SILA KELIK SAYE ^^

Rabu, 18 Mac 2015

Brader Langsi!!

Assalamualaikum..


Pernah tak anda di hon ketika sedang memandu di sebabkan kesilapan anda? Mesti pernahkan? No body perfect! Kesilapan berlaku kadang-kadang dalam kita tak sedari. Mengakui kesalahan sendiri selalu saya akur jer.. tapi semalam memang rasa cam tak puas hati gak la. 

Saya mengelak Motosikal yang berada di kiri saya dengan menganjak sedikit kekanan tapi selepas memastikan yang sebuah kereta melepasi saya dan saya pasti kereta yang dibelakang laluan saya masih boleh memperlahankan kenderaan setelah nampak saya berada dilaluannya tapi saya dihon kereta dibelakang saya. Ok mula-mula nak redha jer sebab mmg dah salah saya masa tu saya tak bagi isyarat pun tapi kereta tu berada betul-betul di sebelah saya dan memperlahankan kenderaan seolah-olah tak puas hati dengan saya. Hmm masa kejadian saya bukanlah berkeseorangan saya bersama suami dan anak. Kalau dah namanya lelaki memang panaas bab samseng jalan raya ni. Suami tenung pemandu ala-ala samseng tu. Kereta tu berlalu dengan laju. Oklah ingat dan settle.

Semasa saya berhenti di bulatan saya berhenti dan ambil arah jam sembilan kereta tadi saya sangka dah ke arah lain rupanya masuk laluan sama dengan saya dan berada betul-betul dibelakang kereta saya dengan rapat. Warna lampu cool lamp memang sangat menggangu penglihatan saya yang rabun cahaya. Saya pun kekiri untuk bagi laluan pada kereta tadi tapi tetiba Suami pulak bagi high beam pada kereta yang tak puas hati dengan saya tadi. huhu.. makin angin la kot tu. Dia suruh saya kejar kereta tu. Saya yang berani-berani alang kejar la kete tu saya follow rapat dengan kereta tu. hihi.. pas tu terus bg signal masuk simpang ke rumah hahaha..   

Hmm sebenarnya simple jer kes ni. Sepatutnya kita give and take lah kat jalan raya, tak payah lah nak langsi sangat  kan.. Nak pulak sesama islam ni. Islam kan mengajar kita agar bertolak ansur. Indah kan Islam...

Buat brader kereta Proton Saga FLX warna hitam Plat no tak ingat sport rim kaler hijau striking. Mintak maaf la kalau saya buat salah tapi... lagi bagus klu brader tak yah tunjukkan kelangsian anda!! K Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan