SILA KELIK SAYE ^^

Jumaat, 13 Mac 2015

Anak Syurga

Assalamualaikum.. 

Hari ni fetch up my boy dari madrasah. Alhamdulillah dah dua bulan setengah dia kat Madrasah. Nampaknya dia mula serasi kat sana dan mula menerima pembelajaran. 

Alhamdulillahh aku tak perlu risau lagi keadaan dia kat sana. Tiap-tiap minggu aku akan jenguk dia time weekend, tanyakan apa yang tak cukup. Tiap-tiap minggu terubat gak rasa rindu. Nasib baik lah dekat je dari rumah, setengah jam je.😉.  

Mula-mula nak sesuaikan diri kat Madrasah mungkin agak sukar sebabnya ini la kali pertama dia berjauhan dari family. Rasa tak seronok, rasa tak selesa sebab persekitaran yang asing. Tak ada hiburan, tak ada kawan, tak ada family, jadual yang padat mungkin buat dia rasa tak happy. 

Minggu ketiga masa ambil bawa balik rumah penah jugak buat onar tak nak balik madrasah. Alasan demam tak berapa nak sihat tp elok je pun tak pulak demam. Takpe bg rest dua hari. Tiba masa nak hantar dia menangis teresak-esak tak nak balik Madrasah. Aduhh!! pening jugakla puas pujuk tak jalan. Puas aku piat pun tak jalan sampai aku hilang sabar. Patah-patah la hanger aku balun dia. Dalam hati aku sedih Ya amat Allah je tahu. Bukan aku nak sakitkan dia. Bukan aku benci dia tapi... Aku nak dia jadi Anak Syurga. Aku nak dia jadi Hafiz. Aku nak dia jadi seseorang yang di pandang tinggi kerana ilmu ALLAH. Aku nakk bila aku mati suatu ketika nanti akan ada yang mandikan aku, tutup keaiban ku, tutup segala kekurangan aku ketika aku dimandikan dan kapani aku ketika tiada siapa yang mahu kapani aku. Akan ada sesorang yang imamkan solat jenazahku. Akan ada seseorang yang mengusung jenazahku walau jasadku berat membatu. Akan ada seseorang yang menurunkan aku ke lahad dengan perlahan dengan kasih sayang dan tutupi aku dengan tanah dengan penuh kelembutan. Akan ada yang mentalkinkan aku dan mendoakan kesejahteraanku selama aku di barzakh. Tinggi harapan aku pada dia Ya Allah!! 

Aku paksakan jugak dia ke Madrasah! Dengan bantuan adik aku paksa dia masuk kereta. Masa tu suami kerja. Aku lock pintu supaya dia tak  buka pintu. Merayu-rayu tak nak pergi. Allahu aku tak sanggup dengar dia merayu.. Sungguhh!! Aku tak sanggup!!! Tapi aku keraskan hati!! Semua ini untuk dia. Aku sanggup berabis wang ringgit yang boleh aku cari berbanding dengan ilmu yang aku tak mampu beri. 

Aku tau ALLAH sedang menguji. Aku tau syaitan sedang menghasut anak ini. Dengan tipu daya dengan air mata anak ini. Aku bertahan sampai selamat ke Madrasah. Aneh bila nampak Madrasah hilang airmata, hilang sedu sedan seolah sesuatu yang magis yang menghentikan airmata dan sendunya. Benarlah tiada tempat sebaik rumah ALLAH. Syaitan takut akan rumah yang satu ini. SUBHANALLAH.  Aku usap pipi dia aku terangkan pada dia kenapa aku pukul dia. Kenapa aku buat dia camtu. Aku peluk dia erat-erat, aku minta maaf dari dia. Aku beritahu dia yang aku sayang sangat pada dia sebab tu aku hantar dia kat sini. Aku nak dia jadi somebody!! Bukan sahaja dimata manusia tapi di mata ALLAH yang paling utama.

Alhamdulillah syukur.. Drama onar berakhir. Minggu berikut masa aku jenguk dia nampak dah bersemangat dan ceria. Dia kata dia dah seronok kat situ. Kadang-kadang dapat jemputan dari penduduk sekitar untuk majlis-majlis doa selamat. Yang paling best dapat imbuhan dari tuan rumah. Alhamdulillah.. Murah rezeki anak- anak ni ada je sumbangan dari orang perseorangan berupa makanan dan wang. 

Semoga mereka semua berjaya menggapai harapan ayah ibu. Insya ALLAH.


Pic ni ambil petang tadi. Selepas Solat Jumaat mereka makan beramai-ramai makan dalam talam.

Pic ni ambil masa perjumpaan ibu bapa. Sejuk je dengar patah-patah ayat dari Al Quran.

Insan yang memegang amanah dari kami. Ustaz Iskandar Nasution.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan