SILA KELIK SAYE ^^

Sabtu, 3 Januari 2015

YEAR END DINNER

Assalamualaikum WBT.

Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul Nabi Junjungan. (Selawat dan Salam utk Rasul yg dirindui).

Lama tak update blog disebabkan kesibukan diri menguruskan anak-anak yg dah  nak mula sesi persekolahan 2015. Dan saya sendiri pun tak berapa sihat di penutup 2014. Perut tak berapa nak gembira asyik nk meragam sampai hari ni pun masih adaa sisa-sisa perut meragam .. huuu. At last!! Hari ni baru  berkesempatan nak update. Actually ada beberapa peristiwa nak di updatekan. Sebelum hari-hari tu makin luput kat ingatan baik di update untuk ingatan di masa hadapan..

Yehuuu.. Jom Mula ..


24th December, 2014.
YEAR END DINNER STAFF NORAZMI DAUD & AZREEN 
Vanue: NILAI SPRINGS GOLF RESORT

Seperti tahun-tahun yang lepas kita org akan set satu hari untuk Year End Dinner. Alhamdulillah dah 3 Tahun masuk tahun 2014. Kami mula buat even sendiri bermula tahun 2012. Firstly dulu tahun 2012 di EMPRESS HOTEL -Salak Tinggi. Tahun 2013 kami buat di SAMA-SAMA KLIA. Alhamdulillah Vanue Tahun ni di NILAI SPRINGS GOLF RESORT- BBN atas arrangement my Hub. ( Actually hub keje kat situ hihi.. tq abg tlg set up!). Kami diberi space yg agak terpencil dari guest lain sbb dah pesan ngan Hub sbb takut mengganggu guest lain. Almaklumlah kami memang cempera sikit.. hahahah!!

Kebetulan malam 24hb tu ada sambutan Krismas sama naik la kami hihi...

Kita org sampai dulu sooo weefie dulu!! 


okay dah mula penuh meja.. tapi tak ramai pun kami berlapan jerrr..
Kek SECRET RECIPE yg cedappp..  
sesi potong kek sambil nyanyi lagu besday versi sebaris. hihi 



Ni sesi melantak mengisi perut yg dh berlubang dari ptg. Ehhh cak!! Angah kena candid. 
Sorry pose agak melampau nmpak melentik kt situ hihi..

Lepas sesi makan kami pun macam biasa adakan cabutan untuk hadiah. Seperti tahun lepas tahun ni kami prepare hadiah masing-masing untuk ditukar sesama sendiri tapi tahun ni budget RM 50.00 sorang tahun lepas budget kecik. So hadiah tu dapat yg best skit lerr dari dulu. hehe.

Tiap-tiap org kena cabut undi. Kertas pilihan undi no tu saya dah siapkan ptg tadi masa kt opis. Nak bagi adventures saya gulung dan tape kertas tu supaya semua orang lambat. Dia org bising bukan kepalang hihi..  Sorry guys! hihihihii. Okay kita tgk hasilnyer..



Jjjanngggg!!! Beso bukan main kotak. Yg ni dari Akram. Thn lepas dpt dia punya gakk.


 Ni dia Bear kiddy size.. Hadiah paling besar mlm tu hahahhahaha. nmpak kejelousan dia org hihi

Mami dapat kotak besar cuba tgk senyum sebelum dan selepas. lainkannn hahahaha.


Kak Ros dpt mami punye.

Bukan main snyumm lg si Afiq ni. Al maklumlahh dpt jd OKB lepas ni. Aset bykk. Hotel, tanah, Jet macam-macam lg lahh. tpi lepas main Saidina la.. hihihi


Mek Ja dpt hair dryer


Ni paling mahal! Dpt Eifiel Tower creature. All d way from France De Amor. Jelesss sbb ade yg kecik jer souvenier dr kak ros.  


Mr cool ni (Adam) dpt Drawer Hiasan dr Kak Fiza



Angah dpt yg special punye dr saya hihi.. seronok die. Balik tu terus frame pic anak2 kata die. 

Sesi tukar-tukar hadiah yg hingarr dahh selesai.  Tgk keadaan sekeliling dah sunyi. Guest semua dah beransur balik lepas krismas dinner. Tak sedar dah  jam 10.00 malam.. Jomm semua wrappp. Alhamdulillahh selsesai even kita utk tahun ni InshaAllah nnt 2015 pulak kita cari pot lain. 
Jom balikkk cinderella tak boleh balik lepas jam 11.00 nnt bertukar jadi Hulk Hub kt rumah hihiii.. 

Belanje pic ramai-ramai masa nak balik.. 







Guud bye 2014!!  welcome 2015!! Be nice to me.
Assalamualaikum.. Jumpe lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan