SILA KELIK SAYE ^^

Jumaat, 20 Mac 2015

VALID LOVE~~

Anyoung haseyo!!



Okay post ni khusus untuk penggemar KDrama. Aku memang kaki KDrama hihi ^^. Kepada yang mencari-cari  stok drama mana yang korang nak tengok pasni meh la view VALID LOVE. 

Aku baru jer habis tengok. hihi.. walaupun sebenarnya drama ni dah lama juga habis bersiaran kat Astro M Chanel. Korang penah tgk tak Chanel M? Haritu chanel ni pree jer sekarang dah kena bayo pulak.. iskhh iskhh sikit-sikit bayo. Makin kayo la ASTRO!! 



Drama ini berkisarkan konflik rumah tangga. Dibintangi oleh Lee Si Young, Uhm Tae Wong dan Lee Soo Hyuk yang sado ^^. hihiks.

Kim Ill Rii mengahwini gurunya yang di admire sejak di bangku sekolah lagi. Selepas Ill Ri habis sekolah tinggi mereka telah berpisah selepas Ill Ri terlibat dalam kemalangan ketika bersama Hee Tae. Hee Tae terasa amat bersalah dengan kemalangan yang menimpa Ill Ri, dia menyambung pelajaran dalam bidang Falsafah Perikanan selepas Ill Ri tidak sedarkan diri akibat kemalangan tersebut.

Setelah 7 tahun berlalu Ill Ri dah sembuh dari kemalangan. Mereka bertemu semula secara tak sengaja dan berkahwin. Perkahwinan mereka sangat bahagia sehingga lah Ill Ri bertemu dengan Kim Joon seorang tukang kayu yang sangat hensem dan teramat naif dari segala segi. Kim Joon seorang yang anti sosial dan sangat sombong. 

Mereka telah jatuh cinta secara tak sengaja dan Kim Joon mula berubah disebabkan Ill Ri. Di sini bermula semua konflik setelah Hee Tae mengetahui hubungan cinta Ill Ri dan Kim Joon sehingga mereka mengakhiri rumah tangga yang dibina selama 7 tahun. 

Ill Ri enggan berpisah kerana masih sayangkan Hee Tae tapi dalam masa yang sama menyangi Joon. Ill Ri sudah terbiasa hidup dalam keluarga Hee Tae terasa amat berat hati untuk meninggalkan Hee Soo kakak kepada Hee Tae yang lumpuh sejak hari pertama Ill Ri mengahwini Hee Tae. Hee Soo dijaga bagaikan bayi oleh Ill Ri. Ill Ri tak nak melahirkan anak kepada Hee Tae kerana nak menjaga Hee Soo yang dia sayang.  Cedihh huu T T

Dalam drama ni korang akan nampak dua Hee Soo. Mulanya aku conpiuss jugak, rupanya Hee Soo berdelusi yang dia boleh berjalan, bercakap, makan dan keluar dengan Ill Ri tapi hakikatnya Hee Soo cuma terbaring dan hanya boleh mengerdipkan mata untuk berkomunikasi dengan Ill Ri. 

Kim Joon berusaha agar Ill Ri melupakan terus keluarga Hee Tae namun terlalu banyak kejadian yang berlaku yang turut mengaitkan Kim Joon dengan keluarga Hee Tae. Konflik bermula lagi apabila ibu Hee Tae mengalami penyakit Alzheimer. Ibu Hee Tae mula mengejar Kim Joon yang di panggil Mr Jang. Hee Tae terpaksa berdepan lagi dengan Kim Joon walaupun membenci Joon disebabkan penceraiannya dengan Ill Ri. Kim Joon pulak terpaksa libatkan diri dengan keluarga Hee Tae kerana Ill Ri. Ill Ri terlalu kasihankan Hee Soo dan Ibu Hee Tae yang masih beranggapan Ill Ri masih lagi Isteri Hee Tae. huftt.. hebat betul konflik dia orang ni. 

Walaupun drama ni agak slow tapi memang touching. Terlalu banyak pengajaran melalui drama ni yang kita boleh jadikan teladan dalam kehidupan kita. 

Nak tau kesudahan drama 20 Ep ni anda boleh la ke link di bawah ni. 


Happy watching!! ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan