SILA KELIK SAYE ^^

Rabu, 27 Mei 2015

MISI BROGA

Assalamualaikumm...

Fuhhh fuhhh fuhhhhhhhhhhhhhhh.!!! Bersawang dah !! Lama tak masuk entry. Di sebabkan keadaan yang terlalu sibuk dan jugakk sibuk yang di buat-buat hihi..

Apa pun dengan kembalinya diri ini kali ni nak story pasal MISI BROGA pada 10 May, 2015 yang lalu.

Actually lama dah planning naik Bukit  Broga dengan ofice mate, perancangan yang rapi telah kami buat beberapa minggu sebelumnya.. haha rapi lah sangat! padahal masa tu kami berharap yang hujan tak turun pada malam sebelumnya. Bukan apa cuaca tak menentu kami tak nak lah nanti sesuatu yang tak di ingini berlaku dalam keadaan cuaca dan keadaan bukit yang licin.. Alhamdulillahh.. ALLAH memudahkan walaupun hari sebelum nampak macammm nak hujan tapi tak jadi hujan pun.

Sebelum tu kami ada la buat research sikit apa yang kami perlukan ketika mendaki. Beria baca blog sana sini hihi.. At least kami dapat maklumat atau pun tips yang berguna  dari bloger-bloger yang dah pernah sampai k puncak.

Kami rancang nak naik sebelum Subuh tapi apakan daya kami hanya merancang tapiiiii haahh ni yang malehh kalau berjanji selalu jerr dicapati oleh budak-budak nih!! Spoill! Punya excited 4.45 ceq dah keluar rumah. Sudahnye kami jadi tiang lampu yang  tak berapa nak tinggi ka meeting point! Tunggu punya tunggu last arival pun dah 5.50am.. Huhhh!! 


Semangat membara pepagi buta dah keluar
rumah tau!
Terpacak macam tiang lampu!!


Kami gerak terus dari Bandar Baru Salak Tinggi melalui Lekas Highway turun kat Semenyih. Apa-apa pun Solat kami tak tinggal. Wajib tuu. Kami selesaikan tanggung jawab dulu kat RNR. Usai solat kami teruskan perjalanan kami. Owhh lupa nak bgtau! Actually kami bertujuh selepas salah seorang dari opismate tarik diri. Pergi dua kereta jer jimat minyakk hihi!!

Kami tiba kat Broga dah pukul 6.45, lepas bayar parking kami pun memulakan misi mendaki Bukit Broga. Ni first time bagi kami semua tauu!! Luckily aku cukup fit untuk mendaki haha kononnya..  


Main entrance. Wahh semangatt berkobar nak mulakan pendakian!! 
Sedikit nasihat untuk yang first time nak naik make sure anda cukup sihat untuk panjat. Laluan agak curam memerlukan anda berhati-hati untuk setiap langkah anda! Ada laluan yang anda perlu panjat gunakan tali  yang disediakan dan part yang susahnya anda perlu memanjat laluan yang berbatu-batu. Salah sorang dari opismate surrender sampai kat laluan batu-batu sebab tak cukup kuat. So kami tinggalkan dia dengan harapan kami tak lupa dia masa turun nanti hahaha.. 

 

See! Laluan dia memang curam dan menyeramkan kalau
tergolek huhu


Sampai puncak pertama dah hampir jam 8.00 am. Kami naik hingga ke puncak kedua. Sempat lah kami menyaksikan sang mentari naik dari puncak Bukit Broga. Puncak ke 3 dan ke 4 dah nampak sangat padat kami pun cari pot untuk brekfast dulu.  Sambil minum pagi kami menyaksikan panorama yang menyegarkan mata dan minda..  Subhanallah!! Cantik!


Puncak Pertama. 








Selesai brekfast kami pun memulakan sesi penerimaan medal. Hihi.. Tak pernah orang panjat bukit dapat penghargaan tapi kami dapat haha!! Sekadar suka-suka dan kenangan buat kami yang gila-gila ni hihi..  

Okay masa untuk posing!!

Tadaaaa... Yess!! Lihat lah dunia !! Lihat lah kejayaan ku
hahaha!! 
Sesi merepek!! Kami yang paling bising kat atas ni hihi!! Ampun 
Abg adam, Afiq dan Akram
Ini mami punya!!
Kak Ros, Mami dan Aii.

 



















Ramai giler umat kat atas nih!!

Kami menghabiskan kira-kira sejam posing sakan kat atas bukit. Kami mula beransur turun memandangkan matahari dah mula terasa teriknya. 

Bahaya waktu nak turun bukit. Sila berhati-hati yer semua!. Kaki dah mula longlai bila kita mula turun. Dinasihatkan jangan la nak lari-lari masa turun dikuatiri terbabas macam geng kami. Nasib baik la sempat tahan kalau tak dah kelubuk jatuhnya. Alhamdulillah tak apa-apa.

Makin dekat dengan end point, makin lemah kaki.. Rasa nak seret jer huhu.. Finally!!! Kami smpai ke end point. Yeahhhh! We made it!! We made it!! Pas ni boleh lah kita panjat Gunung Kinabalu pulak yer geng!! hahaha! 
  




(Nota. Kami pergi hari Ahad keesokannya hari berkerja semua datang kerja takda yang MC horayy!! tapi kesannya seminggu sakit bawah lutut. Itu akibatnya bila turun melompat-lompat huhu.. len kali steady jerr beb!!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan