SILA KELIK SAYE ^^

Jumaat, 9 Januari 2015

Birthday 35th.


Assalamualaikum..WBT. 

Lama peram post ni hihi..  Happy Birthday EL! 29HB DISEMBER, 1979. Lahirla hambe ke dunia fana ini. Dengan tangisan yg nyaring lagi berdesing. (Agak aku lerr bising kot!) Campur katil sebelah lagi mesti sahut menyahut dgn geng geng sebelah nk bagitau dunia yang aku dh keluar.. hahahaha.. Dah renti ngarut El!!!. Hihi.. 

Alhamdulillahhitaa'ala.. Panjat kesyukuran ke hadrat ALLAH yg esa. Masih aku diberi nyawa bernafas di ruangan udara miliknya. Alhamdulillah aku diberi ruang untuk berpijak dibuminya. Diberi aku kesihatan yang baik. Diberi aku nikmat rezeki yang melimpah ruah. 
Terima kasih YA ALLAH!!.

   Terima kasih buat En suami., yang sentiasa ada disisi waktu susah senang dilanda badai perih kehidupan. Sabar dengan aku yang agak ketegaq. Dah hampir 15tahun bersama dah jadi buluh betung  agaknye dgn perangai aku huhu.. (Mintak maaf abg hujung rambut hinga hujung kaki.) Di harap abg akan bertahan dgn AYANG lagi untuk 30 ke 40 tahun akan datang. huhu..

Terima kasih buat Ayah dan Mak dah lahirkan aku. Dah  besarkan aku. Dah beri aku pelajaran. Bagi aku kasih sayang. Even Ayah dan Mak tak tunjukkan kasih sayang dengan sentuhan ataupun kata-kata tapi aku tahu mak ayah sayangkan aku. Ampunkan aku Ayah Ibu klu setiap perlakuan aku dulu menyakitkan hati Mak dan Ayah. Aku tahu air mata Mak Ayah pernah mengalir kerana aku. Ampunkan aku... Semoga ALLAH panjangkan umur Mak Ayah. Semoga ALLAH kurniakan Mak Ayah kesihatan yang baik. Semoga ALLAH kurniakan kemurahan rezki buat Mak Ayah. Maaf Mak Ayah aku tak dapat bagi ape yang sepatutnya seorang anak beri. Yang aku mampu cuma  doakan Mak Ayah sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT. Semoga  Mak Ayah dipanjangkan umur dan dapat lihat keturunan Mak Ayah. Insyaallah..

Terima kasih juga buat anak-anak tersayang yang faham kesibukan seorang Ibu yang bekerja. Kadang-kadang terkurang belaian kasih. Kurang itu ini. Maafkan Mama. Mama akan cuba jadi seorang Mama yang baik utk korang. 

Terima kasih buat Mak Mertua Ayah Mertua yang terima aku yang serba kekurangan menjadi sebahagian dari keluarga Mak Ayah. Aku tau aku, aku tak sempurna macam menantu-menantu org lain huhu.. Insyaallah aku akn cuba perbaiki hubungan aku dgn mereka. Tapi Mak Mertua yang paling best adalah Mak Mertua aku hihi.. Pandai masak oooo.. Ko request ape jer mesti dia buatkan. Haha terbalik kan?? Bukan aku yg masak tapi Mak Mertua aku yg rajin masak. hihi.. Terima kasihh Makk..!!

Terima kasih buat semua yang ingat birthday aku, yang wish. Mana yg tak wish tu mungkin terlepas pandanglah kot.. Tak pe. Aku tak perlukan wish pun..okay hantar hadiahh boleh?? Terima kasih kerana sudi menjadi teman aku, aku tau aku bukanlah teman yang baik utk korang tapi insyaallah aku cuba nak jadi baik kepada korang.. doakan aku jadi baik okay! Kalau ada ape-ape salah aku silalah tegur, mungkin aku alpa. 

Banyak dah terima kasih aku. Akan akan terus berterima kasih pada semua selagi ada nyawa aku. 

Okay. Tahun ni ada tiga kek sempena Birthday. hihi..  Silalah jamu mata yer.. kek dah habishh pun. Klu ada pun dah basi kot hihi.. 

Sekian untuk kali ni.. Sampai jumpa lagi di post yang lain. 


Kek dari suami dan anak-anak.

Kek tumpang dgn Abg Adam. 

Ni kek masa Dinner haritu.






  • P/s. Ioall neves la. Tak sampai bape hari lg trip nak ke Korea akn menjelma.. Ottoke!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan