SILA KELIK SAYE ^^

Jumaat, 20 Mac 2015

Jom riadah!!

Assalamualaikum...

Cuti sekolah berbaki dua hari jer lagi. Sebelum mula sesi persekolahan pada Isnin dan ada negeri yang bermula pada hari Ahad. Kat sini bukan nak cerita sekolah buka bila huhu.. Cuma nak bagi suggestion pada korang mana tempat yang korang boleh chill dengan family. ^^ Bagi anak-anak hapy-happy sebelum masuk sekolah. 

Tak yah pegi jauh-jauh lah kita g dekat-dekat jer. Jom chill kat Dataran Putrajaya Presint 2. Aku selalu gak lepak-lepak kat sini dengan suami dan anak-anak especially sebelah malam. Selalunya malam lebih happening kat sini. Tak kira malam apa pun ramai jer orang kat sini.

Sambil tengok pemandangan yang cantik di kiri kanan yang merupakan bangunan kerajaan yang di hias lampu nan indah. Putrajaya sentiasa terang di malam hari. Ada aktiviti jugak yang kita boleh lakukan di sini, macam skate board, roller skate, berbasikal dan macam-macam lagi la.. cuma kena ready fulus jer. Semua boleh di sewa kat sini. Hari tu aku sewa dua roller skate dan sebuah basikal yang boleh kayuh dua orang tu dwi cycle. RM 40.00 je hihi.. 

Tapi kena berhati-hati memandangkan ramai sungguh kanak-kanak yang lepas bebas main kat sini. Tak boleh nak laju. Selalu pesan dengan anak-anak jugak supaya hati-hati jangan sampai langgar orang. 

Jam 12 tengah mlm lampu mula dipadam satu-persatu huhu.. pahammm dia nak suruh balik tido la tuh.. Ingat kan boleh chill sampai pagi, rupanya ada had masa yang dibenarkan melepak kat Putrajaya ni.     
 
Seronok gilerr kat sini!!!. Tak caya korang datang sendiri.!

Ok tu jer.. Bye!

Jabatan Perdana Menteri.

Masjid Putra Presint 2

Huhh!! ramai gile. Macam pesta daa kat sini!

Iera main Roller blade!

Nek basikal ngan abg misai.^^ Peluh dia haha tulahh jarang workout.

Nak balik !! BYe!! Pipi tembun huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan