang terima aku yang serba kekurangan menjadi sebahagian dari keluarga Mak Ayah. Aku tau aku, aku tak sempurna macam menantu-menantu org lain huhu.. Insyaallah aku akn cuba perbaiki hubungan aku dgn mereka. Tapi Mak Mertua yang paling best adalah Mak Mertua aku hihi.. Pandai masak oooo.. Ko request ape jer mesti dia buatkan. Haha terbalik kan?? Bukan aku yg masak tapi Mak Mertua aku yg rajin masak. hihi.. Terima kasihh Makk..!!

Terima kasih buat semua yang ingat birthday aku, yang wish. Mana yg tak wish tu mungkin terlepas pandanglah kot.. Tak pe. Aku tak perlukan wish pun..okay hantar hadiahh boleh?? Terima kasih kerana sudi menjadi teman aku, aku tau aku bukanlah teman yang baik utk korang tapi insyaallah aku cuba nak jadi baik kepada korang.. doakan aku jadi baik okay! Kalau ada ape-ape salah aku silalah tegur, mungkin aku alpa. 

Banyak dah terima kasih aku. Akan akan terus berterima kasih pada semua selagi ada nyawa aku. 

Okay. Tahun ni ada tiga kek sempena Birthday. hihi..  Silalah jamu mata yer.. kek dah habishh pun. Klu ada pun dah basi kot hihi.. 

Sekian untuk kali ni.. Sampai jumpa lagi di post yang lain. 


Kek dari suami dan anak-anak.

Kek tumpang dgn Abg Adam. 

Ni kek masa Dinner haritu.






  • P/s. Ioall neves la. Tak sampai bape hari lg trip nak ke Korea akn menjelma.. Ottoke!!

Isnin, 5 Januari 2015

Percutian Keluarga. GOLD COAST MORIB


Assalamualaikum...

Kali ni saya post percutian keluarga opis pada 27-29 Disember, 2014 haritu. 

Di sponser penuh oleh Bos. Kali ni percutian hub tak ikut tak boleh cuti katanye. So saya dgn anak-anak je yg pergi. Boleh lah lagipun pergi dgn opis mate so xde la sunyi sangat. 

Overall bilik cantik, dlm bilik air ade jacuzzi. Sila la tgk-tgk pic yg ade. Pic kat Water park xde byk sbb malas nk bawak turun handphone sebab terasa nak berendam. Hihi.. Pic yg ade ehsan dari kwn opis.  Selamat menjamu mata!!


Katil twin double share 3 org. 

Ni anak-anak mami. Ni la jacuzzi tu. Bestnye berendam sikecik nii..

Pemandangan dari Bilik Mami

Nampak tak Mak Cik? Berendam beria mak cik sampai demam2 haritu hihi..



Nak naik sgt benda ni tapi xdapat huhu.. kena pakai two pieces baru boleh naik hahha..

Ni Pic Ira, Pica dan Amirah

Ziqri


Okay.. Berundur dulu.. 

Bye! Assalamualaikum..



Sabtu, 3 Januari 2015

YEAR END DINNER

Assalamualaikum WBT.

Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul Nabi Junjungan. (Selawat dan Salam utk Rasul yg dirindui).

Lama tak update blog disebabkan kesibukan diri menguruskan anak-anak yg dah  nak mula sesi persekolahan 2015. Dan saya sendiri pun tak berapa sihat di penutup 2014. Perut tak berapa nak gembira asyik nk meragam sampai hari ni pun masih adaa sisa-sisa perut meragam .. huuu. At last!! Hari ni baru  berkesempatan nak update. Actually ada beberapa peristiwa nak di updatekan. Sebelum hari-hari tu makin luput kat ingatan baik di update untuk ingatan di masa hadapan..

Yehuuu.. Jom Mula ..


24th December, 2014.
YEAR END DINNER STAFF NORAZMI DAUD & AZREEN 
Vanue: NILAI SPRINGS GOLF RESORT

Seperti tahun-tahun yang lepas kita org akan set satu hari untuk Year End Dinner. Alhamdulillah dah 3 Tahun masuk tahun 2014. Kami mula buat even sendiri bermula tahun 2012. Firstly dulu tahun 2012 di EMPRESS HOTEL -Salak Tinggi. Tahun 2013 kami buat di SAMA-SAMA KLIA. Alhamdulillah Vanue Tahun ni di NILAI SPRINGS GOLF RESORT- BBN atas arrangement my Hub. ( Actually hub keje kat situ hihi.. tq abg tlg set up!). Kami diberi space yg agak terpencil dari guest lain sbb dah pesan ngan Hub sbb takut mengganggu guest lain. Almaklumlah kami memang cempera sikit.. hahahah!!

Kebetulan malam 24hb tu ada sambutan Krismas sama naik la kami hihi...

Kita org sampai dulu sooo weefie dulu!! 


okay dah mula penuh meja.. tapi tak ramai pun kami berlapan jerrr..
Kek SECRET RECIPE yg cedappp..  
sesi potong kek sambil nyanyi lagu besday versi sebaris. hihi 



Ni sesi melantak mengisi perut yg dh berlubang dari ptg. Ehhh cak!! Angah kena candid. 
Sorry pose agak melampau nmpak melentik kt situ hihi..

Lepas sesi makan kami pun macam biasa adakan cabutan untuk hadiah. Seperti tahun lepas tahun ni kami prepare hadiah masing-masing untuk ditukar sesama sendiri tapi tahun ni budget RM 50.00 sorang tahun lepas budget kecik. So hadiah tu dapat yg best skit lerr dari dulu. hehe.

Tiap-tiap org kena cabut undi. Kertas pilihan undi no tu saya dah siapkan ptg tadi masa kt opis. Nak bagi adventures saya gulung dan tape kertas tu supaya semua orang lambat. Dia org bising bukan kepalang hihi..  Sorry guys! hihihihii. Okay kita tgk hasilnyer..



Jjjanngggg!!! Beso bukan main kotak. Yg ni dari Akram. Thn lepas dpt dia punya gakk.


 Ni dia Bear kiddy size.. Hadiah paling besar mlm tu hahahhahaha. nmpak kejelousan dia org hihi

Mami dapat kotak besar cuba tgk senyum sebelum dan selepas. lainkannn hahahaha.


Kak Ros dpt mami punye.

Bukan main snyumm lg si Afiq ni. Al maklumlahh dpt jd OKB lepas ni. Aset bykk. Hotel, tanah, Jet macam-macam lg lahh. tpi lepas main Saidina la.. hihihi


Mek Ja dpt hair dryer


Ni paling mahal! Dpt Eifiel Tower creature. All d way from France De Amor. Jelesss sbb ade yg kecik jer souvenier dr kak ros.  


Mr cool ni (Adam) dpt Drawer Hiasan dr Kak Fiza



Angah dpt yg special punye dr saya hihi.. seronok die. Balik tu terus frame pic anak2 kata die. 

Sesi tukar-tukar hadiah yg hingarr dahh selesai.  Tgk keadaan sekeliling dah sunyi. Guest semua dah beransur balik lepas krismas dinner. Tak sedar dah  jam 10.00 malam.. Jomm semua wrappp. Alhamdulillahh selsesai even kita utk tahun ni InshaAllah nnt 2015 pulak kita cari pot lain. 
Jom balikkk cinderella tak boleh balik lepas jam 11.00 nnt bertukar jadi Hulk Hub kt rumah hihiii.. 

Belanje pic ramai-ramai masa nak balik.. 







Guud bye 2014!!  welcome 2015!! Be nice to me.
Assalamualaikum.. Jumpe lagi.