SILA KELIK SAYE ^^

Jumaat, 20 Februari 2015

Happy Seollal Day..

Anyunghaseyo!

Happy Seollal Day for Friends and fellas from Korea and Happy Chinesse New Year to Chinesse Friends.                                

Seperti yang kita tau masyarakat berbangsa Cina diseluruh negara sedang merayakan Tahun Baru Cina yang jatuh pada tanggal 19hb February, 2015. Perayaan yang amat meriah dengan pelbagai hiasan BERWARNA MERAH. Yang paling meriah disebabkan mercun. Boleh ke main mercun sekarang ni?  

Korea Selatan juga tak terkecuali, mereka ketika ini sedang merayakan Seollal  Day (Lunar Tahun Baru bermaksud 1 Awal tahun bagi kalendar lunar). Tahun baru di isytihar sebagai salah satu daripada cuti untuk negara di Korea Selatan. Tahun ini, Seollal jatuh pada 19 Februari dalam kalendar Gregorian. Lebih daripada sekadar bercuti ia juga adalah permulaan tahun baru dan istimewa dimana mereka akan berkumpul bersama sanak-saudara memberikan penghormatan kepada nenek moyang dan juga orang-orang yang lebih tua. Selain itu seolal juga adalah peluang untuk mereka menziarahi ahli keluarga dan sanak-saudara yang jauh dan dekat bersama-sama untuk majlis penghormatan istimewa ini. Semasa Seollal mereka mengenakan pakaian tradisional Korea Hanbok yang cantik berwarna-warni (pakaian tradisional), mereka melakukan upacara-upacara adat seperti penyembahan roh mereka yang telah tiada, bermain permainan rakyat seperti batu go, makan makanan tradisional, mendengar cerita, dan bersaing dengan satu sama lain.

Seperti mana lain-lain perayaan Seolal juga memerlukan persiapan terutamanya dari segi hadiah untuk kedua orang tua dan sanak saudara, penyediaan makan malam besar, persediaan untuk perjalanan jauh dan memerlukan cuti panjang.  Disebabkan persediaan Seollal tersebut pasaraya dan kedai-kedai cenderamata dipenuhi oleh orang ramai yang berebut-rebut membeli apa yang diperlukan mereka untuk Seolal. Makanan untuk upacara penyembahan nenek moyang yang akan disajikan dipilih dari pelbagai herba liar, daging, ikan, buah-buahan, semua dipilih khas dari yang terbaik samada kualiti, bentuk, warna dan kesegarannya.

Bagi mereka yang bekerja dan telah berkeluarga yang tinggal jauh dari ibubapa  mereka perlu memohon cuti panjang dari majikan dan juga memikirkan cara untuk pulang ke kampung, sama ada memandu sendiri, menaiki bas, menggunakan perkhidmatan keretapi laju atau menggunakan perkhidmatan udara. Tiket perkhidmatan pengangkutan awam dan udara harus di tempah awal bagi mengelakkan kehabisan tiket. Jika tidak ada cara mereka terpaksa memandu kenderaan sendiri dan terpaksa menempuhi trafik yang seperti kita sedia maklum yang berlaku pada tiap-tiap musim perayaan atau cuti. Perjalanan akan mengambil masa empat kali ganda masa perjalanan biasa. Kebiasaannya media masa dan juga stesyen penyiaran melapurkan kesesakan berlaku dimana sahaja pada musim ini. 

Talian perhubungan juga akan sesak disebabkan panggilan dan penggunaan media internet pada waktu sama.

Jom tengok serba sedikit apa yang mereka lakukan ketika perayaan Seollal ini.  


Upacara Penghormatan kepada yang lebih tua. 

Antara permainan yang dimainkan sewaktu
berkumpul. Permainan ini di
namakan "Hwatu".

Bergaya dengan "Hanbok" yang berwarna
warni.

Antara makanan yang dipersembahkan kepada roh
moyang mereka. Kepercayaan mereka bahawa
moyang mereka akan makan apa yang mereka mahu,
dan selepas upacara penyembahan selesai mereka
sekeluarga akan makan beramai-ramai.
























































































Perayaan ini mempunyai persamaan dengan Tahun Baru Cina. Ini mungkin kerana budaya dan peradaban mereka pada zaman dahulu di bawa masuk oleh pedagang-pedagang yang keluar masuk ke kedua negara. Rupa paras juga tak jauh beza kan.. Cuma bahasa yang jauh berbeza tetapi dipercayai asal karekter penulisan yang di cipta oleh King Sejong di ambil dari karektor penulisan cina. 

Sekian dulu entry kali ni. Maaf kalau maklumat tak berapa tepat dan terperinci. Sebelum ni saya tak memahami kebudayaan Korea tetapi selepas di beri tahu oleh teman yang berasal dari sana saya mula mencari maklumat berkenaan perayaan ini. Gambar-gambar saya ambil dari internet. Ada gambar yang di hantar dari teman saya di KAKAO tapi tak boleh nak  di download huhu.. Tak reti sebenarnye hihi.. banyak applikasi Iphone yang saya tak berapa faham. Masih lagi bertatih nak gali apa yang ada dalam Iphone.  

Maaf juga kalau penulisan saya ni macam... tak kena atau tak berapa nak di fahami. Saya baru jer mula balik sejak habis sekolah tak pernah menulis panjang-panjang macam ni. Kalau ada yang tak kena di pandangan sila tegur. 

Terima kasih pada yang baca entry ni. Hmmm ade ke? 

Anyoung!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan