SILA KELIK SAYE ^^

Sabtu, 28 Februari 2015

Diet

Assalamualaikum... 

Pagi tadi masa sy nak beli breakfast terserempak dgn bapak sedara. Dia laung dari jauh. Lama ko tak g rumah acik kan.. Ehh kurus la kau sekarang!! Siap tanya hb lg sy makan ubat apa utk kurus.. Hihi.. Jawapan hb. Dia g gym! Hihi.. Wahh betul lah sy dah loose weight. 😄😄😄😄😄. Senyum lebarr lah kan.. 

Actually apa yg sy amalkan adalah jaga diet dan senaman. Masa mula-mula masuk gym sy tak amalkan pun pemakanan sihat. Sy makan apa yg sy suka dan nak makan sebab masa tu sy fikir takpe saya makan dan sy ke gym utk bakar kalori. Tapi dari hari ke hari berat sy masih tak turun. Sy jd frust. Ye laa dah nak masuk bulan ke 3 sy masih tak dapat turunkan berat badan. Tp sy masih tak putus asa sy masih lg teruskan activiti di gym. 

Sampai lah satu hari teman satu sekolah tag satu link melalui what's app. Sy baca dan berazam nak buat diet ni yg sy nampak ramai yg dah berjaya turunkan berat badan walaupun berisi macam mana pun  boleh loose weight bukan sikit-sikit. Sy jadi kagum dgn testimoni yg sy tengok dr link yg diberi. Mereka boleh berjaya takkan sy tak boleh. 

Berbekalkan keyakinan sy pun mulakan diet tersebut dan teman satu opis pun mula ikut sy. Wahh semangat sikit ada teman ni.. Atleast takde laa kena bahan sorang2. Huhu. Mula-mula amalkan ramai yg cakap alaa sekejap jer tu, tak lama lg hilang la semangat diet tu.  Tapi sy ambil sebagai semangat. Berkat kesabaran sy mula loose weight sikit demi sikit. Diet dan juga aktiviti gym. Walaupun lambat tp Alhamdulillah berjaya juga sy turun berat badan. Walaupun tak byk mana turun berat tp memang nampak di mata orang lain. Baju yg dulu sendat dh makin longgar. Yuhuuu!! 

Sehingga hari ni sy masih lagi mengamalkan diet dan senaman bukan untuk cantik jer tp untuk kesihatan jugak. Alhamdulillah. Sebelum ni saya mengalami sakit ditumit kaki. Sy tak boleh pakai high heel dan sy akan jadikan hb sebagai tongkat yg seret saje sy kemana nak pergi.. Hihi. Sekarang masalah sakit tu dah takde. Cuma kadang-kadang ada sakit pd otot-ptot kaki, tapi dah jadi kebiasaan pula pada sy. Sy abaikan saje sebab dua tiga hari sakit tu akan hilang sendiri. 

Lima bulan sy beraktiviti yg tak pernah sy buat sy hampir dpt berat badan yg sy inginkan.  Berat turun sedikit demi sedikit. Lima bulan sy loose 5 kg. alhamdulillah. Sekarang yg dok ngata tu pun mengakui keberkesanan diet dan aktiviti yg sy amalkan. Biar lambat asalkan dapat apa yg diimpikan. 

Nanti sy akan share jenis diet apa yg sy amalkan. Tunggu post sy akan datang. Sabar tunggu yerr.!! 

Sekian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan