SILA KELIK SAYE ^^

Sabtu, 25 April 2015

Putrajaya Fun Run

Hari Ahad lepas atau lebih tepatnya 19 April lepas, aku joint satu event marathon yang acapkali berlangsung di Putrajaya. Selalu berlari kat taman dan gym kali ni memberanikan diri masuk event. Aku tak pernah umo masuk merentas desa masa time sekolah-sekolah dulu tapi dah tua-tua ni baru sibuk nak marathon bagai hihi. Tapi tak pe umur bukan lah penghalang untung aktif dalam sukan ye tak?? 

Dengan semangat yang berkobar-kobar aku dgn Mami Ema keluar rumah pepagi ahad haritu tak ingat pulak nak cek masa larian start jam berapa. Sampai Putrajaya sibuk cari parking lagi sebab parking memang depa parking merata, boleh tahan jauh aku parking..huhu

Sampai kat Starting point aku tengok dah tak de sapa pun kat situ. Bila tanya dengan crew kat situ crew kata dah flag off tadi jam 7.00. Cepat lariiii kakkk!! Dia teriak dengan kita orang. Aku dgn Mami yg termanggu-manggu dari tadi pun mulakan larian pd jam 7.07pg. 

Okay lupa nak bagitau, aku masuk 5KM Fun Run je. Sekadar suka-suka. Bukan nak kejar hadiah pun. Nak seronok-seronok sambil dapat badan yang sihat dan kurus. Aceeceeh! Kuruslah sangat!!

Ok sambung balik. Masa mulakan larian actually bukan kita orang  jer, adalah juga sorang dua yang mulakan larian saing kita orang. Tak pe ada masa sejam pun nak habiskan 5KM masih sempat nak kejar ending point. Lepas 1.5 km kami berlari, kami nampak lautan manusia dihadapan kami.. haha lautan sangatt laa. tak lah selautan tp ramai lah jugak. Iskhh baru la rasa feel marathon camni hihi.. Ada yang berlari, ada yang mengah berjalan, ada yang bawak stroller baby sambil berlari dan paralimpik pun hade!!..

Aku walaupun rasa penat tapi tetap teruskan larian. Nasib baik ada mami yang bagi semangat. Beberapa kali jugak berhenti. Ending point dah nampak lagi la rasa nak cepat-cepat sampai. 

Akhirnya kami sampai pada jam 7.45pg dengan catatan masa yang aku sendiri kira dalam 40min la lebih kurang. 

Yes!! Dapat medal. The first medal yang aku pernah dapat dalam hidup haha!!

Akan datang banyak lagi event yang aku dah daftar untuk joint. Semoga aku kuat semangat nak berlari lagi. Insyaallah.. 

Untuk event penuh boleh g ke FB ni. https://www.facebook.com/3RMarathon?fref=ts 

Muka sembab!!

Yeayy!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan