SILA KELIK SAYE ^^

Rabu, 29 April 2015

It's all about tax!!

Hari-hari ngadap tax! Naik cemuih aku wei!..


Good and Services Tax. Klu  sebelum ni aku yang biasa collect service tax dari client sekarang nah rasakan aku pulak di collect service tax! Sakit sakit.. Sakitnya tuh disini!! 

Bayar duit gym pun kena tax sebab gym adalah di bawah perkhidmatan. Sampai lima higget lebih tu. Oh mai gadd. Setahun dah almost RM70.00 untuk keahlian gym jer! Belum services dan goods yang lain-lain lagi. 

Gi makan francise restaurant kena tax. Klu sebulan boleh kira gi fast food. Nampaknye pas ni nak kena hadkan ke fast food atau boikot jer fasfood! Kita pakat mkn  kat rumah lepaih ni. MCd, KFC, Burger King, Sushi, OLD TOWN semua boleh merudum sebab kita boikot. Mana tau lepas ni services tax di mansuhkan sebab nak galakkan rakyat makan kat fast food restaurant balik. huhu.. Persoalannya boleh ke kita boikot?? 


Semua barang-barang keperluan dikenakan tax, susu untuk bayi pun tak terkecuali kena tax. Tak beragak tuh harga naik. Ni yang aku terfikir samada nak beranak lagi atau tak. huhu. Nak teruskan hidup, nak tak nak kita kena telan jer GST ni. Mana hak kita sebagai rakyat marhaen? Dah rasa cam kita di aniaya oleh kerajaan sendiri. 

Kerajaan bagi BRIM untuk cover GST? Haah. What the hell?? Duit tu bagi balik kerajaan malah kami bayar lebih dari tu. Nak pulak tak lama lagi musim perayaan. Kita kena berbelanja, klu setakat untuk diri sendiri boleh jugak di kurangkan perbelanjaan tapi untuk anak-anak? Boleh ke nak bagi sorang sepasang jer? 

Paling kesian mak ayah aku. Orang Felda. Dah lah hasil tak menentu ikut perubahan musim dan keadaan pokok getah. Harga getah jatuh merudum. Nak dapatkan RM1k untuk sebulan pun sakit. Mak ayah  kena hari-hari mengadap pokok getah. Apa kerajaan buat untuk bantu mak ayah aku dan seluruh warga Felda? Tak ada!! Sungguh begitu mereka masih tetap sokong kerajaan dengan alasan Malaysia masih aman sejahtera takde perang tak de musuh.   

Mak ayah aku memang penyokong kuat kerajaan sejak aku kecil lagi. Tiap-tiap kali pilihan raya mak ayah akan pangkah BN. Tak di nafikan perjuangan BN  pada asalnya sangat membantu rakyat, tapi lama kelamaan sekarang dah nampak banyak yang pincang. Semakin hari semakin teruk. Mata wang semakin jatuh disebabkan apa yang berlaku kepada Malaysia kebelakangan ni. Dengan skandal politik, dengan rasuah dan banyak lagi mengundang rasa tak yakin pelabur-pelabur luar. 

Kesian mak ayah aku, beriya menyokong kerajaan tapi ini yang mereka dapat. Puncanya yang menyebabkan mereka terlalu buta dengan pemandangan sebenar, ini adalah disebabkan kekurangan informasi dan hati mereka ni dah di telap oleh macai-macai kerajaan agar terus menyokong kerajaan. Asal Malaysia aman sudah! Kata mereka. Apakah klu kerajaan pembangkang naik, Malaysia ni huru-hara?? 

Hmm.. ini lah nasib rakyat masa kini. Nak merungut lebih-lebih dan buat bantahan bagai rasa-rasanya kerajaan dengar tak bantahan kita??   

Hmm..


    


Tiada ulasan:

Catat Ulasan