SILA KELIK SAYE ^^

Rabu, 1 April 2015

Seriauu.

Balik dari kerja tadi ada satu kemalangan kecil yang berlaku betul-betul kat simpang empat yang menghala ke rumah aku.. Walaupun nampak kecik  je tapi.. yang cedera tu budak sekolah. Aduhh.. Tak sangguup nak tengok, tapi tertengok jugak la masa lalu kat situ. Bahagian muka budak tu cedera darah menitisss huuu...  Anak dara pulak tuh! Aku dah pernah rasa seriau camni sebab anak aku sendiri pun penah jatuh dan luka serius, walaupun bukan kena hit dengan kereta. 

Mula-mula tak perasan macam mana budak perempuan tu boleh jatuh kalau jalan kaki. Rupanya motor dah kat dalam semak. Aku assume budak tu mungkin baru keluar dari simpang, kereta pulak laju jer kat jalan lurus. Kereta mungkin tak perasan kehadiran budak perempuan yang naik motor ni dan dia tergesel motor tu dan budak berdua tu dengan motor sekali tercampak kat tepi.   
Nak salahkan sape? Budak-budak? Tu dah tentu-tentunya salah sebab keluar dari simpang tak tengok kiri kanan dan tak berlesen pulak tu. Tapi tetap kereta yang langgar tu yang patut dipersalahkan!! Sebab... hmm dah tau jalan kampung sepatutnya tahu kemungkinan yang bakal berlaku. Kenalah berhati-hati sikit. Tak payah nak merempit sangat kat area kampung!! 

Aku pun nak ingatkan diri aku sendiri dan kekawan kat sini supaya extra careful masa drive. Hati-hati dan berwaspada selalu supaya tak berlaku perkara yang di ingini. 

Bye!!
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan