SILA KELIK SAYE ^^

Sabtu, 21 Mac 2015

Healthy way!!

Assalamualaikum..


Weekend selalu korang buat apa? Aku? Heheh ni la yang selalu aku buat! Mulakan hari dengan sesuatu yang menyihatkan! Iaitu dgn pi outing kat taman. 

Daripada malas-malas kat rumah baik keluar hirup udara segar pagi kan..

Selain dari ke gym inilah cara aku untuk sihat. Berlari atau take a walk  kat taman. Tau tak berjalan dapat membakar kalori yang kita ambil semasa makan. 

Berapa banyak kalori yang ko makan? Itu kau kena tau. Kalau ko makan main hentam jer pastu ko g exercise berat badan tak akan turun. Tu sebab ada yang frust bila exercise badan tak jugak menyusut. 

Ni contoh pengiraan untuk kiraan kalori. Aku bukan pandai sangat pun tapi jom sama-sama kira.


Breakfast.


Okay contoh kuih keripap +=  sebiji karipap Kalori 128kcj mesti tak cukup sebijik 3 bijik paling koman kan.. jadi kalori 3 biji 384kcj. 

Teh Tarik += 140kcj Minum segelas 

Cam tak kenyang jer tambah mee goreng laa sepinggan mee goreng 281kcj.

Wahh kenyangg burpp!!  Cuba kira brpkalori yang diambil untuk breakfast = 805kcj   


Lunch

Ape nak makan tengah hari ni yerr lapar loo. Jom makan nasi ayam.. Sluurrpp

Sepinggan nasi Ayam += 278kcj.  Panas-panas sedap gak pekena sirap bandung kan!! pErghhh manis  cedap nikmat! kalorinye 150kcj.

Nahh! Lunch dah 388kcj pulak yang ditambah.


Minum Petang

Bestnye Pisang Goreng Cheeze!! Yum yum! Sekeping 170kcj. Ehh tak cukup sekeping mesti nak 5keping nye baru puas. 850kcj semuanya minum dengan teh o nipis += 50kcj. Dah 900kcj. 

Malam tak makan kot! Klu makan bertambah lagi kalori.

Kira-kira semua yang dimakan dari pagi smpai petang semuanya 2093kcj sedangkan badan cuma memerlukan 1600 kalori untuk aktiviti harian yang kita buat sejak dari bangun tido sampai la tido pun kalori masih dibakar. Ada lebihan 493kcj yang tak diperlukan badan yang perlu dibakar. 

Tau tak nak bakar 493kcj tu kena berjalan selama 1jam 40min? Kalau nak jogging kena hampir sejam baru dapat bakar lebihan kalori tu. Penatkan?? Nak lari 100meter pun dah tercungap. Inikan pulak 6km. huhu..  So untuk be wise makanlah berpada-pada dan jangan lupa kira kalori yang dimakan. Nakk kira camna? Taip jer kat google bersepah tips nak kira kalori. Nak seribu daya. Dan jangan lupa exercise supaya kita dapat badan yang sihat dan cergas. Dan jugak barulahh berat mulai susut.  

Ini sekadar tips dan dari pengalaman aku sendiri. Kalau nak ikut dipersilakan. ^^. 

Weekend aku round Taman Awam Nilai lima pusingan which is 5km untuk bakar kalori yang aku makan sambil-sambil tengok panorama yang menyegarkan.  Heaven sangat!!

   

Jogging track

Ku lihat hijauuuu lalala~~


Enjoy healthy life everybody!

Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan